40 Senarai Terbaik Homestay Langkawi Featured Image

40 Senarai Terbaik Homestay Langkawi

By [email protected] - Nov 22, 2018 (Last Updated Mar 20, 2020)

Memandangkan 2018 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, ramai di antara kita yang ingin menghabiskan sisa-sisa cuti sebelum 2019 bakal menjelma. Namun, masalah yang dihadapi adalah hendak ke mana? Agak last minute juga jika ingin merancang percutian. Nah, jangan kusut memikirkan sebab kami boleh bantu anda untuk merancang percutian di dalam negara. Sebut sahaja destinasi percutian dalam negara, Melaka? IpohJB? Apa kata kami bawakan anda ke Langkawi. Jom kita singkap sedikit sebanyak mengenai Langkawi dan lihat 40 senarai terbaik homestay di Langkawi


Langkawi atau dikenali sebagai Permata Kedah adalah gabungan 99 kepulauan di Laut Andaman. Pulau-pulau ini adalah sebahagian daripada negeri Kedah, dan bersempadan dengan Thailand. 


Terdapat banyak versi mengenai bagaimana Langkawi mendapat namanya. Mengikut satu versi, Langkawi bermaksud pulau burung helang yang berwarna coklat kemerah-merahan. Menurut Bahasa Melayu lazim, nama "Lang" adalah daripada perkataan "helang" yang dipendekkan dan diambil hujungnya manakala "Kawi" pula adalah batu merah yang digunakan sebagai kapur penanda barang pada masa silam. Maka, dari dua gabungan inilah terciptanya nama Langkawi yang kini diabadikan sebagai arca di Dataran Helang di Kuah.


Pada 1 Jun 2007, Pulau Langkawi diberi status Geopark Dunia oleh UNESCO. Tiga kawasan pemuliharaan utamanya di Langkawi Geopark ialah Taman Geo Machincang Cambrian, Taman Geo Kilim Karst dan Taman Geo Dayang Bunting. Tiga taman ini adalah kawasan pelancongan yang paling popular di Langkawi Geopark.


Lazimnya, apabila menyebut Langkawi, perkara pertama yang timbul di kepala adalah berenang-renang di pantai Langkawi. Pantai yang paling popular di Langkawi seperti Pantai Cenang, Pantai Tengah, Teluk Burau, Pantai Kok dan Datai Bay. Pantai Cenang sangat menarik kerana pantainya panjang dan pasirnya putih halus. Di sekitarnya, terdapat beberapa restoran dan bar untuk hiburan malam serta beberapa muzik dimainkan live sesuai untuk pasangan yang ingin melihat matahari terbenam dan bercanda di tepi pantai. 


Selain dari itu, anda boleh menikmati keindahan semula jadi dengan menaiki kereta kabel Langkawi untuk melihat pemandangan mengasyikkan dari puncak Gunung Mat Chinchang, di mana Sky Bridge ini berada. 


Langkawi juga dikenali sebagai Zon Bebas Cukai jadi pelancong akan mengambil kesempatan untuk membeli-belah barangan import seperti coklat, minyak wangi, minuman beralkohol dan juga alat memasak untuk para suri rumah.


Sudah penat meneroka Langkawi, sudah pastinya anda ingin merehatkan badan bukan? Seperti yang kami janjikan, di bawah ini kami sudah senaraikan 40 homestay terbaik di Langkawi sesuai untuk tatapan anda. Jom lihat!


Source





Kami ingin kongsikan cara untuk mendapatkan homestay dengan lebih murah! Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut!




Inginkan lebih inspirasi untuk tempat penginapan anda di Langkawi? Di bawah ini kami sudah senaraikan beberapa artikel menarik yang berkaitan dengan hotel dan homestay di Langkawi.


10 Homestay Untuk Keluarga Besar Di Langkawi


Pulau Langkawi, juga dikenali sebagai pulau yang terbesar di Malaysia, kaya dengan keindahan alam semulajadi dan legenda kisah silam. Ciri-ciri tersebut menjadikan pulau ini sebuah tempat pelancongan yang menarik dan terkenal di kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong luar negara. Jika anda bercadang untuk bercuti di Langkawi bersama keluarga yang besar seramai 5 orang dan ke atas, di sini kami senaraikan 10 homestay sesuai untuk anda.


Homestay Murah Di Langkawi Untuk LIMA 2019


Pameran LIMA di Langkawi, pameran popular di rantau Asia Pasifik yang dinanti-nantikan ini yang diadakan 2 tahun sekali, bakal berlangsung pada 26 hingga 30 Mac 2019. Pelbagai aktiviti menarik bakal disajikan kepada para pengunjung selama 5 hari termasuk pameran pesawat dan kapal perang.


Klik untuk lihat homestay murah berdekatan  dengan lapangan terbang dan tempat pameran diadakan. Tempah awal untuk mengelakkan homestay penuh dan penipuan di saat-saat akhir.

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.33 (3 VOTES)