Homestay Apartment Kota Bharu Featured Image

Homestay Apartment Kota Bharu

By [email protected] - Feb 04, 2019 (Last Updated Nov 05, 2019)

Kelik mari!  Haa, itulah kata-kata akhir rakan anda yang berasal dari Kelantan dalam mesej Whatsappnya kepada anda. Mungkin dulu anda pernah belajar atau bekerja di Kota Bharu untuk beberapa tahun. Sekarang masing-masing dah berkeluarga dan dah lama tak berziarah sesama rakan-rakan lama. Bila dah lama tak jumpa, rindu juga nak kumpul semula ramai-ramai macam dulu-dulu. Alang-alang cuti sekolah dah nak dekat, boleh lah plan untuk berjalan-jalan di Kota Bharu dan menginap di Homestay Apartment Kota Bharu. Anak-anak pun mesti suka dapat berjalan jauh.


Kota Bharu, Kelantan. Hmmm, bagi yang tak pernah sampai di sini, pasti tertanya-tanya apa je yang ada di sini. Eh, mestilah ada tempat-tempat menarik yang buatkan ramai orang datang ke Kota Bharu. Bahkan orang-orang KB sendiri pun suka balik sini semata-mata nak lepaskan rindu dengan KB ni. Di sini kami senaraikan 3 tempat shopping paling top di Kota Bharu yang wajib anda lawat!

Pasar Siti Khadijah


Pasar Siti Khadijah ni, nama asalnya Pasar Besar Buluh Kubu. Tapi, namanya telah ditukar kepada namanya sekarang oleh bekas Menteri Besar Kelantan, Allayarham Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Pertukaran nama ini bersempena meraikan dan sebagai tanda penghormatan untuk kaum Hawa yang merupakan majoriti peniaga di sini. Anda jangan terkejut tau kalau anda ke pasar-pasar lain di Kelantan, memang kebanyakan peniaga adalah kaum wanita.

Apa pula barangan yang dijual di sini? Barangan di sini dijual mengikut jenis mengikut tingkat pasar ini. Pasar ini mempunyai empat tingkat. Tingkat paling bawah adalah untuk barangan basar seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran. Tingkat satu untuk makanan kering seperti serunding, aya percik, ikan percik, nasi kerabu, laksam dan somtam. Kuih-kuih tradisional seprti akok, jala mas, serabe, tahi itik juga dijual di tingkat ini. Barangan bukan makanan pula dijual di tingkat 2 dan 3. Pasar ini dibuka seawal jam 6.00 pagi dan ditutup pada jam 7.00 petang. Setiap kali waktu solat, segala urusan jual beli akan diberhentikan sebentar selama 15 minit untuk para peniaga dan pengunjung menunaikan solat.

Wakaf Che Yeh

Image result for wakaf che yeh

Bagi anda yang suka shopping, Wakaf Che Yeh adalah tempat yang wajib anda pergi semasa di KB!  Tempat ini menempatkan pasar borong yang dibuka 24 jam sehari! Kalau anda terfikir kenapa namanya Wakaf Che Yeh dan bukannya Pasar Che Yeh, ini dia sedikit sejarah namanya. Nama ini berasala daripada sebuah wakaf yang terletak di simpang 3 Jalan Kuala Krai-Salor yang dibina oleh seorang yang bernama Che Yeh. Wakaf ini dikhaskan untuk orang ramai berehat dalam perjalanan mereka berulang-alik ke Kota Bharu. Ingat ya, pada waktu dahulu, kebanyakan orang berjalan kaki sahaja dan tidak menggunakan kereta atau kenderaan lain. Sebab itulah adanya wakaf ini.

Pasar borong 24 jam ini pula pada mulanya terletak di KB Mall, tapi ianya telah pun dialihkan ke Wakaf Che Yeh kerena tapak d KB Mall itu hendak dibangunkan. Waktu operasinya selama 24 jam dibahagikan keada beberapa jenis pasar. Pada waktu pagi dan siang, pasar ini akan menjadi pasar basah dan di sebelah malam, ia akan menjadi pasar malam. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis pakaian seperti t-shirt jersey bola, baju-baju kurung, batik, jeans, tudung dan sebagainya. Buah-buahan dan makanan-makanan Kelantan turut dijual di sini seperti pulut mangga dan mee celup. Jadi nanti anda bolehlah sediakan duit cash secukupnya untuk berbelanja di sini.

Bazar Tok Guru

Image result for bazar tok guru

Ini dia satu lagi spot membeli-belah di KB! Bazar Tok Guru ini adalah tempat khusus untuk jualan pelbagai pakaian siap, batik dan songket. Makanan-makanan tempatan seperti keropok dan dodol turut dijual di sini. Bazar ini mempunyai 4 pintu gerbang utama dan menyediakan tempat parking khusus untuk pengunjung di sini, termasuklah bas-bas pelancong.  Pakaian d sini dijual dengan harga berpatutan. Anda boleh dapatkan kain songket dengan harga kurang RM300. Telekung dan kain batik juga dijual dengan harga menarik, ditambah lagi dengan peniaga yang peramah dan anda boleh tawar menawar harga dengan mereka.


Seronokkan bila kita dapat shopping puas-puas. Berborong dengan harga murah-murah pula tu. Boleh la kita hadiahkan ole-ole untuk rakan-rakan kita yang lain.


Oh! Dan jika anda mencari tempat penginapan yang selesa, skrol ke bawah untuk homestay apartment di Kota Bharu. Bukan sahaja homestay apartment ini serba moden, ianya juga lengkap dan selesa seperti anda berada di rumah anda sendiri.


Dapatkan harga tempahan penginapan lebih murah dengan kod promosi kami!

Mahukan lebih banyak pilihan hotel dan homestay untuk penginapan anda di Kota Bharu? Klik pada imej di bawah untuk senarai penginapan terbaik di Kota Bharu.



Kami juga menyediakan beberapa artikel tentang hotel percutian di Kelantan yang boleh anda baca.


Hotel Kelantan


Negeri Kelantan dikenali sebagai negeri pendukung budaya Melayu kerana populasi penduduk Melayunya yang ramai. Negeri ini juga masih mengekalkan tradisi dan budaya Melayu dengan baik seperti permainan tradisional layang-layang gergasi yang dipanggil 'wau' dan gasing. Permainan-permainan ini dimainkan oleh generasi tua dan muda.Selain itu, Kelantan juga terkenal dengan batik dan kain songketnya yang tersendiri. Ramai pelancong yang berkunjung ke Kelantan akan membeli kain-kain ini kerana kecantikan dan kualiti kain yang unik. Jika anda bercadang untuk bercuti ke Kelantan, di sini kami senaraikan hotel-hotel di Kelantan.


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)