Senarai Hotel di Kota Bharu Featured Image

Senarai Hotel di Kota Bharu

By [email protected] - Feb 07, 2019 (Last Updated Feb 18, 2019)

Bila dah lama tak pergi Kota Bharu, rasa rindu nak makan macam-macam yang ada di Kota Bharu tu. Kita yang bukan orang Kelantan pun, sebab dah banyak mencuba restoran-restoran makanan Kelantan di tempat sendiri, nak merasa juga makan di negeri Kelantan. Baru lah dapat rasa yang betul-betul ori!



Selain daripada mencuba tempat-tempat makan yang sedap di Kota Bharu, mungkin anda jenis yang suka mencuba hotel yang berbeza setiap kali anda melancong. Haa, di sini kami sertakan senarai pendek hotel-hotel di Kota Bharu untuk anda cuba.


Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu

Superior Room - Bed

Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu Kelantan adalah hotel 4 bintang di kawasan Wakaf Che Yeh. Setiap tempahan bilik penginapan termasuk juga dengan Wifi dan sarapan percuma. Untuk anda yang ingin merehatkan diri setelah seharian berbelanja di pasar borong Wakaf Che Yeh, boleh lah berehat di sauna dan steamroom.


Pusat kecerdasan dan kolam renang juga tersedia untuk penggunaan anda sepanjang penginapan di hotel ini.  Hotel ini mempunyai lokasi strategik, berdekatan dengan Masjid Kota, Klinik Kesihatan Tendong, Masjid Pintu Geng dan Pasar Borong Wakaf Che Yeh.


Alamat: PT 968, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan

Harga: dari RM188/malam


Tune Hotel - Kota Bharu City Centre

Exterior view

Double Room

Tune Hotel Kota Bharu City Centre ini sesuai bagi pelancong yang mencari hotel bajet kos rendah. Bilik dan kemudahan yang disediakan masih serba lengkap dan selesa. Hotel ini bersebelahan dengan KB Mall dan berhampiran dengan Gelanggang Seni Cultural Centre, Pasar Siti Khadijah, Masjid Beijing, Wat Photivihan dan Pantai Cahaya Bulan.


Alamat: KBCC, Jalan Hamzah, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Harga: dari RM90/malam


Hotel Perdana Kota Bharu

Exterior view

Premier Twin

Hotel Perdana Kota Bharu bertaraf 5-bintang ini menyediakan penginapan serba mewah dan selesa untuk anda dan  keluarga. Hotel ini berhampiran dengan Pusat Rawatan Islam An-Nisa, Stadium Sultan Muhammad IV, dan Muzium Perang.


Para pengunjung juga boleh berhibur dengan bermain bowling di hotel ini. Bagi anda yang ingin memanjakan diri, terdapat kolam air panas, servis urutan, sauna, spa dan steamroom. Anda juga boleh beriadah di pusat kecerdasan dan kolam renang yang disediakan. Jika anda mahu meluangkan lebih masa dengan pasangan anda, hotel ini juga menyediakan servis penjagaan kanak-kanak.


Alamat: Jalan Mahmood,  15200 Kota Bharu, Kelantan

Harga: dari RM241/malam


Grand Riverview Hotel

images

Premier Room

Grand Riverview Hotel yang serba mewah  ini terletak di sebelah sungai Kelantan.  Hotel ini menyediakan bilik-bilik khas untuk keluarga dan kolam renang khas untuk kanak-kanak.  Ianya berdekatan dengan Parkson (Kota Bharu Trade Centre), KB Mall, Tesco, Pasar Citi Khadijah, Istana Jahar, Muzium Kelantan, Masjid Muhammadi, Bank Kerapu dan Padang Merdeka.


Alamat: Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Harga: dari RM164/malam


Jewels Hotel (Habib Hotel)

images

Superior

Jewels Hotel (Habib Hotel)  terletak di  tengah Kota Bharu, hotel ini hanya 20 minit  sahaja dari lapangan terbang. Ianya menyediakan bilik yang selesa untuk anda sama ada anda mengembara secara sendiri atau bersama keluarga.


Hotel ini juga berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah dan stesen bas untuk anda pergi ke Pantai Cahaya Bulan. Selain itu, Restoran Suasa di hotel ini menyajikan juadah tempatan dan antarabangsa yang serba enak dari waktu sarapan pagi hingga ke makan malam.


Alamat: Lot 1159 & 1162, Seksyen 11, Jalan Maju, 15000 Kota Bharu

Harga: dari RM157/malam


Itulah antara hotel yang terdapat di Kota Bharu. Jika anda mahukan pilihan tempat penginapan yang berbeza, scroll ke bawah untuk senarai homestay di Kota Bharu.


Gunakan kod promosi kami untuk harga tempahan lebih murah!

Anda tidak berpuas hati dengan senarai hotel dan homestay di atas? Klik pada imej di bawah untuk lebih banyak pilihan tempat penginapan di Kota Bharu.



Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.5 (4 VOTES)