16 Homestay Langkawi Paling Best Tepi Pantai Featured Image

16 Homestay Langkawi Paling Best Tepi Pantai

By [email protected] - Jan 02, 2019 (Last Updated Mar 20, 2020)

Pulau Langkawi merupakan salah satu pulau di Malaysia yang menjadi tumpuan para pelancong. Faktor geografinya seperti dikelilingi tidak kurang daripada 100 pulau, pantainya yang indah dan juga statusnya sebagai pulau bebas cukai sejak tahun 1987! Sebagai salah satu daripada dua pulau di Malaysia yang berstatus bebas cukai, Pulau Langkawi amat terkenal dengan peralatan dapur, barangan kosmetik, keluaran koko dan produk tembakau yang murah! Memang tidak hairan pelancong yang gemar membeli-belah akan memilih Pulau Langkawi sebagai destinasinya. 


Selain barangan yang bebas cukai, juga telah disebutkan adalah aspek geografi di Pulau Langkawi yang mempunyai lebih kurang 100 pulau di sekelilingnya. Dengan itu, destinasi pelancongan ini adalah amat sesuai untuk aktiviti menyelam dan island hopping. Menyelam lebih sesuai untuk yang menggilakan aksi pengembaraan manakala island hopping pula sesuai untuk yang inginkan pengalaman yang lebih relax. Kedua-duanya juga membolehkan pelancong menyelami dalam keindahan alam semula jadi. Akan tetapi, anda boleh juga mengalami kedua-duanya sekali! Memang tidak boleh melepaskan peluang keemasan ini.


                        



Walau bagaimanapun, apabila menyebut Langkawi, perkara pertama yang timbul di kepala adalah berenang-renang di pantai Langkawi. Pantai yang paling popular di Langkawi seperti Pantai Cenang, Pantai Tengah, Teluk Burau, Pantai Kok dan Datai Bay. Pantai Cenang sangat menarik kerana pantainya panjang dan pasirnya putih halus. Di sekitarnya, terdapat beberapa restoran dan bar untuk hiburan malam serta beberapa musik dimainkan live sesuai untuk pasangan yang ingin melihat matahari terbenam dan bercanda di tepi pantai. 


Jadi di sini telah kami menyenaraikan 15 homestay Langkawi paling best di tepi pantai untuk kesenangan anda apabila merancang aktiviti pelancongan anda.


Tempahlah percutian anda bersama kami hari ini untuk mendapatkan harga promosi!




Selain daripada homestay yang menarik di atas, laman web LetsGoHoliday juga mempunyai pelbagai tempat penginapan di Langkawi dan seluruh Malaysia! Jika anda sedang merancang percutian ke mana-mana di Malaysia, bolehlah membuat tempahan melaluinya untuk harga yang paling berpatutan!


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.27 (26 VOTES)