22 Homestay Terbaik Di Kota Bharu Featured Image

22 Homestay Terbaik Di Kota Bharu

By [email protected] - Dec 13, 2018 (Last Updated Sep 15, 2020)

Kelantan Darul Naim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli tempatan. Ia juga sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan. Kelantan terletak di pantai timur semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Negara Thailand di sebelah barat-laut.


Anda pasti tidak tahu sebenarnya nama "Kelantan" dikatakan berasal daripada perkataan "gelam hutam" yang telah diubahsuai, iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.


Negeri ini juga terkenal dengan lokasi pelancongan alam-semulajadi seperti air terjun yang cantik, gunung-gunung yang boleh didaki serta Hutan Simpan yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Bukan itu sahaja, negeri ini juga mempunyai beberapa kawasan pantai yang menarik dan sesuai untuk dijadikan lokasi percutian keluarga dan kawan-kawan.


 


Tempat menarik di Kelantan yang paling popular ialah Kota Bharu. Kota Bharu dikenali sebagai ibu negeri Kelantan dan merupakan bandar tertua di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia kerana dibuka pada masa pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844. Bandar ini juga menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan.


Selain itu, Kota Bharu terdapat beberapa buah muzium, warisan sejarah dan tempat membeli-belah boleh dikunjungi seperti Masjid Sultan Ismail Petra, Gelanggang Seni, Pasar Siti Khadijah, Muzium Wau dan Muzium Diraja Istana Batu. Barangan seperti toto, periuk-belanga dan lain-lain boleh didapati dengan harga yang murah. Kemudahan penginapan yang murah dan makanan yang sedap turut menjadi faktor utama yang menarik pelancong tempahan and asing ke sini. 


Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak tempat yang menarik di Kota Bharu tetapi kita tahu dilema yang sering dihadapi oleh para pelancong iaitu kekurangan bajet. Usah risau kerana di sini kami dapat meringankan beban anda dengan mengesyorkan pelbagai homestay yang terbaik dan berharga berpatutan. 





Jimatkan perbelanjaan percutian anda dengan menempah penginapan dengan kami pada harga yang berpatutan!



Jika senarai 22 Homestay Terbaik di Kota Bharu di atas ini tidak memuaskan anda, anda boleh tekan pada gambar di atas untuk mengakses senarai penuh tempat penginapan Kelantan. Kota Bharu terdapat beberapa buah muzium, warisan sejarah dan tempat membeli-belah yang menarik minat pelancong tempatan and asing. Jom lihat artikel yang berkenaan mengenai percutian Kelantan anda di bawah ini. Semoga perkongsian homestay ini boleh bermanfaat kepada anda Jika anda merancang untuk melancong ke Kelantan pada masa akan datang. 


Resort Di Kelantan


Apa kata kalau kami cadangkan Kelantan sebagai destinasi percutian anda yang seterusnya dan kami cadangkan anda untuk menginap di senarai resort di Kelantan. Pastinya anda terkejut dengan destinasi pelancongan kali ini kami cadangkan Kelantan dan bukan calang-calang tempat penginapan kami pilih untuk anda duduk. Tapi betul ke ada resort di Kelantan? Kalau nak tahu, anda boleh sambung baca dengan menekan pada gambar di atas. 


4 Best Holiday Villa Kelantan


Kalau anda inginkan kelainan ketika menginap di Kelantan, kami sarankan anda untuk bermalam di villa. Tekan pada gambar di atas untuk sambung baca Best Holiday Villa Kelantan sepenuhnya. Artikel ini ditulis dalam Bahasa Inggeris menyenaraikan 4 Holiday Villa yang terbaik di Kelantan. Jom baca!



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.17 (6 VOTES)