10 Hotel Terbaik Berdekatan Stadthuys Featured Image

10 Hotel Terbaik Berdekatan Stadthuys

By Hani - May 21, 2019 (Last Updated Jun 03, 2019)

Jika anda bercadang untuk bercuti sambil belajar, apa kata jika anda datang ke Melaka dan melawat tempat-tempat peninggalan sejarah antaranya Stadthuys. Wah, pelik ya namanya. Manakan tidak, Stadthuys merupakan sebuah bangunan Belanda tertua di Timur dan merupakan sebahagian daripada seni bina kolonial Belanda yang terkenal di Bandar Melaka. Kalau anda nak tahu, bangunan Stadthuys ini berwarna Teracotta-merah yang terletak berhampiran dengan sungai yang dahulunya merupakan kediaman rasmi gabenor dan pegawai Belanda. Jom kita belajar mengenai Stadthuys dan sambil tu bermalam di salah sebuah dari 10 hotel terbaik berdekatan Stadthuys.


Stadthuys mula dibina antara tahun 1641 dan 1660 di kawasan runtuhan kubu Portugis. Kalau anda nak tahu, Stadthuys ini adalah titik tumpuan beberapa kerajaan berturut seperti Belanda, Portugis, dan Inggeris selama lebih dari 300 tahun. Pada tahun 1982, Stadthuys akhirnya diubah menjadi muzium yang dapat dilawati hingga kini. The Stadthuys memaparkan ciri khas senibina kolonial Belanda dengan dinding besar, tingkap dan pintu dengan engsel besi tempa.


Macam mana, menarik kan sejarah Stadthuys ni. Lagi menarik kalau anda dapat datang ke sini dan lihat dengan mata anda sendiri. Ayuh kita ke Stadthuys dan sambil tu bermalamlah di salah satu dari 10 hotel terbaik berdekatan Stadthuys yang kami senaraikan di bawah ni sekarang.


Riccarton Jonkerview Cottage Hotel

Riccarton Jonkerview Cottage Hotel adalah gabungan unik antara klasik dan moden - sebuah hotel yang dibina di rumah kedai lama di Jonker Street tetapi di dalamnya dihiasi dengan pod kapsul ala futuristik.

Kapsul ini boleh memuatkan seramai 2 orang dan dilengkapi Android Smart TV di dalamnya selepas anda penat seharian ke Stadthuys, A'Famosa, Muzium Samudera dan berjalan-jalan di sekitar Jonker Street.


Alamat: No. 3, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Harga: Bermula dari RM55 / malam


Tempah Sekarang Dari RM55!  



Quayside Hotel Malacca

Quayside Hotel merupakan sebuah hotel di persisiran Sungai Melaka yang bertaraf 3 bintang. Hotel ini menawarkan 4 jenis bilik yang terdiri daripada Superior, Premium, Suite dan Family Suite. Setiap bilik tidur dilengkapi dengan wifi percuma, Astro, barangan mandi, TV dan peti keselamatan.

Hotel yang tersergam indah ini terletak berhampiran dengan tarikan pelancong di Banda Hilir seperti Stadthuys, Muzium Samudera, A'Famosa, Menara Taming Sari dan banyak lagi.


Alamat: No. 1, Jalan Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka.

Harga: Bermula dari RM130 / malam


Tempah Sekarang Dari RM130!  



D'Riverside Inn




D'Riverside Inn merupakan sebuah hotel yang pasti akan mengusik nostalgia. Hotel ini menawarkan 9 jenis bilik tidur dan terletak hanya 5 minit saja dari Jonker Walk dan tarikan-tarikan bersejarah lain seperti Stadthuys, A'Famosa, St. Paul's Hill dan banyak lagi.

Hotel ini juga mempunyai balkoni di bumbung yang membolehkan anda menghayati keindahan Sungai Melaka. 


Alamat: 7, Jalan Bunga Raya, 75100 Melaka.

Harga: Bermula dari RM120 / malam


Tempah Sekarang Dari RM120!  

MYR 190.00 /night

{{ promotion.Value }}% OFF! {{ promotion.CurrencyCode + " " + promotion.Value }} OFF!

MYR 250.00 /night

Dapatkan penjimatan hebat ketika anda menempah percutian anda bersama LetsGoHoliday.my sekarang!


Cheng Ho Hotel

Cheng Ho hotel adalah gabungan dari rumah kedai yang terbina sejak beratus tahun lamanya dengan hasil hiasan dalaman yang moden dengan sentuhan perabot kayu. Hotel ini mempunyai 3 laman kecil yang anda boleh merehatkan minda dan menyejukkan mata dari kesesakan kota Melaka.

Di belakang hotel ini terletak ruangan parkir, dan hentian bas shuttle untuk para pelancong bergerak dari satu tempat ke tempat lain.


Alamat: 101, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Harga: Bermula dari RM162/ malam


Tempah Sekarang Dari RM162!  



Hotel Bendahara Melaka

Hotel Bendahara Melaka menawarkan 3 jenis bilik untuk dipilih dari Superior Twin dengan 2 katil Single, Superior Queen dengan 1 katil Queen dan Superior Triple dengan 1 katil Queen atau King dan 1 katil Single. Hotel ini berhamporan dengan Jonker Walk, Stadthuys, Melaka River Cruise, Asam Pedas Jr, Perigi Hang Li Poh dan Tokong Sam Po Kong.


Alamat: Lot 769, Kawasan Bandar XXI, Jalan Bendahara, 75300 Melaka.

Harga: Bermula dari RM90/ malam


Tempah Sekarang Dari RM90!  



Inginkan lebih banyak lagi pilihan penginapan di Melaka untuk percutian anda? Kami mempunyai senarai hotel dan homestay terbaik di seluruh Melaka yang boleh anda pilih. Klik saja pada gambar di bawah untuk mendapatkan pilihan yang menarik dan berbaloi. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (2 VOTES)