Hotel Di Kuantan Ada Swimming Pool Featured Image

Hotel Di Kuantan Ada Swimming Pool

By [email protected] - Jan 24, 2019 (Last Updated Mar 11, 2020)

Seronoknya pergi bercuti bersama keluarga dan anak-anak tersayang sambil berenang di hotel yang ada swimming pool. Si Bapa boleh berendam main air dengan anak-anak, manakala si Ibu pula boleh lepak berjemur di lounge chair tepi swimming pool sambil membaca majalah dan menghirup fresh orange kan?


Tapi, destinasi mana yang boleh anda pergi ya? Haa, jangan pening-pening. Jom, kami cadangkan anda untuk bercuti di Kuantan sambil tu kami senaraikan Hotel di Kuantan yang ada Swimming Pool.


Swiss-Garden Beach Resort, Kuantan



Swiss-Garden Beach Resort Kuantan terletak di Pantai Balok mempunyai 6 pilihan tempat makan, kolam renang dengan gelongsor air, gelanggang tennis dan juga spa. Selain itu, hotel ini juga menawarkan perkhidmatan shuttle percuma dari hotel ke Bandar Kuantan yang berjarak 15 minit. Lokasi hotel ini sungguh strategik kerana ianya berhampiran dengan tempat tarikan pelancong dan kedai-kedai cenderamata serta batik. Swiss-Garden Beach Resort Kuantan juga terletak berhadapan dengan Laut China Selatan, maka susunan biliknya menghadap pemandangan laut yang indah. Anda boleh menikmati pemandangan indah ini sambil melihat matahari terbit atau terbenam dengan insan yang tersayang. Romantik sungguh!


Lokasi:


Laman Web: Swiss-Garden Beach Resort, Kuantan


The Zenith Hotel Kuantan



Terletak di tengah-tengah Bandar Kuantan, dan 5 minit berjalan kaki untuk tiba ke pusat membeli-belah East Coast, The Zenith Hotel menawarkan kolam renang infiniti dan spa. Selain itu, The Zenith Hotel merupakan sebahagian daripada sebuah pusat konvensyen, restoran dan pusat membeli-belah. Jadi, anda tidak kebosanan lah asyik terperap di hotel saja bukan. Selepas berendam di kolam renang infiniti, anda boleh berjalan-jalan cuci mata window shopping di pusat membeli-belah pula.


Lokasi:


Laman Web: The Zenith Hotel Kuantan



De Rhu Beach Resort



De Rhu Beach Resort ini juga terletak di Pantai Balok. Ia menawarkan 3 kolam renang dan taman tema air yang berlatar belakangkan pantai. De Rhu Beach Resort ini bagaikan syurga untuk anak-anak anda berendam dalam swimming pool sepuas-puasnya! Mana taknya, ada 3 kolam renang untuk dipilih anak-anak anda, kalau tak puas lagi berendam, boleh bermain di taman air pula. Kalau masih tak puas mandi air lagi, anda boleh berenang di pantai. Tapi, harus diingatkan untuk sentiasa berwaspada dengan keselamatan diri dan anak-anak dan sentiasa mengawasi anak-anak anda ketika bermain air. 


Lokasi: 


Laman Web: De Rhu Beach Resort


Vistana Kuantan City Centre



Vistana Kuantan City Center terletak kira-kira 10 minit dari Kelab Golf Diraja Pahang dan Pantai Teluk Cempedak. Hotel ini menawarkan kolam renang outdoor yang luas disamping bilik-bilik yang selesa dan bersih. Vistana Kuantan City Center ini terletak betul-betul di Bandar Kuantan dan hanya 2 km dari Dewan Taman Budaya. Selain dari berenang di kolam renang, anda juga boleh gunakan masa ini untuk singgah berjalan-jalan dan menghayati tempat-tempat tarikan di Kuantan dan mempelajari sejarah bersama-sama anak-anak anda. Bak kata pepatah Melayu, sambil menyelam minum air, sambil bercuti boleh menambahkan ilmu. 


Lokasi:


Laman Web: Vistana Kuantan City Centre





Kalau anda tidak puas dengan senarai hotel di Kuantan ada Swimming Pool di atas, anda boleh tekan terus pada gambar di atas ini untuk melihat senarai penuh tempat penginapan di Kuantan sekarang!

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.57 (7 VOTES)