10 Hotel Terbaik Berdekatan Encore Melaka Featured Image

10 Hotel Terbaik Berdekatan Encore Melaka

By Hani - May 19, 2019 (Last Updated Jun 28, 2019)

Jika anda berpeluang untuk ke Kota Syahbandar, Melaka, adakah anda perasan sebuah bangunan dengan hasil seni bina unik dan futuristik? Jika jawapan anda adalah 'ya', tahniah, anda sedang melihat sebuah bangunan bertaraf dunia! Bangunan ini merupakan tempat pementasan teater untuk persembahan bertaraf antarabangsa. Baru-baru ini, kami berpeluang untuk menonton persembahan di sini, anda boleh baca pengalaman kami di sini dan sambil-sambil tu, anda boleh lihat senarai 10 hotel terbaik berdekatan Encore Melaka yang kami senaraikan di bawah ini. 


Encore Melaka - Impression Series merupakan sebuah persembahan berdurasi 70 minit yang padat dan mengasyikkan, menceritakan mengenai sejarah Melaka bermulanya dari kedatangan Parameswara ke Melaka, kepada legasi hubungan diplomatik Cheng Ho dan interpretasi antara budaya antaranya Baba Nyonya.  


Anda akan disajikan dengan persembahan mengagumkan, set, props dan pakaian teater yang rumit dan teliti. Dan buat julung kalinya di Asia Tenggara, persembahan ini dipentaskan di atas 3600 platform yang berputar setinggi 240 meter dengan pelbagai tingkat. Persembahan mengenai sejarah Melaka ini diekspresikan melalui gabungan tarian tradisional dan kontemporari yang dipersembahkan oleh 200 penari Malaysia.


Kalau anda nak tahu, Encore Melaka ini diarahkan oleh Wang Chaoge yang juga salah seorang pemikir kreatif untuk acara pembukaan dan penutup Sukan Olimpik 2008 di Beijing. Fuh, dahsyatkan! Bila lagi nak dapat tengok persembahan artistik bertaraf dunia yang dipentaskan di negara kita sendiri kan? Inilah masanya! Jom cepat-cepat saksikan Encore Melaka - Impression Series dan sambil-sambil tu jom tengok 10 hotel terbaik berdekatan Encore Melaka. Untuk mereka yang datang dari luar Melaka bolehlah tinggal semalam dua kan?


Riccarton Jonkerview Cottage Hotel

Riccarton Jonkerview Cottage Hotel adalah gabungan unik antara klasik dan moden - sebuah hotel yang dibina di rumah kedai lama di Jonker Street tetapi di dalamnya dihiasi dengan pod kapsul ala futuristik. Kapsul ini boleh memuatkan seramai 2 orang dan dilengkapi Android Smart TV di dalamnya selepas anda penat seharian ke Encore Melaka dan berjalan-jalan di sekitar Jonker Street.


Alamat: No. 3, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Harga: Bermula dari RM55 / malam


Tempah Sekarang Dari RM55!  



Trevor Hotel

Apabila anda berada di Trevor Hotel, anda terasa seperti berada di rumah sendiri. Hanya 5 minit memandu dari Jonker Walk, Encore Melaka, Dataran Pahlawan dan Klebang Coconut Shake. Hotel ini mempunyai beberapa jenis bilik seperti Deluxe Double, Deluxe Twin, Deluxe Triple, Family Duplex dan Executive. Antara kemudahan yang disediakan adalah wifi percuma, parkir percuma, sterika dan meja sterika, parkir percuma, TV, meja soleh, penghawa dingin, mandian panas dan air minuman. 


Alamat: No. 16-1, Jalan KLJ1, Taman Kota Laksamana Jaya, 75200, Melaka.

Harga: Bermula dari RM98 / malam


Tempah Sekarang Dari RM98!  



De Factory Station Hotel

De Factory Station Hotel merupakan hotel pertama di Melaka yang diubahsuai menjadi stail dorm-pod. Setiap pod ini direka untuk keselesaan dan privasu pengunjung hotel. Terdapat 5 jenis bilik di sini untuk pilihan anda sama ada dorm campur, dorm wanita, dorm campur dengan katil double, bilik untuk 6 orang dan bilik untuk 10 orang. Hotel ini terletak berhampiran dengan Jonker Street dan Encore Melaka.


Alamat: 37, Jln KBS 11, Kota Syahbandar, 75200 Melaka.

Harga: Bermula dari RM50 / malam


Tempah Sekarang Dari RM180!  


MYR 90.00 /night

MYR 98.00 /night

MYR 50.00 /night

Dapatkan diskaun hebat ketika anda menempah hotel dengan LetsGoHoliday.my sekarang!

MYR 70.00 /night

{{ promotion.Value }}% OFF! {{ promotion.CurrencyCode + " " + promotion.Value }} OFF!

MYR 69.00 /night


Sun Inns Hotel Laksamana

Sun Inns Hotel Laksamana walaupun sebuah hotel bajet namun, ianya tetap trendy dan strategik. Hotel ini menawarkan wifi percuma di seluruh bangunan dan khidmat resepsi 24 jam. Lokasinya terletak berhampiran dengan tempat tarikan di Melaka seperti Encore Melaka, Jonker Street, A'Famosa, Stadhuys dan banyak lagi. 


Alamat: 83-85, Jalan KL 3/8, Taman Kota Laksamana, Seksyen 3, 75200, Melaka.

Harga: Bermula dari RM70 / malam


Tempah Sekarang Dari RM70!  



Santorini Hotel Melaka

Jika anda mengimpikan untuk ke Santorini, Greece, anda boleh ke Santorini Hotel Melaka. Hotel ini terletak di tengah-tengah Bandar Melaka, menawarkan penginapan dengan penghawa dingin, wifi percuma dan parkir percuma. Ia mengambil masa 5 minit untuk berjalan kaki ke tempat tarikan di Melaka seperti Jonker Street, dan berhampiran dengan Encore Melaka, Stadhuys, A'Famosa, Gereja St. Paul, Melaka Duck Tours dan Mahkota Parade. Hotel ini menawarkan 4 jenis bilik tidur yang terdiri dari bilik Standard Double, bilik Superior Double dan bilik Family.

Alamat: 1A, Jalan Kota Laksamana 1/2, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Harga: Bermula dari RM98 / malam


Tempah Sekarang Dari RM98!  






Inginkan lebih banyak lagi pilihan penginapan di Melaka untuk percutian anda? Kami mempunyai senarai hotel dan homestay terbaik di seluruh Melaka yang boleh anda pilih. Klik saja pada gambar di bawah untuk mendapatkan pilihan yang menarik dan berbaloi. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)