5 Apartment Terbaik di Langkawi
Ada pelbagai tujuan pelancong datang ke Langkawi. Ada yang datang untuk berkelah di pantai, melakukan aktiviti menyelam, mendaki di trek-trek semula jadi di Geopark Langkawi, membeli-belah di kawasan bebas cukai atau mencuba restoran-restoran yang menyajikan menu makanan laut yang segar. Tetapi kalau anda adalah pelancong yang menggemari pemandangan semulajadi terutamanya pemandangan laut biru, mungkin anda akan suka video di bawah ni.
Cantikkan pemandangan-pemandangan dalam video tu? Pasti anda dah terbayang sebentar, melihat pemandangan laut dari tingkap tempat penginapan anda. Rasa seronok juga kalau anda dapat menginap di apartment tinggi yang ada view air dan matahari terbit atau terbenam. Tak perlu pergi ke tepi pantai pada awal pagi, lihat dari bilik tidur di tempat penginapan pun dah cukup. Haa, dekat mana kita nak cari apartment macam tu untuk percutian anda nanti? Jom kita lihat 5 apartment terbaik di Langkawi ni.
Zaihomestay Langkawi
Zaihomestay Langkawi terletak di Kuah dan berdekatan dengan Dataran Lang. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Anda boleh menginap di sini bersama seluruh ahli keluarga anda kerana ianya boleh memuatkan 10 orang penginap pada satu masa. Homestay ini juga menyediakan tempat letak kereta percuma dan kemudahan kolam renang.
Alamat: 1101- 1, Sri Lagenda Apartment, Jalan Sri Lagenda, Off Jalan Penarak, 07000 Kuah, Langkawi, Kedah
Harga: dari RM170/malam
Century Suria Service Suite Apartment
Century Suria Service Suite Apartment terletak di Kuah dan berhampiran dengan Langkawi Parade Mega Mall, Makam Mahsuri, Dataran Lang dan jeti. Homestay apartment ini menyediakan 3 bilik tidur dan 2 bilik air dan sesuai untuk penginap dalam bilangan maksima 10 orang. Apartment ini juga menyediakan room service untuk memenuhi keperluan anda sepanjang penginapan.
Alamat: Century Suria Kondominium, Jalan Taman Pelangi, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah.
Harga: dari RM330/malam
Sunset Island Apartment
Sunset Island Apartment di Kuah dan mempunyai 2 bilik tidur dan 2 bilik air untuk 4 orang penginap. Apartment kondominium ini dikelilingi hutan kecil dan berdekatan dengan kedai-kedai dan kawasan bandar dalam jarak kurang 10 minit. Ianya terletak di tingkat satu dengan balkoni yang mengadap kolam renang. Kereta sewa ada disediakan untuk kemudahan anda berjalan-jalan di Langkawi.
Alamat: Kuah, Langkawi, Kedah
Harga: dari RM302/malam
Condo Asia Langkawi
Condo Asia Langkawi mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Ianya boleh memuatkan 8 orang penginap. Homestay ini sesuai untuk keluarga dengan kanak-kanak kecil.Di apartment kondominium ini juga, anda boleh mengunnakan kemudahan kolam renang, kolam untuk kanak dan bersantai di taman bunga yang disediakan.
Alamat: Kuah, Langkawi, Kedah
Harga: dari RM281/malam
Pizzazz Q Holiday
Pizzaz Q Holiday ini terletak dalam kawasan bandar Kuah dan berhampiran dengan kawasan bebas cukai. Ianya sesuai untuk penginap yang ingin meluangkan masa membeli-belah dan merasai suasana night life di bandar Kuah ini. Apartment ini mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air dan boleh menginapkan 6 orang penginap. Ia juga berdekatan dengan Lagenda Beach Park & Tourism Jetty Complex, Pantai Chenang dan Kilim Karst Geodorest Park.
Alamat: Kuah, Langkawi, Kedah
Harga: dari RM288/malam
Senarai di bawah terdapat homestay-homestay selain homesty apartment di Langkawi.
MYR 350.00 /night
MYR 150.00 /night
MYR 70.00 /night
Gunakan kod promosi kami untuk harga tempahan yang lebih rendah!
MYR 170.00 /night
MYR 200.00 /night
MYR 80.00 /night
MYR 250.00 /night
MYR 250.00 /night
MYR 250.00 /night
Anda masih tidak puas hati dengan senarai homestay yang ada di atas? Klik pada gambar di bawah untuk pilihan tempat penginapan lain seperti hotel di Langkawi.