Homestay di Melaka Featured Image

Homestay di Melaka

Oct 25, 2018

Anda ingin melihat dan merasai sendiri tapak peninggalan yang tertinggal di Melaka? Datanglah beramai-ramai bersama keluarga atau rakan-rakan. Tak payahlah buat pening kepala nak tinggal mana bagai, di sini kami telah menyusun artikel-artikel mengenai hotel yang terdapat di Melaka.


via GIPHY


Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang. Oleh kerana lokasinya yang strategik, pedagang-pedagang dari China mula berhijrah ke Melaka untuk berdagang. Kemudian, Melaka ditawan oleh pihak Portugis dan menjadikannya suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak mereka di Hindia Timur.

Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824. Oleh kerana pihak British lebih mementingkan dengan perkembangan di Singapura, perkembangan di Melaka pula semakin diabaikan.

Walau bagaimanapun, setelah melalui beberapa penjajahan, Melaka menjadi kaya dengan peninggalan bersejarah hasil daripada pengaruh Portugis, Belanda, British, China dan Islam. Dengan ini, Melaka telah diiktirafkan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.




Sekarang sudah ramai yang memilih untuk menetap di homestay yang mempunyai swimming pool berbanding hotel. Ini kerana homestay dapat memuatkan lebih ramai bilangan tetamu pada harga yang berpatutan dan lebih privasi berbanding menetap di hotel. 

Untuk memenuhi cita rasa pembaca yang mungkin tercari-cari homestay dengan kolam renang di Melaka, di sini kami telah senaraikan 5 homestay ada swimming pool di Melaka berserta lokasi, bilangan tetamu dan harga sesuai untuk percutian anda yang seterusnya bersama keluarga mahupun rakan-rakan.


Homestay Melaka Ada Swimming Pool




Adakah anda memerlukan penginapan yang terbaik, selesa dan dilengkapi dengan kemudahan untuk meraikan Hari Keluarga bersama-sama keluarga tercinta? Berikut kami senaraikan 11 homestay di Melaka khusus untuk pelanggan Muslim sahaja yang sesuai dijadikan sebagai penginapan untuk seisi keluarga.​


Homestay Muslim untuk Family Day di Melaka



A Famosa Resort Melaka ialah salah satu lokasi pelancongan menarik di Melaka. Untuk percutian bajet bersama kumpulan atau keluarga yang besar, anda boleh tinggal di homestay yang berdekatan. Pada masa yang sama, hubungan silaturahim boleh bertambah erat bersama keluarga kerana anda tinggal bersama.


Homestay berdekatan A' Famosa



Melaka Wonderland merupakan taman tema air di Melaka selain Bayou Lagoon. Terletak di Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka Wonderland adalah tempat berkunjung terbaik di Melaka jika anda tak tahan dengan cuaca panas dan terasa nak mandi-mandi dan main-main air.

Ingin merancang percutian ke Melaka Wonderland? Tidak perlu risau tentang penginapan kerana di sini kami senaraikan 5 homestay terbaik di sekitar Melaka Wonderland dengan harga berpatutan yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda.


Homestay Dekat Melaka Wonderland


Sebelum jalan-jalan, cari dulu diskaun terbaik untuk lebih penjimatan. Dapatkan diskaun terkini untuk hotel dan homestay di sini

Rate this post

5 (1 VOTES)