Hotel Budget Kota Bharu Featured Image

Hotel Budget Kota Bharu

By [email protected] - Feb 12, 2019 (Last Updated Feb 18, 2019)

Kebelakangan ini, masalah krisis ekonomi melanda satu dunia dan kita semua mengambil langkah untuk berjimat-cermat. Banyak perkara yang perlu dipotong dan dikurangkan, antaranya termasuklah percutian bersama keluarga dan rakan-rakan. Jangan sedih-sedih sebab kali ini kami nak juga bawa anda berjalan-jalan ke Kota Bharu dan seterusnya menginap di Hotel Budget Kota Bharu. Tapi, jangan fikir hotel budget tu murah, tidak berkualiti dan kotor tau. Kami senaraikan Hotel Budget Kota Bharu yang setanding dengan hotel-hotel terkemuka di sekitar Kota Bharu. 


Kota Bharu merupakan ibu negeri bagi negeri Kelantan, negeri yang terletak di Pantai Timur Malaysia. Pada kebiasaannya, ramai pelancong datang singgah sebentar di sini sebelum bertolak untuk ke Pulau Perhentian. Tapi tak rugi pun kalau anda menghabiskan satu atau dua malam di Kota Bharu dan lihat tarikan Kota Bharu yang mampu membuat kenangan manis untuk percutian anda. Antara tempat tarikan di Kota Bharu yang wajib anda lawati ketika anda berada di sini adalah seperti Menara Rehal, Pantai Geting, Pasar Siti Khadijah, Wakaf Che Yeh dan paling penting sekali jika anda berada di Kota Bharu adalah untuk mencuba masakan Kelantan yang lazat dan enak seperti Nasi Kerabu, Nasi Tumpang, Laksam, Nasi Kak Wok dan banyak lagi. 


Mengenai tempat penginapan pula, anda tidak perlu risau sebab kami dah senaraikan hotel budget Kota Bharu di bawah ini untuk anda pertimbangkan sebelum percutian ke Kota Bharu anda. Walaupun hotel budget, kemudahannya serba lengkap bagai hotel bertaraf 4 bintang. Jom sama-sama lihat.


Hanna Inn


Hanna Inn terletak di Pasir Tumboh, iaitu kira-kira 8 km dari pekan Kota Bharu. Hanna Inn ni nama saja hotel budget namun kemudahan yang diberikan lengkap dan keadaan biliknya yang bersih dan memuaskan. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti  penghawa dingin, mandian air panas, kolam renang dan kemudahan BBQ dan memancing juga diberikan. Hotel ini juga terletak berhampiran dengan tempat tarikan pelancong di Kota Bharu seperti Wakaf Che Yeh dan Pekan Kota Bharu.


Lokasi:



Harga: Bermula dari RM30/malam


Tempah Sekarang



AAM HOTEL



Terletak di Kota Bharu dan berjarak hanya 3.6 km dari Pusat Membeli-belah Billion dan 5 km dari Kota Bharu Mall, AAM HOTEL menawarkan penginapan yang lengkap dengan perkakasan asas seperti sebuah hotel yang terkemuka walaupun AAM HOTEL adalah hotel budget. AAM HOTEL menawarkan wifi dan mini bar termasuk dengan bilik mandi peribadi dalam bilik. Tidak cukup dengan itu, hotel ini juga menawarkan sarapan buffet halal dan enak kepada para penginap. Sudahlah harga mampu milik, ditawarkan lagi dengan sarapan pagi. Memang anda rugi tidak menginap di sini.


Lokasi:


Harga: Bermula dari RM68/malam

Untuk info lanjut, sila layari AAM HOTEL


Mayazia Inn Kota Bharu


Mayazia Inn Kota Bharu terletak berhampiran dengan Pusat Membeli-belah Billion, Kampung Kraftangan dan Muzium Kraf serta Pusat Membeli-belah sekitar Kota Bharu. Ia menawarkan bilik berhawa dingin, wifi percuma dan kaunter reception nya beroperasi 24 jam sehari, jadi anda tidak perlu risau jika anda tiba di Kota Bharu pada waktu yang lewat kerana staf nya pasti akan menerima anda dan menawarkan anda servis yang mesra dan baik.


Lokasi: 


Harga: Bermula dari RM100/malam

Untuk info lanjut, sila layari Mayazia Inn Kota Bharu


Tune Hotel - Kota Bharu City Centre


Siapa tak kenal lagi dengan Tune Hotel ini yang gah berdiri dengan warna putih dan merahnya di tengah-tengah Kota Bharu. Tune Hotel terletak bersebelahan dengan Kota Bharu Mall, jadi pada anda yang bosan-bosan tu boleh singgah berjalan dalam pusat membeli-belah dan cuci mata dengan window shopping. Tune Hotel menawarkan kelengkapan asas dalam bilik hotel seperti tv dan wifi. 


Lokasi:


Harga: Bermula dari RM113/malam

Untuk info lanjut, sila layari Tune Hotel - Kota Bharu City Centre


Dynasty Inn 



Dynasty Inn menawarkan penginapan yang unik kerana restoran hotel ini terletak di tingkat paling atas sekali. Bila anda menikmati makanan anda, anda dapat meluangkan masa melihat pemandangan di sekitar bandar Kota Bharu. Kalau nak lebih romantis, pasangan anda boleh bawa anda untuk makan malam di hotel ini. Dynasty Inn terletak berhampiran dengan Pasar Siti Khadijah dan Aeon Kota Bharu.


Lokasi:


Harga: Bermula dari RM120/malam

Untuk info lanjut, sila layari Dynasty Inn 



Kalau anda rasa senarai hotel Budget Kota Bharu kami di atas tidak mencukupi, nah tekan pada gambar di bawah ini untuk melihat senarai lengkap tempat penginapan di Kelantan.



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4 (1 VOTES)