Encore Melaka - Pementasan Teater Visual Terbaik Bertaraf Dunia Featured Image

Encore Melaka - Pementasan Teater Visual Terbaik Bertaraf Dunia

By Haqim - Apr 30, 2019

Gugurnya Air Mata Anak Watan Melaka


Pada Isnin minggu lalu, saya dan rakan saya berpeluang untuk menyaksikan pementasan teater di Encore Melaka yang berjaya membuat hati kami luluh dan tersentuh dengan plot ceritanya.  Persembahan teater ini bukan sahaja menceritakan sejarah negeri Melaka tetapi membawa kita merentasi masa  bermula sejak dari 600 tahun lalu sehingga ke masa hadapan.


Melalui teknologi pementasannya yang serba canggih seperti sistem 3-D projection mapping , penonton  berpeluang merasai pengalaman seakan-akan berada di zaman tersebut sambil meyusuri perjalanan dari tahun ke tahun sama seperti apa yang kita lihat dalam movie Avengers - Endgame dan Back to Future . 



Teknologi pentas teater kesan visual 3-D projection Mapping

Sedikit trivia mengenai Encore Melaka yang merupakan teater terbesar di Asia Tenggara di mana ia boleh memuatkan sehingga 2000 penonton dalam satu masa. Bangunan dan reka bentuk Encore Melaka ini diinspirasikan daripada sebuah bongkah ais yang besar terapung di tengah laut Selat Melaka.


Reka bentuknya yang tersergam gah dengan sentuhan moden futuristik dan merangkumi kawasan seluas 15 hektar tanah yang terletak berhadapan dengan laut Selat Melaka. Struktur bangunan Encore Melaka ini dibina dengan porselin putih dan lampu LED biru sebagai hiasan luaran serta berbentuk seperti kanopi besar, yang terbentang dari pintu masuk menuju ke ruang legar utama.



Reka bentuk moden dan futuristik

Setibanya di ruangan platform penonton, kami terkesima dengan keluasan dewan teater yang besar dan luas dengan dan apa yang lebih menariknya lagi, platform ini boleh berpusing 360 darjah untuk memberikan keseronokan ketika persembahan berlangsung dan ia adalah inovasi teknologi pementasan pertama di Asia Tenggara.


Pementasan teater  berdurasi selama 75 minit ini merangkumi enam plot cerita yang diadaptasikan daripada identiti masyarakat Melaka yang berbilang bangsa dan hidup harmoni khususnya dalam kalangan kaum seperti Melayu, Baba & Nyonya, Chetti dan Serani.


Usaha untuk memberikan gambaran pengalaman yang sama dan sesuai untuk semua lapisan penonton, teater ini diceritakan dalam 3 peralihan bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.



Klik sini untuk dapatkan kod promo untuk percutian anda. 

Babak Perkahwinan Keturunan Cina Peranakan - Baba & Nyonya


Saya dan rakan saya sungguh terpegun dan kagum sepanjang persembahan yang berdurasi 75 minit ini dengan koreografi yang sangat memukau, teknologi pentas persembahan hydraulik serta pencahayaan dan sistem audio yang canggih dan inovatif.


Setiap persembahan diselingkan dengan kejutan dan special effects untuk memberikan elemen persembahan wow factor kepada penonton. Penceritaan bermula dengan sejarah awal pembukaan kota Melaka oleh Parameswara sehinggalah kisah iringan masyarakat setempat Melaka yang berbilang kaum dan hidup harmoni.


Antara babak yang paling menarik bagi saya adalah tarian baba dan nyonya yang lemah gemalai dan penuh warna-warni yang melambang keharmonian keturunan Baba & Nyonya.


Terdapat juga babak yang meruntun jiwa yang menceritakan tentang seorang anak yang dibesarkan oleh 6 orang ibu dari berlainan bangsa. Perjalanan hidup seorang anak yang sangat merindui ibu-ibunya yang telah membesarkannya bagai menatang minyak yang penuh dan diberikan kasih sayang yang sama rata dari keenam-enam ibunya sangat membuatkan hati saya tersentuh.



Babak 6 orang ibu yang melambangkan Melaka dan seorang anak sebagai anak Melaka 


Tidak dinafikan babak ini telah berjaya mengalirkan air mata saya malah meruntun jiwa semua penonton  kerana mesejnya mengajarkan saya ketabahan seorang ibu yang membesarkan kita sejak kecil sehingga kita meningkat dewasa dan bagaimana pada akhirnya setelah meningkat usia kita pasti akan merasai kehilangan dan akan sentiasa merindui belaian kasih sayang seorang ibu yang telah banyak bekorban untuk seorang anak. 



Persembahan Tarian Nyonya yang penuh warna-warni lagi menambat hati.



Babak terakhir - The Finale


Di akhir pena penulisan ini, persembahan teater di Encore Melaka ini bukanlah sebuah teater yang biasa dipertontonkan dimana-mana panggung teater yang anda pernah pergi. Ia adalah sebuah pementasan budaya yang menunjukkan  keharmonian antara kaum di Melaka dan bagaimana bermulanya kegemilangan zaman kesultanan melayu Melaka yang dipandang hebat oleh seluruh pelosok dunia.


Kekayaan budaya yang ada di Melaka sehingga kini menjadikan istimewanya Melaka sebagai salah sebuah negeri yang terkenal dan mendapat pelbagai pengiktirafan dunia. Saya yakin pementasan teater di Encore Melaka ini setanding dengan persembahan teater bertaraf dunia malah ia membuatkan saya bangga menjadi anak watan Melaka. Seterusnya, saya harap kita dapat mengekalkan konsep pementasan budaya seperti ini di masa akan datang untuk terus dipertontonkan dan dipersembahkan sepanjang zaman. 



Struktur reka bentuk yang unik dan sangat instagramable serta pilihan utama untuk sesi pengambaran perkahwinan



Warna bangunan berwana putih yang melambang kesucian dan keabadian


Harga tiket bagi standard seat ada RM 128.00 untuk warganegara Malaysia dan RM 148.00 bagi bukan warganegara Malaysia. Betul ! Memang nampak mahal tapi sebenarnya pementasannya bukan calang-calang teater yang biasa atau kita pernah pergi malah persembahannya yang mengagumkan ditambah dengan kombinasi teknologi pementasan teater yang sangat canggih membuat anda mind blowing dan percayalah ia tidak akan mengecewakan anda. 


Jika anda diantara anda, pembaca pernah menonton persembahan di Encore Melaka, boleh ceritakan pengalaman anda bersama-sama dengan pembaca lain yang masih belum berkesempatan untuk menonton dan kongsikan post ini di sosial media dan tag LetsGoHoliday!


Kredit Gambar : Encore Melaka


Artikel ini dikarang oleh Amirul Haqim Zainal. Beliau adalah seorang anak watan Melaka dan sekarang masih setia berkhidmat di Negeri Melaka tercinta. Jika ada sesiapa yang ingin berkunjung ke Melaka boleh roger-roger dengan beliau ehek !

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (2 VOTES)