18 Homestay Port Dickson Tepi Pantai Featured Image

18 Homestay Port Dickson Tepi Pantai

By [email protected] - Jan 14, 2019 (Last Updated Jul 26, 2022)

Idamkan percutian tapi tak sanggup nak meredah kesesakan jalan raya atau tak mampu nak bayar tiket penerbangan yang mahal? Jangan stress-stress. Apa kata jika kami cadangkan anda untuk bercuti di Port Dickson? Port Dickson merupakan destinasi yang ideal kerana ianya syurga percutian di tepi pantai yang paling dekat; terletak 40 minit dari Kuala Lumpur dan Melaka. Di bawah ini kami senaraikan 18 homestay Port Dickson di tepi pantai. Tapi sebelum itu, jom kami yakinkan kenapa Port Dickson seharusnya dijadikan destinasi percutian anda.


Seperti yang kami nyatakan di atas, lokasi Port Dickson sangat strategik kerana ianya merupakan percutian di tepi pantai yang paling hampir dengan Kuala Lumpur dan Melaka. Kebiasaannya, mereka yang mengunjungi Port Dickson ini adalah mereka yang ingin lari dari kesibukan bandar dan kerja untuk seketika. Untuk pengetahuan anda, Port Dickson mempunyai 5 pantai yang sangat popular. Antara pantai yang masih menjadi bualan mulut para pelancong di Port Dickson ini adalah Pantai Teluk Kemang, Pantai Saujana dan Blue Lagoon.


Pantai Teluk Kemang merupakan pantai yang sering dikunjungi dan paling sibuk terutamanya pada hari minggu dan cuti umum serta cuti sekolah. Ini kerana Pantai Teluk Kemang ini menawarkan pelbagai kemudahan awam seperti tandas, surau, gerai makan, kedai cenderahati dan banyak lagi di sekitarnya. Selain itu, terdapat banyak tarikan aktiviti yang anda boleh lakukan di pantai ini seperti menaiki banana boat, menaiki jet ski, berenang dan banyak lagi sukan air yang ditawarkan. Selain itu, taman permainan juga disediakan utk kanak-kanak dan juga aktiviti mengelilingi tepi pantai dengan menyewa kuda.


Wah, lihat. Terdapat banyak aktiviti air yang boleh dilakukan di tepi pantai Port Dickson, bukan? Dan seperti yang kami janjikan di atas ini, kami telah senaraikan 18 homestay Port Dickson tepi pantai khas untuk anda menginap bersama keluarga atau sahabat handai. Dengan jarak yang dekat dari homestay ke pantai, anda tidak perlu buang masa untuk berulang-alik dari homestay ke pantai. Silap-silap anda boleh terus terjun dari homestay ke pantai saja. Yahoo!




Inginkan penjimatan hebat untuk homestay di PD? Klik sini cepat!

Tidak puas dengan senarai 18 homestay Port Dickson di tepi pantai di atas? Tidak mengapa. Klik terus pada gambar di atas untuk melihat senarai lengkap tempat penginapan Port Dickson yang lebih menarik!

Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.25 (166 VOTES)