Hotel Kelantan Featured Image

Hotel Kelantan

By [email protected] - Feb 04, 2019 (Last Updated Feb 08, 2019)

Masih tercari-cari destinasi percutian di Malaysia tapi masih tidak pasti ke mana nak dituju? Adakah Melaka? Penang? Atau bercuti di KL saja? Jangan pening-pening dan jadi buntu. Apa kata kami ajak anda berjalan-jalan ke Kelantan dan seterusnya menginap di hotel Kelantan kami yang selesa.


Apa yang menarik sangat di Kelantan ni ya? Kalau anda nak tahu, Kelantan dikenali sebagai negeri pendukung budaya Melayu kerana Kelantan menampung penduduk Melayu yang ramai. Selama bertahun-tahun, Kelantan masih gah mengekalkan tradisi dan budaya Melayu dengan baik, antaranya dengan masih mengekalkan permainan tradisional seperti layang-layang gergasi yang dipanggil 'wau' dan permainan gasing. Permainan ini tidak mengenal usia dan generasi, dari yang tua dan generasi kecil, semuanya mengenali permainan tradisi ini dan mampu bermain dengan mahir. Selain itu, Kelantan juga terkenal dengan batik dan kain songketnya tersendiri. Batik, jika anda kurang arif, merupakan pakaian yang diperbuat dari sutera yang ditenun dengan pola dan corak yang rumit namun hasilnya amat cantik. 


Ramai pelancong suka mengunjungi Kelantan kerana ingin menyaksikkan sendiri budaya Melayu yang kaya di sini yang wujud di kalangan gaya hidup warga Kelantan. Selain dari cara hidup dan pakaian seharian, anda jangan lepaskan peluang untuk mengisi perut anda dengan menjamah masakan Kelantan. Rugi tau kalau anda melepaskan peluang ini. Tak Malaysia lah kalau tak jalan jalan cari makan! Antara makanan tempatan yang anda perlu cuba di sini seperti Nasi Tumpang, Nasi Kerabu, Roti Titab, Nasi Kak Wok, Khao Jam dan banyak lagi! 


Jika anda dah confirm nak datang Kelantan, anda tidak perlu risau lagi mengenai tempat penginapan sebab di bawah ini kami dah siap-siap senaraikan hotel best dan selesa di Kelantan. Jom lihat dan tempah sama-sama hotel Kelantan sekarang!


Hanna Inn


Hotel Hanna Inn Kota Bharu ini terletak di Pasir Tumboh dan berjarak 8 KM dari Pekan Kota Bharu. Hotel ini sangat berhampiran dengan tempat-tempat tarikan di Kelantan seperti Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah dan Pekan Kota Bharu, seterusnya menjadikan ia sebuah hotel Kelantan dengan lokasi yang strategik. Walaupun Hotel Hanna Inn ini adalah hotel bajet, namun ia menawarkan bilik yang selesa berhawa dingin, dewan serbaguna dan kolam renang bersaiz kanak-kanak. Selain itu, anda juga boleh menempah set BBQ di sini. 


Alamat: Lot 2169, Kg. Seribong, Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu, Kelantan. (Google Map)

Harga: Bermula dari RM 30/ malam


Tempah Sekarang 


Twin Mutiara Chalet



Twin Mutiara Chalet menawarkan servis ala-ala hotel dan menjanjikan anda perkhidmatan yang baik dengan keadaan bilik yang selesa dann bersih. Chalet ini mempunyai 4 unit yang unik dari segi suai atur dan harga yang bersesuaian. Chalet ini sangat hampir dengan UITM Kampus Machang dan 6 KM jaraknya dari Pekan Machang. Jadi untuk anda yang datang nak ke Machang atau nak menghantar anak belajar, boleh la singgah sebentar di Twin Mutiara Chalet.


Alamat: Lot 1968, Kg Banggol Kuin, Jalan Bukit Sawa, Ulu Sat, 18500 Machang, Kelantan (Google Map)

Harga: Bermula dari RM 125/ malam


Tempah Sekarang


Aam Hotel



AAM Hotel ini pula terletak di Pekan Kota Bharu dan berjarak 3.6 KM dari Pusat Membeli-Belah Billion situated in Kota Bharu dan 5 KM dari Kota Bharu Mall. AAM Hotel menawarkan bilik yang bersih dan selesa dengan tandas persendirian dan makanan sarapan buffet yang halal dan sedap. Dengan lokasinya yang strategik, anda boleh melawat Pusat Kraftangan dan Muzium Kraftangan yang berjarak 6 KM.


Alamat: Bandar Baru Kubang Kerian,, 16150 Kota Bharu, Malaysia. (Google Map)

Harga: Bermula dari RM 51/ malam


Hotel Perdana Kota Bharu



Hotel Perdana Kota Bharu terletak 10 minit memandu dari Pasar Siti Khadijah. Ia menawarkan hidangan yang lazat, kolam renang yang luas, gimnasium dan kedai serbaneka yang berhampiran. Hotel yang tersergam indah ini juga menawarkan parkir percuma juga jadi anda tidak perlu pening-pening memikirkan keselamatan kereta anda. Bilik-bilik di hotel ini dihiasi dengan karpet tebal dan mewah, berhawa dingin dan bilik yang lengkap dengan kelengkapan asas seperti cerek dan minibar. Jika anda tercari-cari hotel yang menawarkan pakej tour, anda boleh bertanya terus ke front desk untuk mendapatkan pas lawatan sekitar Kelantan. 


Alamat: Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu, Malaysia. (Google Map)

Harga: Bermula dari RM 232/ malam


Grand Riverview Hotel


Grand Riverview Hotel terletak di Sungai Kelantan menawarkan tempat penginapan yang luas dan bersih berlatar belakangkan Pekan Kelantan yang indah. Terletak 500 m dari Pekan Kota Bharu dan Kampung Kraftangan dan 800 m dari Kelantan Golf & Country Club, hotel ini menawarkan tempat makan yang enak, gimnasium dan kolam renang. Bilik-bilik hotel ini dihiasi dengan perabot yang modern, membuatkan penginapan anda lebih selesa.


Alamat: Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu, Malaysia. (Google Map)

Harga: Bermula dari RM 185/ malam




Macam mana seronok tak melihat senarai hotel Kelantan kami di atas? Kalau anda ingin mencari lagi tempat penginapan di Kelantan, anda boleh tekan pada gambar di atas untuk melihat senarai penginapan di Kelantan sekarang.


33 Homestay Menarik Di Kelantan


Sektor pelancongan di Kelantan telah berkembang pesat kebelakangan tahun ini dengan lebih ramai yang berminat untuk melawat negeri ini untuk menghayati keindahan tradisi kaum Melayu. Pelancongan ke Kelantan sudah pasti akan dipenuhi pembelajaran tentang tradisi kaum Melayu yang ramai tidak tahu! Dengan itu, di artikel ini kami senaraikan 33 Homestay yang menarik di Kelantan untuk anda! Tekan pada gambar untuk teruskan membaca.


Resort Di Kelantan



Siapa menyangka di Kelantan mempunyai harta karunnya yang tersendiri - resort dan villa yang tersergam indah. Resort-resort di Kelantan ini tersembunyi dengan ketenangan alam semula jadi atau berhadapan dengan pantai, pasti membuatkan anda melupakan hiruk-pikuk dan kesibukan di ibu kota. Tekan terus pada gambar di atas untuk membaca artikel penuh. 

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)