Homestay Terbaik Tepi Pantai Melaka Featured Image

Homestay Terbaik Tepi Pantai Melaka

By [email protected] - Oct 26, 2018 (Last Updated Dec 23, 2019)

Melaka adalah sebuah negeri di Semenanjung Malaysia berhadapan dengan Selat Melaka jadi tentulah pantai-pantai di Melaka menjadi tempat tarikan pelancong.

Antara pantai yang berada di sepanjang Selat Melaka adalah Pantai Klebang, Pantai Puteri, Pantai Kundur, Pengkalan Balak, Tanjung Bidara dan sebagainya. Namun, pantai yang sering dikunjungi adalah Pantai Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara kerana airnya masih dijaga cantik bersih dan terdapat banyak resort dan homestay di Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara yang murah serta cantik dan menarik.

Jika anda sedang merancang percutian di Melaka, mestilah anda meluangkan masa untuk melawati pantai-pantai yang indah di Melaka dan di sini disenaraikan beberapa homestay terbaik di tepi Pantai Melaka yang ditawarkan pada harga yang berpatutan serta berdekatan dengan pantai-pantai tarikan di Melaka.

                  



Desa Abah Ngan Mak Homestay

Desa Abah ngan Mak Homestay Gallery Photos

Desa Abah Ngan Mak Homestay terletak betul-betul di hadapan Pantai Pengkalan Balak, Melaka. Anda pasti tidak akan terlepas rumah unik ini kerana rumah ini berkonsepkan dari rumah tradisional Melayu. Kawasannya juga lapang dalam setengah ekar mampu memuatkan anda dan keluarga besar seramai 15 orang. Anda juga boleh melakukan Family Day di sini dan berbabeku pada sebelah malamnya selepas puas bermandi-manda di pantai.

Alamat: Batu 22,Jalan Pengkalan Balak,78300 Masjid Tanah,Melaka.

Harga: Dari RM400/ malam


Tempah sekarang


Homestay Tepi Pantai

Satu lagi homestay bercirikan seni bina rumah tradisional Melayu, Homestay Tepi Pantai Melaka yang terletak berhadapan Pantai Kuala Sungai Baru dan bersebelahan dengan ALAM (Akademi Laut Malaysia). Sesuai untuk Hari Keluarga atau Company Trip kerana ia boleh memuatkan seramai 20 ke 25 orang. Selain itu, kemudahan BBQ juga disediakan. Sambil menghirup udara laut, sambil menikmati makanan bbq. Best kan?

Alamat: Lot 204, BT 29, Kampung Tengah, Kuala Sg Baru, 78200 Melaka.

Harga: Dari RM160/ malam


Tempah sekarang


Hana Homestay (Ada Kolam Renang) Kuala Sg Baru Melaka

Hana Homestay di Kuala Sg Baru ini menjanjikan kepuasan pada para pengunjung kerana bukan saja ianya 6 minit dari pantai Pengkalan Balak namun, rumah yang memuatkan 30 orang tetamu ini mempunyai kolam renang persendirian. Ia juga menyediakan set peralatan BBQ seperti homestay lain, tuan rumah ini juga menyediakan air mineral, kopi & teh uncang dan gula, terasa seperti anda menyewa chalet resort dan bukannya homestay!

Alamat: Lot 240,Batu 28,Jalan Kg Permatang,78200 Kuala Sg Baru Melaka.

Harga: Dari RM1000/ malam


Tempah sekarang


DeZen's Guesthouse

DeZen's Guesthouse menyediakan penginapan yang bersih, selesa, ruang mencukupi dan dilengkapi dengan perabot untuk keselesaan anda semasa tinggal di homestay ini. Terletak di Tanjung Kling, homestay ini adalah hanya berjarak 5 minit dari pantai mengunakkan kenderaan. Homestay teres yang bertingkat dua ini dapat memuatkan sebanyak 12 tetamu.

Alamat : 28, Jalan Nirvana 3, Taman Nirvana, 76400 Tanjung Kling, Melaka.

Harga: Dari RM280/ malam


Tempah sekarang


Wanchah Homestay

Homestay Wanchah adalah sebuah rumah teres unit sudut yang terletak di Dataran 1 Malaysia berhampiran dengan Pantai Puteri dan Museum Kapal Selam. Rumah teres berbilik 4 ini sesuai untuk 8 orang tetamu tetapi mampu menampung sehingga 12 orang tetamu. Akan tetapi, homestay ini hanya disewakan kepada tetamu beragama Islam sahaja.

Alamat : 1, Jalan Impian 3, Taman Pinang Impian, 76400 Tanjung Kling, Melaka.

Harga: Dari RM300/ malam


Tempah sekarang


                 

 Lebih banyak lagi, teruskan...

  

Ingin mendapatkan penjimatan sambil bercanda di tepi pantai Melaka? Dapatkan promo terkini di sini.

Seri Bidara Homestay 1

Homestay Seri Bidara ini cuma bertentangan dari Pantai Tanjung Bidara dan jika anda ingin bercuti, tenangkan fikiran, anda boleh berjalan kaki dari homestay ke pantai dalam masa 10 minit saja sambil dikelilingi rumah-rumah kampung di tepi pantai dan pokok nyiur melambai dibawa angin. Rumah ini mempunyai 4 bilik dan selesa untuk 10 orang. Juga menyediakan peralatan BBQ, amat sesuai untuk anda dan keluarga atau sahabat handai berkelah, berbabeku selepas seharian bermandi-manda di tepi pantai.

Alamat: Batu 23 1/2 Kampung Balik Batu Tanjung Bidara 78300 Masjid Tanah Melaka.

Harga: Dari RM300/ malam


Tempah sekarang


Homestay Bandar Melaka – De Lekir Guesthouse

De Lekir Guesthouse ini adalah sebuah rumah kembar bertingkat 2 yang mempunyai 4 buah bilik untuk penginapan 12 orang tetamu. Bukan sahaja dekat dari pantai-pantai di Melaka, homestay ini juga berdekatan dengan Melaka Sentral, Aeon Bandaraya Melaka, Stadhuys, A Famosa, Jonker Street dan pelbagai tempat tarikan pelancong.

Alamat : No.7, Jalan BP 3D, Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong, Melaka.

Harga: Dari RM300/ malam


Tempah sekarang


Canaan House

Canaan House adalah sebuah unit pangsapuri di tingkat satu di Lagenda Kondominium Klebang yang mempunyai dua buah bilik sesuai untuk seisi keluarga ataupun sekumpulan kawan seramai 5 orang. Homestay ini terletak di tengah bandar Melaka dan dapat menjimatkan kos pengangkutan. Antara tempat menarik yang berhampiran adalah Jonker Walk, A Famosa, Bukit St Paul dan pelbagai pantai di sepanjang Selat Melaka seperti Pantai Klebang dan Pantai Puteri, Melaka.

Alamat : Lagenda Condominium Klebang, Jalan Klebang Besar, 75200 Melaka.

Harga: Dari RM338/ malam


Tempah sekarang




Ingin melihat senarai lengkap tempat penginapan di Melaka? Cari dengan klik imej di atas dan cari yang ideal anda!


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.96 (23 VOTES)