Hotel di Pulau Perhentian Featured Image

Hotel di Pulau Perhentian

By [email protected] - Feb 18, 2019 (Last Updated May 08, 2019)

Anda impikan percutian yang mendamaikan bersama yang tersayang namun anda masih berkira-kira dengan bajet yang ada? Jangan risau dan tak perlu fikir untuk bercuti di luar negara sekalipon jika anda mempunyai kekangan. Terdapat banyak lagi tempat menarik yang boleh anda lawati di Semenanjung Malaysia untuk percutian yang menyeronokkan. Apa kata kali ini bercuti di Pulau Perhentian pula? 

Untuk pengetahuan anda, Pulau Perhentian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Apa yang membezakan kedua-dua bahagian ini? Sebenarnya kedua-duanya mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Jika anda bakal melakukan aktiviti island hopping dan snorkeling, jadi tiada masalah kerana anda akan berpeluang melalui kedua-dua pulau ini.  


Cuma yang agak ketara perbezaannya adalah tempat penginapan dan tempat makan. Di perhentian kecil, kebanyakannya penginapan berkonsepkan inn, motel atau homestay. Yang menariknya di sini terdapat sebuah perkampung yang dinamakan sebagai Kampung Nelayan dan makanan di sini jauh lebih murah.  Untuk perhentian besar pula, tempat penginapanya lebih ekslusif, banyak resort boleh didapati di sini. Terdapat restoran dan cafe-cafe, dan harganya pula memang "harga pulau", agak mahal sedikit. 


Tak perlu pening-pening mencari penginapan terbaik di Pulau Perhentian. Di bawah ini disenaraikan hotel dan resort yang terdapat di Pulau Perhentian yang boleh anda pilih. 


Shari-la island Resort

images

Standard Room

Shari-la Island Resort di Pulau Perhentian Kecil adalah salah satu hotel resort popular di sini. Ianya menawarkan kemudahan Wifi percuma. Sarapan percuma disediakan dan restoran yang halal beserta servis bilik 24 jam. Hotel ini sesuai untuk pengunjung yang tidak mahu berpisah daripada kemudahan-kemudahan sedia ada seperti yang ada di bandar sepanjang menginap di pulau ini. 


Alamat: Teluk Air, Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian, 22300 Terengganu.

Laman Web: Shari-La Island Resort


The Barat Perhentian Resort

images

Suite Sea Front

The Barat Perhentian Resort terletak di Pulau Perhentian Besar dan merupakan pilihan penginapan keluarga. Anda boleh meluangkan masa bersama keluarga di tepi pantai dan melakukan aktivti seperti memancing, snorkeling dan banyak lagi di kawasan sekeliling hotel ini.


Alamat: Lot  136, GM19, Kampung Seberang Genting, Pulau Perhentian Besar, Kuala Besut, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian, 22300 Terengganu.

Laman Web: The Barat Perhentian Resort


Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet



Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet menawarkan pengalaman penginapan serba moden dan selesa buat semua penginap. Anda boleh meluangkan masa di kolam renangnya yang besar jika anda masih tidak puas bermandi-manda di tepi pantai. Terdapat restoran halal untuk anda sekeluarga menjamu selera di sini. Perkhidmatan airport transfer juga disediakan untuk kemudahan anda pulang ke lapangan terbang untuk destinasi anda seterusnya. 


Alamat: Lot 181 Telok Dalam Pulau Perhentian Besar Kuala Besut, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian, 22300 Terengganu. 

Laman Web: Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet


Mahukan harga tempahan penginapan lebih murah? Gunakan kod promosi kami!


Perhentian Island Resort

Lobby

Deluxe

Perhentian Island Resort sesuai untuk anda yang mencari tempat ideal untuk percutian serba alami. Dengan pantai yang serba biru dan berdekatan dengan trel hutan tropika, anda akan menikmati suasana oasis tropika sepanjand menginap di resort ini. Aktiviti snorkeling dan trek hutan adalah antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini.


Alamat: Pulau Perhentian Besar, Daerah Besut, Besut, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian.

Laman Web: Perhentian Island Resort


Alang-alang bercuti di Pulau Perhentian tu, kalau ada lebih masa sikit mungkin anda nak berehat satu malam di mana-mana kawasan di Terengganu? Sedap jugak kalau dapat jalan-jalan ke tempat menarik di Terengganu sambil makan keropok lekor! Jom lihat senarai penuh tempat penginapan di Terengganu. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)