4 Hotel Best Dan Murah Dekat Subang Jaya Featured Image

4 Hotel Best Dan Murah Dekat Subang Jaya

By Hani - Apr 12, 2019 (Last Updated Mar 24, 2020)

Kalau bercakap mengenai Subang Jaya, mesti pertama sekali anda akan terfikir kesesakan jalan raya yang dahsyat di sini. Tapi, kalau anda nak tahu, kesesakan jalan raya ini terjadi salah satunya sebab Subang Jaya mempunyai banyak kedai makan yang hipster dan viral, pusat membeli-belah yang up-to-date dan penuh dengan kediaman, pejabat dan kolej dan universiti. Mana taknya Subang Jaya ni asyik sesak je kan! Eh, jangan batalkan niat anda untuk ke sini dulu. Jom kita baca lebih lanjut mengenai Subang Jaya dan seterusnya menginaplah di hotel best dan murah dekat Subang Jaya.


Subang Jaya merupakan salah satu bandar terpenting di Selangor selain dari Shah Alam dan Petaling Jaya. Mana taknya, Subang Jaya sangat pesat membangun setanding dengan bandar-bandar urban seperti Damansara dan Bangsar. Di Subang Jaya terdapat beberapa pusat membeli-belah yang up-to-date dan trendy bukan saja untuk anak-anak muda, bahkan, untuk keluarga moden seperti Subang Parade, Empire Shopping Gallery, Sunway Pyramid, Main Place, Summit USJ, dan banyak lagi.


Bercakap mengenai kafe hipster dan kedai makan viral, di Subang Jaya dan sekitar Bandar Sunway terdapat banyak kedai makan yang acap kali menjadi trending di laman sosial. Antaranya, anda boleh datang ke SS15 Subang Jaya. Di sini, anda pasti akan rambang mata memilih kedai makan mana yang lazat dan enak. Rata-ratanya, kedai-kedai makan di sini tutup lewat dan terdapat banyak yang beroperasi 24 jam. Jadi, tak perlu risau dan takut kalau anda terjaga lewat malam dan berasa lapar, anda boleh datang sebentar ke SS15 Subang Jaya. 


Di Bandar Sunway terletaknya taman tema yang sangat popular tidak kira dari pengunjung tempatan mahupun pelancong asing, Taman Tema Sunway Lagoon. Taman tema ini sesuai untuk pengunjung tidak kira umur - anda boleh datang dengan kawan-kawan atau pun dengan keluarga dan membawa anak anda. (Baca lebih lanjut: aktiviti sukan lasak di Selangor) Anda boleh meluangkan masa bermain go-kart, melawat haiwan ternakan di KL Farm In The City atau melawat galeri seni di Subang Jaya.


Sudah penat seharian berjalan-jalan di pusat membeli-belah, makan sampai kenyang dan bermain di taman tema, apa kata kita lihat pula senarai 4 hotel best dan murah dekat Subang Jaya khas untuk anda. Jom lihat di bawah ini dan mana tahu, anda dapat diskaun hebat?



Subang Valley Hotel

Subang Valley Hotel terletak betul-betul di Subang Jaya. Hotel ini menawarkan bilik berhawa dingin dengan tandas persendirian, LCD TV, wifi percuma, minibar, tuala dan sabun di bilik dan kafe hotel yang anda boleh menikmati kelazatan makanan yang terhidang. Lokasi Subang Valley Hotel ini juga sangat strategik dan berhampiran dengan Bandar Sunway, Sunway Lagoon, Sunway Pyramid, Subang Parade dan Subang Jaya Medical Centre.


Alamat: 1, Jalan SS15/5A, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Harga:  Bermula RM95.40 / malam


Tempah Sekarang Dari RM94.50!  



Subang Park Hotel

Kalau anda nak merasa duduk di hotel seperti di rumah sendiri, anda perlu bermalam di Subang Park Hotel. Hotel ini menawarkan bilik berhawa dingin, wifi, TV, minibar, tuala dan alat mandi di bilik. Hotel ini juga mempunyai restorannya sendiri, jadi anda tidak perlu risau sangat mengenai makan - walaupun hotel ini berhampiran dengan pusat membeli-belah terkemuka dan kafe dan restoran lazat di Subang Jaya.


Alamat: 143, Jalan SS15/5A, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Harga:  Bermula RM93.30 / malam


Tempah Sekarang Dari RM93.30!  


Dapatkan penjimatan hebat ketika anda menempah dengan LetsGoHoliday.my sekarang.


Sun Inns Hotel Lagoon


Sun Inns Hotel Lagoon terletak di Bandar Sunway, berhampiran dengan Sunway Pyramid dan taman tema Sunway Lagoon. Hotel ini mempunyai pelbagai jenis bilik bersesuaian dengan jumlah tetamu yang datang bermalam, tidak kira jika anda datang berseorangan atau dengan keluarga. Hotel ini dilengkapi dengan wifi, penghawa dingin, TV dan tuala. Selain itu, Sun Inns Hotel Lagoon berhampiran dengan pusat membeli-belah, kolej dan universiti terkemuka dan tempat-tempat makan viral di sekitar Bandar Sunway dan Subang Jaya.


Alamat: 121, Jalan PJS 11/2, Subang Indah, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.

Harga:  Bermula RM75 / malam


Tempah Sekarang Dari RM75!  



Sama By Suitel


Sama by Suitel ini adalah sebuah apartment hotel yang menawarkan pelbagai jenis bilik untuk memuatkan jumlah tetamu yang datang menginap. Hotel bertaraf 3 bintang ini mempunyai TV, wifi, dapur yang lengkap dengan perkakas asas memasak, ruang makan, mesin dishwasher, peti sejuk dan microwave. Anda juga boleh menggunakan sauna, gimnasium dan kolam renang di sini.


Alamat: Ground Floor 1-4, D'Latour, Jalan Taylors, Bandar Sunway, PJS7, 46150 Subang Jaya, Selangor.

Harga:  Bermula RM245 / malam


Tempah Sekarang Dari RM245!  


Perlukan lebih banyak lagi pilihan hotel mahupun homestay di sekitar Selangor bagi menjamin percutian yang hebat dan menarik?

Jangan risau. Di bawah ini kami sediakan senarai penuh penginapan di Selangor. Klik sahaja gambar di bawah untuk melihat senarai.


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)