5 Homestay Terbaik di Mesilau Kundasang Untuk Anda Featured Image

5 Homestay Terbaik di Mesilau Kundasang Untuk Anda

By Haqim - Apr 21, 2019 (Last Updated Aug 15, 2019)

Sedar tak sedar masa bergerak begitu pantas dalam kita mengejar kemahuan dan keinginan yang tiada pengakhirannya. Tekanannya sehingga kita rasa tiada masa untuk sakit kepala. Cuba anda bayangkan jika hidup ini tiada tekanan dan anda dikeliilingi dengan alam semula jadi, pepohon kehijauan di setiap lereng-lereng bukit yang penuh kesegaran, alangkah tenangnya minda kita pada masa itu bukan ? 


Namun begitu, imaginasi bukanlah jalan penyelesaianya, jadikan ketenangan ini sebagai satu realiti dengan merancang percutian di tempat yang kaya dengan kenindahan alam semula jadi yang menyegarkan lagi memukau. Any idea di mana ? Cuba teka ?


Tak perlu fikir atau teka tempat-tempat yang cliche seperti Cameron Highlands. Apa kata kali ini kita terbang ke tanah seberang pula di Mesilau Kundasang Sabah.  Bagi yang tidak tahu, Mesilau ini pada asalnya adalah nama dari Sungai Mesilau. Mesilau merupakan kawasan yang terletak kira-kira 2000 meter di atas paras laut di East Ridge Gunung Kinabalu di Taman Negara Kinabalu, Sabah. Selain itu, tempat ini juga bukan sahaja dikenali ramai sebagai pusat pelancongan bahkan kekayaan khazanah alam semulajadi tapi ia juga sangat terkenal dengan pengeluar produk makanan laut yang segar serta buah-buahan dan sayur-sayuran. 
Dah terfikir nak mula packing barang pergi ke sini ke tu ? Ikuti senarai penuh 5 homestay yang terbaik di Mesilau Kundasang untuk anda bercuti bersama keluarga tersayang. 




Bonsai Villa @ Mesilau



Bonsai Villa ini terletak di Mesilau, Kundasang dan hanya 5 - 8 minit jarak dengan Desa Dairy Farm. Villa yang mempunyai 4 buah bilik tidur ini boleh memuatkan sehingga 12 orang dan juga turut tersedia keperluan asas penginapan serta 2 set steamboat bersama dengan Cylinder Gas khas dan set BBQ yang lengkap untuk digunakan oleh tetamu. 

Alamat                        : 66, Mount Kinabalu Golf Course, Pinosuk Plateau, Kundasang, 89300 Kota Kinaballu, Sabah

Harga                          : Bermula dari MYR 708/malam

Bilangan Tetamu     : 12 orang


Tempah Sekarang Dari RM 708 !


The Purple Cottage Homestay Mesilau Kundasang


The Purple Cottage Homestay ini diinspirasikan dengan reka bentuk cottage ala desa tanah tinggi yang comel berwarna ungu di kaki Gunung Kinabalu. Tempat penginapan ini terletak di perkampungan homestay yang tertinggi dan semestinya sejuk di Sabah. Antara tempat-tempat menarik berhampiran dengan homestay ini adalah Desa Cattle Dairy Farm, Starting Point Maragang Hill dan Pekan Kundasang. 

Homestay yang mempunyai 3 buah bilik tidur ini boleh memuatkan tetamu sehingga 7 orang. Turut dilengkapi dengan semua keperluan asas penginapan seperti peralatan memasak, set BBQ dan juga mini flower garden berhadapan homestay. 


Alamat                        : Jalan Cinta Mata, Kampung Mesilau, Kundasang, 89308 Ranau, Sabah

Harga                          : Bermula dari MYR 345/malam

Bilangan Tetamu     : 7 orang


Tempah Sekarang Dari RM 345 !


Anjung Rehat Jamsari 1


Anjung rehat Jamsari ini terletak di Kampung Mesilou Kundasang dan 12 km jarak dari Kinabalu national Park serta 100 meter dari jarak Bandaraya Kota Kinabalu. Homestay ini juga mempunyai balkoni yang berpemandangan gunung Kinabalu. Homestay ini mempunyai 4 buah bilik tidur serta kelengkapan penginapan yang lain seperti TV, Wifi serta set BBQ juga turut disediakan. 


Alamat                   : P.O Box 877, Jalan Cinta Mata Mesilou, Kampung Mesilou Kundasang, 89308 Ranau, Sabah

Harga                          : Bermula dari MYR 455/malam

Bilangan Tetamu     : 15 orang


Tempah Sekarang Dari RM 455 !


Klik sini untuk dapatkan kod promo untuk percutian anda. 

B-Inspired Abode Kundasang



B-Inspired Abode Kundasang sesuai untuk anda yang inginkan percutian yang lowkey privacy  untuk menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit yang sejuk dengan berhadapankan dengan Gunung Kinabalu. Homestay ini mempunyai 3 buah bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 6 orang seisi homestay. Kelengkapan seperti peralatan memasak , set BBQ dan lain-lain turut disediakan. 


Alamat                        : 594, Jalan Sinisian Kundasang, Kampung Sinisian, Kundasang, Sabah

Harga                           : Bermula dari MYR 320/malam

Bilangan Tetamu     : 6 orang


Tempah Sekarang Dari RM 320 !


Walai Tokou Homestay Asmiah



Walai Tokou Asmiah Homestay yang mempunyai 6 buah bilik tidur ini boleh memuatkan sehingga 15 orang tetamu seisi rumah. Turut dilengkapi dengan kelengkapan asas penginapan seperti set sofa, TV LED, Astro Njoi, peti sejuk, peralatan memasak serta set peralatan BBQ. Homestay ini terletak berhampiran dengan tempat-tempat menarik seperti Dairy Farm, War Memorial, Bandar Ranau, Kinabalu Park, Spa Fish, Arnab Village dan gerai-gerai sayuran Kundasang.


Alamat                        : Peti Surat 594, Kampung Sinisian, Kundasang, Sabah

Harga                          : Bermula dari MYR 80/malam

Bilangan Tetamu     : 15 orang


Tempah Sekarang Dari RM 80 !


Jadi dah boleh lah start packing barang anda dan mari bercuti bersama yang tersayang ke Kundasang, Sabah. Buat apa rancang ke tempat yang jauh sehingga ke New Zealand semata-mata untuk melawat Dairy Farm kalau kita boleh lawat di Kundasang sahaja. Seperti peribahasa ibunda kita, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. 


Kundasang sememangnya destinasi pilihan untuk ramai pelancong tak kira dalam dan luar negara! Jika anda masih lagi tercari-cari penginapan yang sesuai di Kundasang untuk percutian anda, jangan risau!


Klik pada imej di bawah untuk melihat senarai penuh penginapan di Kundasang yang anda boleh pilih. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.11 (19 VOTES)