33 Homestay Menarik Di Kelantan Featured Image

33 Homestay Menarik Di Kelantan

By [email protected] - Dec 28, 2018 (Last Updated Sep 15, 2020)

Antara semua negeri-negeri di Malaysia, Kelantan merupakan negeri yang mempunyai populasi kaum Melayu yang tertinggi dianggarkan sebanyak 93% dan selainnya merangkumi kaum Cina, India dan Thai. Dengan itu, tradisi, budaya dan adat kaum Melayu telah dipelihara dengan baik sehingga hari ini. Contoh yang jelas boleh dilihat adalah dari aspek permainan tradisionalnya seperti wau (layang-layang gergasi) dan gasing.


Sebelum ini, Kelantan telah melalui pengaruh Thai dan British sebelum menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1957. Untuk pengetahuan anda, ekonomi Kelantan banyak bergantung kepada hasil pertanian seperti beras, getah dan tembakau tetapi negeri ini lebih dikenali untuk kraftangan Melayu seperti batik, kain songket, lukisan dan ukiran kayu. Jadi jika anda akan melancong ke Kelantan, mestilah ambil kesempatan ini untuk membeli pelbagai buatan tangan yang unik ini!


                        



Tambahan pula, senarai di bawah daripada Wikipedia Kelantan menunjukkan beberapa tempat tarikan pelancong di Kelantan yang mesti anda lawati di Kelantan!


  • Pantai Irama Bachok - Terletak di dalam Daerah Bachok dan merupakan tempat kunjungan utama penduduk Daerah Bachok dan juga penduduk Negeri Kelantan khususnya.


  • Kraftangan Desa dan Muzium Kraftangan - Juga dikenali sebagai "Balai Getam Guri", ia menempatkan banyak contoh halus ketukangan Kelantan seperti sulaman tradisional, tenunan songket, percetakan batik, kerja perak dan ukiran kayu.


  • Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra - Seni bina masjid ini amat unik kerana menggabungkan seni bina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.


  • Pantai Cahaya Bulan - Merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941.


  • Masjid Muhammadi - Salah satu lambang kemegahan di dalam bandar ini yang mempunyai ciri-ciri gerbang yang anggun dan warna keemasan. Nama Masjid Al- Muhammadi sebagai satu penghormatan Almarhum Sultan Muhammad ke IV di atas sumbangan dan jasa terhadap negeri ini.


  • Wat Photivihan Sleeping Buddha atau Kuil Photivihan - Kuil ini adalah salah satu daripada 25 kuil yang terdapat di Tumpat, dan merupakan salah satu yang paling popular di negara ini.


  • Masjid Al-Ismaili - Masjid yang terletak di Bandar Baru Pasir Pekan, Wakaf Baru.


  • Gunung Stong - Gunung Stong setinggi 1,433 meter terletak kira-kira 300 kilometer dari Kota Bharu dan digambarkan sebagai lokasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia kerana mengalir di kawasan itu adalah air terjun Jelawang setinggi 303 meter yang didakwa sebagai tertinggi di Asia Tenggara.


  • Pasar Besar Siti Khadijah - Nama ini berasal dari Khadija binti Khuwaylid, isteri Nabi Muhammad yang merupakan ahli perniagaan pada masa itu.


  • Pantai Bisikan Bayu - Juga dikenali sebagai Pantai Dalam Rhu, angin lembut di pantai menghasilkan bunyi yang tenang, kata penduduk setempat, berbunyi seperti bisikan yang menenangkan.


  • Taman Negara - Terletak di Wilayah Gua Musang, Kelantan, berhampiran sempadan Pahang dan Terengganu. Ia terletak di dalam hutan rizab Bukit Hantu dan Lebir.


Sektor pelancongan di Kelantan telah berkembang pesat kebelakangan tahun ini dengan lebih ramai yang berminati untuk melawati negeri ini untuk menghayati keindahan tradisi kaum Melayu. Pelancongan ke Kelantan sudah pasti akan dipenuhi pembelajaran tentang tradisi kaum Melayu yang ramai tidak tahu! Dengan itu, di bawah telah kami senaraikan 33 Homestay yang menarik di Kelantan untuk anda!


Tempahlah percutian anda bersama kami hari ini untuk mendapatkan harga promosi!



Selain daripada homestay di atas, laman web kami juga mempunyai pelbagai tempat penginapan lain di Kelantan. Klik imej di atas untuk melihat senarai penuhnya! Bukan sahaja itu, di laman web LetsGoHoliday juga mempunyai pelbagai tempat penginapan di seluruh Malaysia!


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.73 (15 VOTES)