Villa Di Port Dickson Featured Image

Villa Di Port Dickson

By [email protected] - Dec 21, 2018 (Last Updated Jul 03, 2019)

Kali ini kami ingin membawa anda bercuti ke Port Dickson, Negeri Sembilan!


Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai peranginan yang terkenal di Negeri Sembilan. Ia terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai perlabuhan untuk import and eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan. 


Port Dickson adalah sebuah destinasi yang sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Persisiran pantai ini sepanjang 18km telah menjadikan Port Dickson destinasi terbaik bagi pelancong untuk melakukan pelbagai aktiviti yang menarik seperti menaiki bot laju, snorkeling, bermandi-manda, menunggang kuda dan banyak lagi! Bukan itu sahaja, bandar ini juga tidak kurang dengan tarikan menarik yang lain seperti peninggalan-peninggalan bersejarah, akuarium, kampung nelayan dan hutan simpan.  


Jika anda ingin ke Port Dickson untuk bercuti dan mencari penginapan yang selesa, di sini kami telah senaraikan villa-villa di Port Dickson yang sesuai untuk Hari Keluarga, bercuti dan BBQ bersama rakan rakan serta acara Team Building syarikat. 


Villa 969



Villa 969 yang berkeluasan 12,000 kaki persegi ini adalah lokasi yang sangat santai untuk sanak-saudara dan rakan-rakan berkumpul bersama. Villa ini dilengkapi dengan 5 bilik tidur dan kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia terletak dalam kawasan kejiranan yang berpagar dan dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung terjamin sepenuhnya. 

Selain itu, dengan segala fasiliti asas serta kemudahan tambahan seperti set BBQ, Wifi, permainan seperti badminton, takraw, pingpong dan lain-lain, tentunya anda takkan berasa bosan berada di Villa 969. Ruang villa yang berpagar dan laman hijau menambahkan ketenangan sambil berehat menikmati deruan air yang mengalir. 


Alamat                     : PD Villa Country Resort, 71050 Teluk Kemang Port Dickson, NS

Harga                        : Dari RM 825/malam

Untuk maklumat lanjut tentang villa ini, klik di bawah




Villa Hartams Homestay 



Villa Hartamas Homestay merupakan sebuah rumah tamu yang terletak di Taman Sunggala Hartamas, Port Dickson. Lokasi villa ini sangat strategik, terletak berhampiran dengan jalan utama (susur keluar lebuhraya Seremban - Port Dickson) menjadikan Villa Hartamas Sunggala sebagai pilihan utama para tetamu dalam memenuhi pelbagai urusan rasmi dan tidak rasmi.

Villa ini dilengkapi dengan 3 bilik tidur (air cond) dan 2 bilik air. Berdekatan dengan pantai teluk kemang, pantai cahaya negeri,PD water front, pulau burung, muzium tentera darat, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) dan disekitarnya mempunyai tempat makan-makan yang sangat menarik dan famous.


Alamat                      : Taman Sunggala Hartamas, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Harga                         : Dari RM 249/malam

Untuk maklumat lanjut tentang villa ini, klik di bawah


Tempah Sekarang Dari RM249


Dorry Villa Homestay 



Rumah bungalow ini dilengkapi dengan 4 bilik (3 bilik air dan 2 bilik air dengan water heater) dan ruang tamu yang luas untuk diduduki seramai 20 orang. Villa ini juga dilengkapi kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Selain itu, ruang dapur juga dilengkapi dengan barang keperluan masak. Segala fasiliti asas serta kemudahan tambahan seperti tempat BBQ juga telah disediakan. Jarak jauh ke pantai Port Dickson adalah 300 meter dari villa ini.


Alamat                      : Batu 9, Lot 2226, Jalan Pantai, Teluk Kemang, 71050, Port Dickson, NSDK

Harga                         : Dari RM 600/malam

Untuk maklumat lanjut tentang villa ini, klik di bawah


Tempah Sekarang Dari RM600





Kita mempunyai banyak lagi penginapan di Port Dickson! Klik imej di atas untuk maklumat lanjut. Selamat Mencuti!


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.44 (18 VOTES)