Resort Di Pulau Kapas Featured Image

Resort Di Pulau Kapas

By [email protected] - Feb 19, 2019

Cuba anda pejamkan mata dan bayangkan anda berenang di tengah-tengah lautan yang biru jernih dan pasir yang putih bersih. Pasti anda membayangkan anda berada di luar negara. Mungkin di Maldives atau di pulau-pulau di Sabah. Kalau nak rancang percutian ke sana banyak kos yang perlu diambil kira; penerbangan, resort, makan, buah tangan. Sampai boleh jadi stress dibuatnya! 


Jangan pening-pening. Nak rancang percutian tak perlu serumit yang disangkakan. Apa kata kami ajak anda bercuti di salah satu kepulauan di Terengganu, Pulau Kapas dan tinggal di Resort di Pulau Kapas yang kami senaraikan di bawah ini nak?


Bagi yang bertanya apa yang best sangat Pulau Kapas ni? Kalau anda jenis yang sukakan privasi dan tidak suka dengan hiruk-pikuk, Pulau Kapas ni memang dah ngam sangat. Pulau Kapas ni pulau yang kecil yang kurang dikunjungi kalau nak dibandingkan dengan Pulau Redang atau Pulau Perhentian


Pulau Kapas terletak di bahagian Timur perairan di Terengganu, dan untuk sampai ke sini, anda perlu menaiki bot dari Jeti Marang yang mengambil masa 15 minit untuk tiba. Seperti pulau-pulau lain di Terengganu, anda boleh snorkeling di Pulau Kapas. Di sini, anda akan berjumpa dengan ikan Nemo, penyu dan terumbu karang. Namun, harus diingatkan, haiwan-haiwan laut di sini di bawah perlindungan. Jadi, jangan sesekali anda menyentuh, menangkap atau merosakkan hidupan laut di sini tau. Tapi kalau anda jenis yang suka melepak di tepi pantai, anda boleh buat pelbagai aktiviti seperti melihat matahari terbenam atau terbit, bermain bola tampar, dan kalau yang suka pada flora dan fauna, anda boleh pergi hiking.


Selalunya, pengunjung yang datang ke Pulau Kapas ni akan berkemah. Kalau anda jenis yang sukakan cabaran dan lasak, anda boleh join berkhemah juga di Tempat Perkhemahan Longsha. Tapi, kalau anda tak kuasa nak bersesak dan nak keselesaan semasa bercuti, anda boleh la tinggal di senarai Resort di Pulau Kapas yang kami senaraikan di bawah ni. Jom tengok dan tempah sekarang! Siap boleh dapat diskaun hebat tau!


Ombak Kapas Island Beach Resort


Ombak Kapas Island Beach Resort adalah pilihan ideal untuk mereka yang ingin melakar pengalaman indah di Pulau Kapas kerana resort ini berhadapan dengan pantai yang jernih dengan pasir yang putih. Resort ini mempunyai 72 bilik dengan kemudahan asas, kafe, surau, dewan seminar dan juga servis bot transfer. 


Alamat: Ombak Kapas Island Beach Resort Pulau Kapas, 21600 Marang, Terengganu Darul Iman.

Harga: Dari RM 170 /malam


Kapas Beach Chalet




Kapas Beach Chalet (aka KBC) adalah salah sebuah chalet yang menawarkan penginapan indah, disapa mesra oleh pemilik chalet yang ramah dan sentiasa membantu dan ditambah dengan pemandangan chalet yang memukau. Anda akan merasai seperti sebuah keluarga harmoni yang menginap di sini dek kerana layanan 5 bintang oleh pemilik chalet. Chalet ini menawarkan masakan enak tempatan dan Western, dan anda boleh memilih jenis bilik di sini sama ada anda ingin menginap di dorm atau di chalet lengkap dengan penghawa dingin. 


Alamat: Lot 85 Pulau Kapas, Marang 21600, Malaysia.

Harga: Dari RM 40 /malam


Kapas Island Resort



Kapas Island Resort terletak beberapa minit berjalan kaki dari jeti utama untuk tiba ke Pulau Kapas. Resort ini menawarkan 60 unit bilik yang diinspirasikan oleh seni bina rumah tradisional rumah kayu Melayu, dorm, kolam renang, dewan serbaguna, bilik karaoke, surau dan restoran yang menghadap pantai. Selain itu, resort ini menawarkan aktiviti sukan dan permainan air seperti bola tampar, bola sepak, jungle trekking, scuba diving, snorkeling, mencandat sotong, kayak dan banyak lagi. Tapi kalau anda dah penat seharian di bawah matahari dan nak berteduh dengan duduk di dalam pun boleh. Anda boleh main permainan indoor seperti carom, catur, mahjong, kad dan banyak lagi.


Alamat:  Kapas Island Resort, Pulau Kapas, Marang, Terengganu.

Harga: Dari RM 150/ malam


Kapas Turtle Valley Resort




Kapas Turtle Valley Resort adalah destinasi tepat untuk mereka yang nak berehat, menenangkan minda, melarikan diri dari hiruk-pikuk di bandar dengan menghayati keindahan alam semula jadi. Kalau anda nak tahu, berhadapan dengan resort ini terletaknya sekumpulan terumbu karang yang berwarna-warni di mana anda boleh rebut peluang ini untuk menyelam di sekitar taman terumbu karang ini. Selain itu, anda juga berpeluang untuk melihat penyu, ikan pari, jerung kecil dan banyak lagi hidupan laut ketika anda menyelam di dasar laut. Resort ini juga menawarkan aktiviti kayak dan jungle trekking di sebuah laluan rahsia yang jarang diketahui orang ramai yang membawakan anda ke persisiran pantai yang jarang dijejaki manusia. Teruja tak? 


Alamat: Kapas Turtle Valley Kapas Island, Pulau Kapas 42940, Malaysia.

Harga: Dari RM 270/ malam


Gem Island Resort & Spa




Kalau anda nak rasa seperti menginap di syurga dunia, anda boleh bermalam di Gem Island Resort & Spa. Resort ini menawarkan percutian pantai dengan villa yang menghadap laut lengkap dengan balkoni peribadi yang membelakangi pemandangan pantai yang serba indah dan khidmat spa bertaraf antarabangsa. Selain itu, resort ini juga menawarkan aktiviti air, menyelam dan menjelajah ke persekitaran pulau dengan menaiki bot.


Alamat: Lot 2804, Pulau Gemia, Mukim Rusila, 21600 Marang, Malaysia.

Harga: Dari 368/ malam


Ingin mendapat penjimatan tak masuk akal ketika menempah penginapan dengan kami? Tekan sini sekarang!



Untuk pengetahuan anda, selain dari penginapan resort di Pulau Kapas, kami juga menawarkan penginapan di seluruh Terengganu. Ambillah masa untuk menekan gambar di atas untuk melihat senarai penuh penginapan di Terengganu


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.33 (9 VOTES)