5 Hotel Terbaik di Muadzam Shah Featured Image

5 Hotel Terbaik di Muadzam Shah

By [email protected] - Jan 30, 2019 (Last Updated Jan 31, 2019)

Bandar Muadzam Shah di Kuala Rompin menempatkan Universiti Teknologi Nasional (UNITEN), Politeknik Muadzam Shah dan beberapa jenis sekolah lain seperti SMK Agama Muadzam Shah dan MRSM Muadzam Shah. Anda mungkin mempunyai ahli keluarga yang sedang menuntut di institusi pengajian tersebut dan bercadang untuk melawat atau akan menghadiri majlis graduasi mereka.



Mungkin juga anda singgah sebentar di bandar ini untuk ke destinasi percutian anda di taman negara atau pantai-pantai yang berhampiran. Untuk mana-mana tujuan yang kita sebutkan tadi, di sini kami sediakan senarai 5 hotel terbaik di Muadzam Shah untuk penginapan anda sekeluarga.


Rompin Beach Resorts

Family

Swimming pool

Rompin Beach Resorts terletak di Kuala Rompin dan mempunyai 112 bilik hotel dan chalet. Ianya menyediakan tempat penginapan dengan pemandangan laut biru dan sesuai untuk percutian santai di tepi pantai. Resort ini menyediakan perkhidmatan gimnasiu, sauna, karaoka, cafe, wifi dan kedai cenderamata. Penginap boleh menggunakan kolam renang, peralatan BBQ untuk aktivti keluarga anda semasa di sini.


Hotel ini berdekatan dengan Taman Negara Endau Rompin, Pantai Bernas, Kampung Lanjut, Hutan Simpan Lesung dan Pulau Tioman.


Alamat: 340, Jalan Pantai Hiburan, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Harga: dari RM180/malam


Tempah Sekarang


eRYAbySURIA Bentong


eRYAbySURIA Bentong di Bentong, Pahang merupakan hotel pilihan pengunjung pencinta alam. Ianya terkenal dengan kolam air panas semula jadi dan persekitarannya yang tenang dikelilingi hutan hujan tropika Bentong. Hotel ini menyediakan wifi, bilik berhawa dingin dan kemudahan kolam renang untuk penginap di sini.


Hotel ini juga berdekatan dengan Air Terjun Ulu Tampit, Taman Hutan Rekreasi Lentang, Air Terjun Chamang, Deerland dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.


Alamat: Lot 2527, Jalan Kuala Lumpur Lama Mukim Bentong 26700 Bentong, Pahang Malaysia

Harga: dari RM196/malam


Tempah Sekarang


Tong Villion Hotel


Tong Villion Hotel terletak di tengah bandar Muadzam Shah. Ianya menyediakan tempat penginapan selesa dan lengkap. Bilik berhawa dingin, besar dan sesuai untuk pelancong atau penginap yang singgah untuk bermalam sebentar ketika dalam perjalanan yang jauh.


Lokasi strategik di tengah bandar, hotel ini berdekatan dengan Universiti Tenaga Nasional Muadzam Shah (UNITEN), MRSM Muadzam Shah, Politeknik Muadzam Shah, Hospital Muadzam Shah dan Masjid Muadzam Shah.


Alamat: Jalan Medan Mewah 15, 26700 Muadzam Shah, Pahang

Harga: dari RM180/malam


Hotel Anjung



Hotel Anjung di bandar Muadzam Shah penyediakan bilik penginapan selesa dan berhawa dingin. Ianya mempunyai kafe untuk para penginap menjamu selera sepanjang penginapan di sini. Berlainan menu makan tengahari disediakan pada setiap hari.


Hotel ini berdekatan dengan SMKA Pahang, Politeknik Muadzam Shah, MRSM Muadzam Shah dan Kolej Vokasional Muadzam Shah.


Alamat: Lebuhraya Segamat - Kuantan, Desa Keranji, 26700 Muadzam Shah, Pahang

Harga: dari RM70/malam


Lanjut Beach & Gold Resort Kuala Rompin

Superior Twin - Interior view

Exterior view

Lanjut Beach & Gold Resort merupakan sebuah resort hotel istimewa dan mempunyai pantai persendirian sejauh 3.5 km di Kuala Rompin, Pahang. Penginap resort ini boleh bersantai di sepanjang pantai yang menghadap Laut Cina Selatan dan kolam renang yang sesuai untuk penginap berkeluarga. Hotel ini mempunyai restoran-restoran halal dan terdapat taman bunga, karaoke, fitness center , peralatan BBQ untuk para penginap hotel ini.


Hotel ini terletak di Kuala Rompin dan berdekatan dengan bandar Muadzam Shah.


Alamat: Kg. Lanjut, Kuala Rompin 26800, Malaysia

Harga: dari RM202/malam



Dapatkan harga tempahan lebih murah dengan menggunakan kod promosi kami!

Klik pada gambar di bawah untuk senarai tempat penginapan terbaik di Kuantan.


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.31 (13 VOTES)