Homestay di Tanjung Kling
Tanjung Kling Melaka terkenal dengan pantainya yang menjadi tempat pelancongan dan beriadah untuk penduduk Melaka. Pantai di kawasan tersebut dikenali sebagai Pantai Puteri dan Pantai Klebang. Ianya menjadi lokasi sesuai untuk bersiar-siar bersama keluarga, ataupun untuk anda bersama pasangan anda meluangkan masa menikmati keindahan pemandangan tepi pantai ini. Ia juga spot menarik untuk melihat matahari terbenam, romantik bukan?
Di sini juga disediakan tapak khemah untuk pengunjung yang suka berkhemah. Tandas disediakan dan terdapat sebuah masjid di sebelah pantai ini. Kedai-kedai makan seperti warung sate dan ikan bakar pun ada. Memang seronok dapat bersantai di sini bersama yang tersayang sambil menikmati pemandangan pantai.
Jika anda bercadang untuk mencari homestay di sekitar Tanjung Kling atau berdekatan dengan Pantai Klebang, di sini kami senaraikan beberapa homestay yang boleh anda pilih nanti.
Klebang Melaka Homestay
Klebang Melaka Homestay ini boleh memuatkan 10 orang tetamu dan menyediakan 3 buah bilik tidur serta 2 bilik air. Lokasinya berdekatan dengan Pantai Klebang, Pantai Puteri, Dataran 1Malaysia, Muzium Kapal Selam dan Klebang Coconut Shake. Sangat mudah untuk anda akses ke tempat-tempat popular di Melaka ini.
Alamat: Jalan Nirwana 11, Taman Nirwana, 76400 Tanjung Kling, Melaka
Jumlah Tetamu: 10 orang
Harga: Bermula dari RM200 /malam
Ocean Palm Seaview Condo
Ocean Palm Seaview Condo merupakan homestay kondominium dengan balkoni yang menghadap laut. Dengan 3 buah bilik luas dan 2 bilik mandi, ia boleh memberikan penginapan yang selesa untuk 8 orang penginap. Bilik tidur dilengkapi dengan penghawa dingin, dapur lengkap dengan peralatan memasak mampu menjamin keselesaan anda semasa menginap di sini.
Alamat: Seaview Tower, Ocean Palms Condominium, Batang Tiga, 76400 Tanjung Kling, Melaka
Jumlah Tetamu: 8 orang
Harga: Bermula dari RM280 /malam
DeZen's Guesthouse
DeZen's Guesthouse adalah homestay rumah teres 2 tingkat. Seperti homestay-homestay di atas, ia boleh memuatkan 8 hingga 12 orang penginap dengan 3 buah bilik tidur dan 2 bilik air. Di hadapannya terdapat taman permainan untuk kanak-kanak. Bukan sahaja homestay ini luas dan berdekorasi ceria dengan hiasan dalaman rumah, ianya dekat dengan kemudahan-kemudahan seperti Giant Hypermarket, restoran halal The Seafarer, KFC, serta kedai-kedai runcit.
Alamat: Jalan Nirvana 3, Taman Nirvana, 76400 Tanjung Kling, Melaka.
Jumlah Tetamu: 8 orang
Harga: Bermula dari RM280 /malam
MYR 130.00 /night
MYR 300.00 /night
Mahukan harga tempahan hotel dan homestay yang lebih murah? Gunakan kod promosi kami!
Wanchah Homestay
Wanchah Homestay merupakan rumah korner lot dan berdekatan dengan Dataran 1 Malaysia Klebang, merupakan tempat tumpuan pengunjung yang datang ke sini. Bukan sahaja lengkap dengan kemudahan asas seperti Televisyen, peralatan memasak, menariknya Wanchah Homestay ini, ia menyediakan kerusi batu di halaman rumah untuk menikmati keindahan landskap dan untuk bersantai sambil membuat BBQ.
Alamat: Jalan Impian 3, Taman Pinang Impian, 76400 Tanjung Kling, Melaka
Jumlah Tetamu: 8 orang
Harga: Bermula dari RM300 /malam
Kembau Klebang Melaka Homestay
Kembau Klebang Melaka Homestay juga terletak berdekatan dengan Pantai Puteri dan Pantai Klebang. Menyediakan 3 bilik tidur yang lengkap dan selesa, sesuai untuk penginapan tidak melebihi 10 orang tetamu. Televisyen serta Astro Njoi, peralatan dapur, mesin basuh serta banyak lagi kelengkapan yang lain.
Alamat: Lorong 11, Taman Nirwana, Batang Tiga, 76400 Tanjung Kling, Melaka
Jumlah Tetamu: 10 orang
Harga: Bermula dari RM200 / malam
Macam mana dengan homestay-homestay di atas? Kalau anda masih mengharapkan lebih banyak pilihan homestay, klik saja pada gambar di bawah untuk lebih banyak pilihan penginapan terbaik di Melaka.