Senarai Hotel Terbaik Berdekatan Melaka Botanical Garden Featured Image

Senarai Hotel Terbaik Berdekatan Melaka Botanical Garden

By Hani - May 17, 2019 (Last Updated Nov 11, 2019)

Kalau anda datang bercuti di Melaka, selain dari melawat tempat-tempat bersejarah, anda jangan lupa untuk singgah ke Melaka Botanical Garden untuk menghayati kehijauan alam semula jadi di sini. Sambil tu singgah bermalam di hotel terbaik berdekatan dengan Melaka Botanical Garden yang kami akan paparkan di bawah ini.


Melaka Botanical Garden sebelum ini dikenali sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh, berkeluasan lebih kurang 92.5 ekar. Diilhamkan oleh Ketua Menteri Melaka pada tahun 2006, Melaka Botanical Garden menghasilkan udara segar kepada penduduk sekeliling dan juga pada para pengunjung. Anda boleh menikmati berbagai-bagai jenis taman di sini antaranya Taman Yam, Taman Bambu, Orchid Garden dan Herb Garden. Di sini juga terdapat Taman Pra Sejarah di mana anda boleh mencari model batu yang menggambarkan beberapa spesis dinosaur yang berlainan, manakala Taman Cerita pula dipenuhi dengan patung-patung haiwan yang boleh ditemui dalam cerita-cerita rakyat atau cerita dongeng antaranya kisah arnab yang sombong dengan kura-kura.


Di tengah-tengah Melaka Botanical Garden ini terdapat sebuah jambatan gantung yang anda boleh menyeberangi sungai. Anda boleh selesai mengelilingi tempat ini secara santai dalam beberapa jam dan anda tak usah risau jika takut tersesat sebab di dalam ni dipenuhi dengan papan tanda. Di sini juga terdapat laluan trekking, Buggy Ride, 14 kereta elektrik yang boleh membawa seramai 8 orang penumpang dan motosikal sewa jika anda inginkan pengalaman yang menarik.


Melaka Botanical Garden sangat sesuai untuk dilawati oleh seisi keluarga tidak kira umur. Dah penat seharian anda meluangkan masa di sini, apa kata anda bermalam di salah satu hotel terbaik berdekatan Melaka Botanical Garden yang kami dah siap-siap senaraikan di bawah ni sekarang!


Hotel Seri Malaysia Melaka

Hotel Seri Malaysia Melaka terletak berhampiran dengan kawasan tarikan pelancongan di Melaka seperti Melaka Botanical Garden, Taman Buaya, Zoo Melaka, Taman Mini Asean, Taman Rama-Rama, Muzium Lebah dan banyak lagi. Hotel bertaraf 3 bintang ini menawarkan penginapan dengan TV, penghawa dingin dan pembuat kopi dan teh di dalam bilik. Hotel ini mempunyai kemudahan seperti dry cleaning, kolam renang, snooker, restoren, bilik mesyuarat, servis shuttle dan banyak lagi.


Alamat: PT 12332, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Harga:  Bermula dari RM180/ malam


Tempah Sekarang Dari RM180!  



Hotel MetraSquare

Hotel MetraSquare mengalu-alukan kedatangan anda ke Ayer Keroh, Melaka. Hotel ini sesuai untuk percutian, urusan kerja, atau untuk sambutan graduasi dan hari lahir. Terdapat 4 jenis bilik untuk dipilih ketika anda menginap di hotel ini. Antara kemudahan yang disediakan termasuklah wifi percuma, penghawa dingin, tuala, barangan mandi, TV, peti keselamatan dan ruangan parkir. Hotel ini terletak berhampiran dengan Melaka Botanical Garden, Tol Ayer Keroh, Zoo Melaka dan Taman Tema Melaka Wonderland.


Alamat: Jalan Pkak 1 & Pkak 2, Pusat Komersial Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Harga:  Bermula dari RM98 / malam


Tempah Sekarang Dari RM98!  



World Youth Hotel

World Youth Hotel menawarkan kemudahan seperti wifi percuma, kafe dengan makanan halal dan enak, penghawa dingin di setiap bilik, TV, almari, peti sejuk, peti keselamatan, cerek elektrik dan parkir percuma. Terdapat dua jenis bilik yang ditawarkan di hotel ini iaitu bilik Standard dan bilik Family. Hotel ini terletak berhampiran dengan Melaka Botanical Garden, Zoo Melaka dan Taman Seri Bunga. 


Alamat: PT 18708, Mukim Bukit Katil, Daerah Melaka Tengah, 75450 Melaka.

Harga:  Bermula dari RM120 / malam


Tempah Sekarang Dari RM120!  


MYR 120.00 /night

MYR 230.00 /night

Jom lihat promosi hebat yang sedang berlangsung di LetsGoHoliday.my sekarang!


The Mudzaffar Hotel Melaka

Jika anda ingin bermalam seperti sultan pada zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, jom tidur di The Mudzaffar Hotel Melaka. Hotel ini diilhamkan dari seni bina Sultan Melaka, Sultan Mudzaffar Shah. Hotel ini menawarkan beberapa jenis bilik dari Junior Suite, Deluxe Room kepada Family Suite. Lokasi hotel ini juga sangat strategik kerana ianya berhampiran dengan MITC, Melaka Planetarium, Melaka Botanical Garden, Taman Buaya dan banyak lagi.


Alamat: 5509, Jalan Wisma Persekutuan, MITC Ayer Keroh, 75450 Melaka.

Harga:  Bermula dari RM160/ malam


Tempah Sekarang Dari RM160!  



Hotel Kobemas

Hotel Kobemas Melaka terletak hanya 5 minit saja dari Tol Ayer Keroh, sangat sesuai untuk berehat, bercuti atau bekerja. Hotel ini menawarkan 3 jenis bilik dari Superior Twin, Superior Queen dan Family. Antara kemudahan yang terdapat di hotel ini adalah wifi, mandian panas, sterika, TV, peralatan BBQ, dan ruang parkir. Hotel Kobemas terletak berhampiran dengan Melaka Botanical Garden. Masjid Al Alma, Bowling Centre, Pasaraya Mydin dan Kota Fesyen MITC.


Alamat: Jalan MITC, Prima 1, Hang Tuah Jaya, 75450, Ayer Keroh, Melaka.

Harga:  Bermula dari RM80 / malam


Tempah Sekarang Dari RM80!  



Inginkan lebih banyak lagi pilihan penginapan di Melaka untuk percutian anda? Kami mempunyai senarai hotel dan homestay terbaik di seluruh Melaka yang boleh anda pilih. Klik saja pada gambar di bawah untuk mendapatkan pilihan yang menarik dan berbaloi. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)