6 Homestay Terbaik Di Subang Jaya Featured Image

6 Homestay Terbaik Di Subang Jaya

By Hani - Mar 25, 2019 (Last Updated May 02, 2019)

Bak bait lirik lagu Malaysia's top rapper, Joe Flizzow, "Budak Subang Jaya memang ada gaya, macam hari hari Hari Raya", bukan penduduk di Subang Jaya saja yang bergaya, homestay-homestay di Subang Jaya terbaik dan bergaya juga tau. Mari kita baca selanjutnya mengenai Subang Jaya dan seterusnya lihat senarai 6 homestay terbaik di Subang Jaya untuk anda menginap.


Subang Jaya merupakan salah satu daerah terpenting di Selangor selain dari Petaling Jaya dan Shah Alam. Kalau anda nak tahu, di Subang Jaya ini memang terkenal dengan pusat membeli-belahnya selain dari kesesakan jalan rayanya yang hampir lebih kurang dengan kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur. Tapi, itu bukan penghalang orang awam dari datang ke sini. Antara pusat membeli-belah di sekitar Subang Jaya adalah Subang Parade, The Summit USJ, Empire Shopping Gallery, One City Mall, First Subang Mall, The 19 USJ City Mall, dan Main Place USJ. 


Selain itu, salah satu tempat legend yang anda perlu lawati ketika datang ke Subang Jaya adalah SS15. Mana tak legend, di SS15 merupakan kawasan rumah kedai yang sarat dengan kafe-kafe hipster, restoran dan medan selera yang menyediakan makanan sedap yang seringkali menjadi viral  di laman media sosial. Selain dari kedai makan, di SS15 juga merupakan tempat tumpuan para remaja yang bergaya, haa, sebab itu lah Joe Flizzow jadikan tempat ini sebagai pencetus idea lagu-lagu rap beliau. Bercakap mengenai penyanyi hip-hop Malaysia yang tersohor ini, Joe juga ada membuka kedai di SS15 yang diberi nama Joe's Barber Shop. Selain dari Joe Flizzow, terdapat beberapa artis Malaysia yang juga membuka bisnes di sekitar SS15, salah seorangnya adalah Yuna, yang membuka kedai November Culture. 


Terdapat beberapa aktiviti menarik yang anda boleh lakukan ketika berada di Subang Jaya, antaranya, anda boleh melawat dan membelai haiwan-haiwan comel di KL Farm In The City. Jika anda seorang yang sukakan aktiviti sukan lasak, seperti bermain go-kart di Speedway PLUS Go Kart, atau bermain paintball di TT Sports Park, atau aktiviti sukan lasak air di Asean Water Sports Village Puchong. Jika anda nak melihat hasil karya seni anak tempatan, anda boleh melawat galeri seni Core Design Gallery atau jika anda nak berkarya dan menghasilkan seni dari tanah liat, anda boleh asah bakat anda di Clay Expression. 


Wah, macam mana. Menarik dan bergaya tak tarikan di Subang Jaya ni? Dan sudah pastinya di bawah ini kami menyenaraikan senarai 6 homestay terbaik di Subang Jaya untuk anda menginap. Bukan terbaik saja tau, bersih, selesa dan bergaya juga tau homestay-homestay ini. Jom lihat di bawah ini sekarang!


Tuujuh Cation

Tuujuh Cation merupakan sebuah rumah Banglo Semi-D yang sudah diubah suai untuk menempatkan 5 bilik tidur dengan 3 tandas untuk 20 orang tetamu dalam satu masa. Selain dari family gathering, homestay ini juga boleh digunakan untuk majlis perkahwinan, reunion, majlis hari jadi dan lain-lain. Homestay ini hampir dengan tempat-tempat menarik di Subang Jaya seperti pusat-pusat membeli-belah, taman tema seperti Sunway Lagoon, kolej dan universiti dan lain-lain.


Alamat: No.7, Jalan SS14/7A, 47500 Subang Jaya, Selangor

Bilangan Tetamu: 20

Harga:  Bermula RM600 / malam


Tempah Sekarang Dari RM600!  



The 3F Homestay

The 3F Homestay terletak di USJ 3 mempunyai 3 bilik dan 2 tandas yang mampu memuatkan 8 orang boleh disewakan jika anda ingin bermalam minima 2 malam pada hujung minggu dan cuti umum. Semua bilik dan ruang tamu dilengkapi dengan penghawa dingin disamping dengan kemudahan seperti wifi, Astro, mesin basuh, dan lain-lain. Homestay ini terlerak berhampiran dengan USJ One City.


Alamat: No. 15, Jalan USJ 3/3F, USJ 3, 47610 Subang Jaya, Selangor. 

Bilangan Tetamu: 8

Harga:  Bermula RM420 / malam


Tempah Sekarang Dari RM420!  



USJ Subang Jaya House

Jika anda datang dengan bilangan yang ramai tapi mempunyai bajet yang terhad, USJ Subang Jaya House adalah homestay yang tepat untuk anda. Homestay ini bersih, kemas dengan harganya yang berbaloi, mempunyai 4 bilik dan 3 tandas. Setiap bilik dilengkapi dengan air cond, peralatan asas memasak dan lain-lain. 


Alamat: 48, Jalan USJ 1/11, Taman Subang Permai, 47600 Subang Jaya, Selangor 

Bilangan Tetamu: 12

Harga:  Bermula RM260 / malam


Tempah Sekarang Dari RM260!  


Ingin dapatkan diskaun tidak masuk akal ketika menempah homestay di Subang Jaya? Tekan sini sekarang!

MYR 600.00 /night

MYR 420.00 /night


JL Co-Living


Jika anda perlu berada di sekitar Subang Jaya dalam suatu jangka masa yang agak panjang, anda boleh menginap di JL Co-Living. Berkonsepkan co-living space di mana anda perlu berkongsi dapur dan ruang tamu dengan penginap lain. Homestay ini menawarkan harga menarik jika anda semakin lama tinggal di sini. Sesuai untuk pelajar kolej atau universiti dan mereka yang bekerja kerana biliknya, dapur dan ruang tamunya dilengkapi dengan peralatan asas yang bersih, berkualiti dan lengkap.


Alamat: No. 12A & 16, Jalan USJ 21/7, 47630, Subang Jaya, Selangor. 

Bilangan Tetamu: 3

Harga:  Bermula RM47 / malam


Tempah Sekarang Dari RM47!  



Magg's USJ 3C Homestay


Magg's USJ 3C Homestay merupakan homestay dengan lokasi yang strategik di USJ. Cuma mengambil masa 2 minit memandu untuk ke Fairview International School, 5 minit ke Taipan Biz Center, 8 minit ke Subang Parade, Aeon, Empire Shopping, iCity Klang dan Sunway Pyramid. Homestay ini mempunyai 5 bilik untuk 11 tetamu dan fully furnished


Alamat: 20, Jalan USJ 3C/6 USJ 3, 47600 Subang Jaya Selangor.

Bilangan Tetamu: 11

Harga:  Bermula RM390 / malam


Tempah Sekarang Dari RM390!  



Homestay Taipan Subang Jaya 5BR


Homestay Taipan Subang Jaya 5BR ini selesa untuk menempatkan 16 hingga 20 tetamu dalam satu masa. Homestay ini bersih, luas dan terletak di lokasi yang strategik dengan hanya 2 minit berjalan kaki ke Taipan. Homestay ini juga terletak 5 minit memandu untuk ke Subang Parade dan Empire Shopping Gallery, 10 minit ke Sunway Lagoon dan 15 minit untuk ke iCity Klang. 


Alamat: 3, Jalan USJ 6/2K, 47610 Subang Jaya, Selangor.

Bilangan Tetamu: 18

Harga:  Bermula RM550 / malam


Tempah Sekarang Dari RM550!  


Dah tengok list tapi masih tak jumpa homestay yang berkenan? 


Jangan risau! Kami ada banyak lagi pilihan penginapan untuk anda yang mencari homestay di sekitar Selangor. Klik pada imej di bawah! 



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (3 VOTES)