Hotel Bajet Kuantan Featured Image

Hotel Bajet Kuantan

By [email protected] - Jan 24, 2019 (Last Updated Dec 13, 2019)

Anda sedang merancang percutian? Tapi yang tak best nya bila tengok duit dalam bank tinggal RM0.05 je? Alahai...



Tak mengapa, jangan khuatir! Apa kata kalau anda rancang percutian bajet anda bersama kami. Kali ini kami nak bawakan anda bercuti di Kuantan pula. Tapi jangan risau ya, kami dah siap-siap senaraikan untuk anda tempat-tempat menarik di Kuantan dan seterusnya, kami tunjukkan senarai hotel bajet di Kuantan khas untuk anda menginap. Eh, tapi jangan sangka bajet-bajet ni kotor dan tidak berkualiti ye.


Kami akan pastikan hotel bajet Kuantan yang kami senaraikan ini murah tapi berkualiti dan paling penting sekali, bersih. Kalau tak, habis kena viral. Tapi, dari asyik viralkan benda yang teruk, apa kata kalau anda viralkan senarai hotel bajet Kuantan kami di bawah ini. Benda yang baik kena kongsi bersama kan? Jom lihat!


Hotel Seri Malaysia Kuantan




Seri Malaysia Kuantan adalah pilihan yang tepat sama ada anda datang ke Kuantan untuk urusan bekerja atau bercuti bersama keluarga. Hotel Seri Malaysia Kuantan adalah bangunan 2 tingkat yang terletak di sekitar Jalan Telok Sisek dan terletak kira-kira 20 km dari lapangan terbang.


Selain itu, hotel ini berhampiran dengan kawasan tarikan di Kuantan, antaranya adalah Pantai Teluk Cempedak, Zoo Teruntum, muzium-muzium dan banyak lagi. Dan yang menariknya mengenai Hotel Seri Malaysia Kuantan ini, hotel ini seringkali memberikan diskaun dan tawaran hebat ketika anda menempah. Jadi, tunggu apa lagi? Tempahlah sekarang.


Alamat: Jalan Telok Sisek, 25000 Kuantan, Pahang (Google Map)

Harga: Bermula dari RM130/malam


Tempah Sekarang



Grand DarulMakmur Hotel




Hotel Grand DarulMakmur Kuantan ini se-grand dengan nama nya. Hotel ini terletak di tengah-tengah pekan Kuantan dan menjadi mercu tanda warga Kuantan. Hotel Grand DarulMakmur ini merupakan hotel 4 bintang tapi menawarkan harga yang berpatutan.


Sama seperti Hotel Seri Malaysia Kuantan, Hotel Grand DarulMakmur Kuantan merupakan destinasi hotel yang selesa tidak kira jika tujuan anda datang ke sini adalah untuk bekerja atau bercuti dengan keluarga tersayang. Di samping itu, Hotel Grand DarulMakmur Kuantan juga mempunyai kolam renang yang anda boleh berenang atau makan di tepi kolam renang menikmati hidangan yang dimasak sendiri oleh chef Senja Poolside Terrace.


Alamat: 5 & 10, Lorong Gambut Off Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang (Google Map)

Harga: Bermula dari RM225/malam


Tempah Sekarang




Sri Manja Boutique Hotel





Sri Manja Boutique Hotel terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Staf-staf di hotel ini akan sedaya upaya cuba untuk memberikan anda servis dan perkhidmatan terbaik supaya pengalaman anda menginap bersama hotel ini indah belaka.


Nama saja Boutique Hotel, namun, Sri Manja Boutique Hotel ini mempunyai in-house cafe dan dining. Jadi, anda tak perlulah pening-pening kepala nak makan di mana sebab hotel ini boleh menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari ekspres dan juga tempahan makan dalam bilik juga tau!


Alamat: B2-34, Jalan IM 7/1, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang. (Google Map)

Harga: Bermula dari RM128/malam


Tempah Sekarang



Sun Inns Hotel Kuantan




Sun Inns Rest House Kuantan ini sangat bermakna tau sebab ianya merupakan rest house pertama milik rangkaian Sun Inns Hotel. Dengan berkonsepkan rest house, Sun Inns Rest House Kuantan berdiri megah dengan 38 buah bilik, di atas 5 buah rumah teres yang telah diubahsuai menjadi rest house. Jarak Sun Inns Rest House Kuantan dengan terminal bas Kuantan memakan masa dalam 15 minit saja, jadi andaikata anda tiba di Kuantan dan perlukan tempat berteduh dengan segera, anda boleh singgah bermalam di Sun Inns Rest House Kuantan.


Tapi, kalau anda nak menginap di sini untuk beberapa hari pun tak menjadi masalah sebab Sun Inns Rest House Kuantan berhampiran dengan kawasan tarikan di Kuantan. Antaranya adalah Masjid Sultan Ahmad Shah, Pantai Teluk Cempedak, Taman Gelora, Bukit Gambang Resort City, Pusat Membeli-belah Kuantan Centre Point, Berjaya Megamall, East Coast Mall dan banyak lagi!


Alamat: 13, 15, 17, 19 and 21, Lorong Bukit Ubi 63, 25000 Kuantan, Pahang (Google Map)

Harga: Bermula dari RM65/malam


Tempah Sekarang






Kalau anda ingin mencari tempat penginapan selain dari senarai Hotel Bajet Kuantan kami di atas, jangan segan silu untuk menekan gambar di atas. Jom lihat senarai lengkap tempat penginapan di Kuantan, Pahang sekarang!

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.67 (3 VOTES)