Hotel 5 Bintang di Langkawi Featured Image

Hotel 5 Bintang di Langkawi

By [email protected] - Jan 16, 2019 (Last Updated Jan 18, 2019)

Seronoknya dapat bercuti ke Langkawi! Macam mana dengan itinerari anda setakat ni? Dah ada senarai tempat yang anda nak pergi bersama yang tersayang? Mungkin anda dah survey pakej-pakej percutian yang anda dah target. Ataupun anda memang dah plan untuk shopping sepuas hati semasa di Langkawi nanti? Good plan! 


Anda boleh baca artikel ni untuk tips shopping di Langkawi.



Itinerari 3 hari 2 malam di Langkawi

Anda bercadang untuk melancong di Langkawi selama 3 hari? Lama juga tu, dan sesuai untuk anda mengembara dan melawat ke setiap kawasan di Langkawi. Jom kita lihat contoh itinerari untuk 3 hari 2 malam di Langkawi. Anda boleh terus skroll ke bawah untuk hotel 5 bintang dan senarai hotel di Langkawi.

Hari pertama:

1. Dataran Lang
2. Kota Mahsuri
3. Telaga Ayer Hangat
4. Mardi Agrotechnology Park


Hari kedua:

1. Tour pulau  ke Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar
2. Underwater World
3. Shopping, makan-makan, berkelah dan bermandi-manda di Pantai Cenang

Hari ketiga:

1. Cable Car
2. Skytrex Adventure
3. Air Terjun 7 Telaga

Anda boleh tonton video ini juga untuk lihat bagaimana percutian anda di Langkawi nanti. Kita ambil feel awal-awal dulu hehe.





Okay, kita dah lihat sedikit plan itinerari tempat dan aktivti di Langkawi, sekarang jom kita lihat hotel penginapan anda di Langkawi. 

The Andaman, a Luxury Collection Resort

Night View of hotel interior

The Andaman, a Luxury Collection Resort, Langkawi merupakan hotel bertaraf 5 bintang di Teluk Datai, Langkawi.
Jika anda inginkan tempat penginapan yang menghadap ke laut dan dalam persekitaran tenang ala-ala di hutan tropika, anda boleh menginap di sini. Hotel ini menghadap Laut Andaman dan berdekatan dengan Langkawi Cable Car dan Sky Bridge Langkawi.


Lokasi hotel:




The St. Regis, Langkawi

Exterior

The St. Regis, Langkawi adalah hotel bertaraf 5 bintang di selatan Langkawi. Ianya menghadap Selat Melaka dan berdekatan dengan Pulau Bumbon Besar dan Dataran Helang.  Anda boleh nikmati pengalaman percutian yang indah dengan pantai persendirian di kawasan hotel ini.


Laman web: The St. Regis, Langkawi

Lokasi hotel:




Tanjung Rhu Resort

Image result for tanjung rhu resort

Tanjung Rhu Resort, Langkawi pula terletak di utara Langkawi. Hotel ini sesuai bagi mereka yang inginkan suasana aquamarine di kawasan hotel. Hotel ini juga berdekatan dengan Kilim Geoforest Park. Selain itu, hotel ini terkenal dengan restoran hotel yang menyajikan makanan yang enak ala Asian-fusion, sesuai untuk mereka yang suka mencuba menu-menu baharu.


Laman web: Tanjung Rhu Resort, Langkawi

Lokasi hotel:



Meritus Pelangi Beach Resort & Spa


Meritus Pelangi Beach Resort & Spa terletak di Pantai Cenang, Langkawi. Buat pengetahuan anda, Pantai Cenang adalah kawasan pantai yang sangat popular di Langkawi. Terdapat banyak restoran, spa dan kedai cenderamata sepanjang pantai ini. Hotel ini sesuai untuk anda jika anda ingin meluangkan lebih masa berjalan dan bersantai di tepi pantai. Istimewanya hotel ini adalah dengan rekabentuknya berkonsepkan kampung Melayu tradisional. Anda akan dapat berehat dengan selesa di hotel ini setelah seharian bersantai di Pantai Cenang.


Laman web: Meritus Pelangi Beach Resort & Spa

Lokasi hotel:



The Westin Langkawi Resort & Spa

Image result for the westin langkawi

The Westin Langkawi Resort & Spa terletak di selatan Langkawi. Hotel ini menawarkan penginap hotel ini dengan kawasan pantai persendirian dan kolam renang menghadap laut. Ia juga berdekatan dengan Dataran Lang dan Jeti Kuah. Hotel ini sesuai untuk pelancong yang ingin meluangkan masa keluar bersiar-siar dan membeli belah di kedai-kedai berdekatan di kawasan Kuah.


Laman web: The Westin Langkawi Resort & Spa

Lokasi hotel: 





Dapatkan tawaran istimewa bagi tempahan penginapan anda dengan kami. Gunakan kod promosi!

Mahukan lebih banyak pilihan hotel penginapan di Langkawi? Klik gambar di bawah untuk tempat penginapan terbaik di Langkawi.


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)