Hotel Terbaik di Pulau Redang Featured Image

Hotel Terbaik di Pulau Redang

By [email protected] - Feb 19, 2019 (Last Updated May 09, 2019)

Pulau Redang adalah sebuah pulau di daerah Kuala Nerus, Terengganu. Ianya merupakan salah satu destinasi pelancongan popular di Malaysia. Untuk ke sini, anda boleh menaiki bot melalui jeti Shah Bandar ataupun jeti Merang. Anda juga boleh ke sini menaiki kapal terbang ke Redang Airport. Antara aktiviti wajib yang patut anda cuba adalah snorkeling, scuba diving, berkayak, mandi laut, melihat penyu dan banyak lagi. Tempat-tempat menarik yang anda boleh lawat pula adalah Pantai Pasir Panjang, Telok Kalong, Teluk Dalam, dan dua spot terbaik untuk snorkeling iaitu Pasir Mat Simpan dan Pasir Mat Kepit. 



Selain dari Pulau Perhentian yang sangat menjadi tumpuan di Terengganu, Pulau Redang juga tidak ketinggalan hebatnya. Jadi, jika anda inginkan percutian yang hebat di Semenanjung Malaysia, Pulau Redang wajib dimasukkan dalam top list destinations percutian anda!


Di bawah ini kami senaraikan 5 hotel terbaik di Pulau Redang bagi menyempurnakan lagi percutian anda bersama yang tersayang.


Redang Island Resort

Exterior view

Rainforest Chalet

Redang Island Resort menawarkan kemudahan penginapan yang berkualiti untuk anda dan penginap lain. Dengan kemudahan bilik yang serba selesa dan Wifi percuma 24 jam, anda tidak akan berasa seperti anda berada jauh dari rumah. Paling bagus sekali adalah anda boleh melakukan aktiviti snorkeling di resort ini!

Harga: dari RM300/malam

Lokasi: Peti Surat 106, 20710 Kuala Terengganu, Terengganu 

Laman Web: Redang Island Resort



The Taaras Beach & Spa Resort

Bar/lounge

images

The Taaras Beach Resort pula merupakan hotel serba tropika dengan suasana hutan dan pantai di sekeliling hotel ini. Walaupun begitu, hotel ini tetap menyediakan kemudahan ala bandar dengan Wifi percuma di setiap bilik, dan gimnasium untuk anda yang memang tak pernah tertinggal sesi workout anda. Untuk aktiviti khas semasa di Pulau Redang, anda boleh snorkeling, menaiki kapal layar dan melakukan aktiviti sukan air di sini.

Harga: dari RM800/malam

Lokasi: Peti Surat 126, 20928, Kuala Terengganu, Terengganu

Laman Web: The Taaras Beach & Spa Resort



Sari Pacifica Resort & Spa Redang Island

images

Bathroom

Sari Pacifica Resort & Spa yang bertaraf 4-bintang ini mampu memberikan anda pengalaman percutian pulau yang lain dari yang lain. Berhadapan dengan pantai, anda boleh terus snorkel di air pantai yang serba jernih. Jika anda tidak puas berenang di pantai, anda boleh menggunakan kolam renang yang disediakan khas untuk penginap hotel ini. Paling seronok bila anda boleh bersantai di pantai atau kolam renang yang menghadap pemandangan Laut Cina Selatan.

Harga: dari RM325/malam

Lokasi: Lot 87 & 88, Pantai Pasir Panjang, Pulau Redang, 20000 Terengganu

Laman Web: Seri Pacifica Resort & Spa Redang Island 


Gunakan kod promosi kami untuk harga tempahan penginapan lebih murah!


Laguna Redang Island Resort

Swimming pool

Deluxe Sea View

Laguna Redang Island Resort pula memberikan kelainan dengan mengutarakan konsep Melayu tradisional pada seni bina hotelnya. Konsep ini memang sangat sesuai dengan suasana hutan tropika dan pantai di sekeliling Pulau Redang ini. Anda boleh melakukan aktiviti berkayak, menyelam, snorkeling, dan memancing di kawasan hotel ini. Kedai-kedai cenderamata juga ada untuk anda membeli cenderamata buat keluarga dan rakan tersayang.

Harga: dari RM613/malam

Lokasi: S-5, Wisma Tenang, Jalan Sultan Sulaiman, Pulau Redang, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Laman Web: Laguna Redang Island Resort



Redang Bay Resort

View

Chalet - Bed

Redang Bay Resort adalah salah satu hotel yang betul-betul berhadapan dengan pantai. Dengan jarak 20 meter dari pantai, anda akan dapat merasakan pengalaman percutian pantai yang asli. Kemudahan berkayak, menyelam dan snorkeling disediakan untuk anda. Kedai serbaguna dan restoran juga ada untuk kemudahan anda di sini.

Harga: dari RM538/malam

Lokasi: 131, Jalan Bandar, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Laman Web: Redang Bay Resort 



Alang-alang dah sampai ke Terengganu nie, apa kat tambah lagi satu malam untuk berjalan-jalan di tempat menarik Terengganu pula? Sambil menikmati keropok lekor cicah dengan sos. Sedap bukan? Jika anda berminat untuk mencari penginapan lain di Terengganu, klik saja pada gambar di bawah untuk penginapan terbaik Terengganu. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

1 (1 VOTES)