Homestay Teluk Kemang Featured Image

Homestay Teluk Kemang

By [email protected] - Apr 10, 2019 (Last Updated Apr 16, 2019)

Pantai Teluk Kemang terletak di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Jaraknya cuma 10 kilometer ke selatan dari bandar Port Dickson.


Pantai ini sangat popular di kalangan rakyat Malaysia mahupun serata asia. Pengunjung akan datang untuk mandi-manda terutama pada hujung minggu dan cuti sekolah.


Selain itu, banyak aktiviti pantai yang boleh di lakukan di sekitar kawasan Pantai Teluk Kemang, antaranya sukan jet air, berkayak, banana boat dan banyak lagi.


Untuk percutian anda ke Port Dickson nanti, kami senaraikan homestay terbaik di Teluk Kemang yang boleh anda tempah di bawah.


Owen Homestay 1

Owen Homestay terletak di Marina Terrace Apartment dan jaraknya cuma berjalan kaki sahaja ke pantai.

Diserikan dengan swimming pool dan lengkap dengan dapur dan perkakasan memasak, homestay ini sangat sesuai pada yang suka untuk tinggal di apartment. Bukan itu sahaja, terdapat juga kedai dobi dan restoran berhampiran homestay ini untuk kemudahan anda. Strategik bukan?


Alamat: Marina Terrace Apartment, Jalan Teluk Kemang

Bilangan Tetamu: 5

Harga Dari: RM 120 / malam


Tempah Sekarang dari RM120!


Yusszatyhomestay 2

Juga terletak di Marina Terrace, Yusszatyhomestay 2 boleh memuatkan sehingga 6 tetamu. Homestay ini mempunyai 2 bilik dan 2 bilik air beserta dapur lengkap. 


Terdapat juga balkoni untuk anda menikmati pemandangan dan merasakan angin pantai. Homestay ini terletak di tingkat 5 dan juga berdekatan dengan pondok pengawal (jangan risau, Marina Terrace dilengkapi lif!).


Alamat: Marina Terrace Apartment, Jalan Teluk Kemang

Bilangan Tetamu: 6

Harga Dari: RM 150 / malam


Tempah Sekarang dari RM150!


Homestay Teluk Kemang Port Dickson

Tak suka apartment? Nak cari homestay lagi besar untuk keluarga anda? Boleh cuba Homestay Teluk Kemang Port Dicskon. Homestay ini merupakan rumah dua tingkat yang mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Yang best nya, semua bilik dilengkapi dengan pendingin hawa dan dua water heater. 


Untuk yang nak bercuti dalam kumpulan besar, homestay ini memang sangat sesuai untuk anda! 


Alamat: Jalan Bayu 1, Taman Bayu, Teluk Kemang

Bilangan Tetamu: 10

Harga Dari: RM 300 / malam


Tempah Sekarang dari RM300!


Inginkan penjimatan hebat untuk percutian anda? Klik sini cepat!

Dorry Villa Homestay

Juga terletak di Jalan Pantai Teluk Kemang, ini satu lagi homestay besar sesuai jika anda bercuti bersama kawan-kawan atau keluarga! 


Dorry Villa ialah sebuah banglo dengan 4 bilik dan ruang tamu yang luas. Diserikan lagi dengan swimming pool, homestay ini boleh menempatkan sehingga 20 tetamu pada satu masa. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengadakan BBQ di sini. Hos menyediakan ruang dapur dengan barang keperluan masak. 


Alamat: Lot 2226, Jalan Pantai, Teluk Kemang

Bilangan Tetamu: 20

Harga Dari: RM 1100 / malam


Tempah Sekarang dari RM 1,100!


Hawwari Homestay Politeknik PD

Tak semestinya kena berbelanja mahal untuk menginap di homestay kan? Jika anda datang dengan kawan-kawan, boleh cuba Hawwari Homestay Politeknik PD. 


Boleh memuatkan sehingga 15 tetamu dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air, homestay ini cuma RM230 sahaja untuk anda tempah jika ingin bercuti pada hujung minggu. RM230 jika dibahagikan dengan 10 orang, seorang cuma perlu bayar RM23 sahaja! Jimat ke jimat? 


Bukan itu sahaja, BBQ set juga disediakan untuk kemudahan anda. 


Alamat: Lorong Politeknik 9, Taman Politeknik, Teluk Kemang

Bilangan Tetamu: 15

Harga Dari: RM 200 / malam


Tempah Sekarang dari RM 200!


Ini baru sahaja homestay di Teluk Kemang yang disenaraikan. Sebenarnya kami mempunyai banyak lagi homestay best di Port Dickson yang anda boleh cuba tau! 


Klik pada imej di bawah untuk mengetahui lebih lanjut. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (3 VOTES)