6 Homestay Best Di Setia Alam Yang Murah Featured Image

6 Homestay Best Di Setia Alam Yang Murah

By Hani - Apr 11, 2019 (Last Updated May 02, 2019)

Anda perlu datang ke Setia Alam atas urusan kerja atau ada majlis perkahwinan saudara yang anda perlu hadiri? Alamak, best ke Setia Alam ni? Dijamin ada homestay yang best dan murah ke kat sini? Jangan risau, jangan pening. Kami akan kupaskan mengenai Setia Alam dan sambil tu, anda boleh lihat 6 homestay best di Setia Alam yang murah


Setia Alam merupakan sebuah bandar di Shah Alam, Selangor. Haa, patutlah namanya seakan-akan Shah Alam juga kan, nak dekat dah. Setia Alam ini dekat dengan Klang dan senang untuk anda tiba ke sini menggunakan Lebuh Raya Persekutuan. Lokasinya juga sangat strategik sebab senang untuk anda tiba ke Setia Alam ni. Anda boleh ke Shah Alam, Klang, Subang Jaya, Damansara, KL dan banyak lagi.


Walaupun masih membangun, namun Setia Alam mempunyai beberapa tarikannya yang tersendiri. Antaranya adalah Taman Rekreasi Western Park, Setia Alam Central Park, pasar malam Setia Alam dan lain-lain. Kalau anda bosan, anda boleh singgah ke pusat membeli-belah yang terbaik di sini iaitu Setia City Mall. Manakalan, Setia Convention Centre pula merupakan sebuah tempat popular untuk membuat majlis perkahwinan, seminar dan banyak lagi.


Alang-alang anda dah kena ke Setia Alam, jom bermalam di salah satu homestay di 6 homestay best di Setia Alam yang murah tidak lebih dari RM300 satu malam!


ALAMi Homestay


ALAMi Homestay merupakan sebuah apartment super studio yang berhampiran dengan Setia City Mall. Homestay ini mempunyai 2 bilik dan 2 tandas dan selesa untuk menempatkan 7 orang tetamu. Rumah ini dilengkapi dengan microwave, peti sejuk, pembakar roti, mesin basuh, TV, tilam tambahan dan snek percuma. Selain itu, Wifi percuma dan kemudahan di apartment disediakan seperti gimnasium, sauna dan kolam renang. 


Alamat: A-16-09, Trefoil@Setia City, No.2, Jalan Setia Dagang AH U13/AH, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

Bilangan Tetamu: 7

Harga:  Bermula RM200 / malam


Tempah Sekarang Dari RM200!  



Sam Setia Home


Jika anda datang dengan keluarga yang besar, anda boleh datang bermalam di Sam Setia Home, sebuah rumah corner lot dua tingkat yang berhampiran dengan Setia Convention Centre dan Setia City Mall. Rumah ini mempunyai 4 bilik (1 katil King, 2 katil Queen dan 1 katil Single) dan 4 tandas, menawarkan fasiliti asas seperti di rumah anda sendiri. Selain itu, rumah ini bersebelahan dengan taman permainan dan tempat jogging. Sambil anda beriadah, sambil tu juga anak-anak anda dapat bermain. Seronok kan rumah ini untuk semua peringkat umur!


Alamat: 78, Jalan Setia Indah U13/13K, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

Bilangan Tetamu: 8

Harga:  Bermula RM275 / malam


Tempah Sekarang Dari RM275!  



ALAMi Urban Space

Kalau anda lebih sukakan kebebasan duduk di homestay berbanding di hotel, anda boleh menempah ALAMi Urban Space. Sebuah apartment 1 bilik dengan 1 katil King, 1 Sofa Bed, 1 tandas dengan water heater, TV, wifi percuma, peti sejuk, microwave dan tilam tambahan. Selain itu, anda juga mempunyai akses untuk menggunakan kemudahan di apartment ini seperti gimnasium, sauna dan kolam renang. 


Alamat: C-12-15, Trefoil@Setia City, No.2, Jalan Setia Dagang AH U13/AH, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam Selangor.

Bilangan Tetamu: 3

Harga:  Bermula RM140 / malam


Tempah Sekarang Dari RM140!  


Inginkan harga homestay lebih murah lagi dari yang kami tunjukkan ini? Klik sini untuk maklumat lanjut.


ALAMi Vintage Studio

Kalau anda seorang pecinta vintaj, anda boleh bermalam di ALAMi Vintage Studio. Homestay ini dihiasi dengan barang-barang vintaj, membuatkan anda rasa seperti anda kembali ke zaman 60-an. Homestay ini mempunyai 1 bilik dan 1 tandas, 1 katil Queen, 1 sofa, 1 tandas dengan air panas, TV dengan Astro, tilam tambahan, peti sejuk, microwave, pembakar roti dan snek percuma, selain dari wifi percuma dan ruang parking.


Alamat: C-22-16, Trefoil@Setia City, No.2, Jalan Setia Dagang AH U13/AH, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

Bilangan Tetamu: 3

Harga:  Bermula RM130 / malam


Tempah Sekarang Dari RM130!  



ALAMi Metro Suite


Jika anda lebih meminati hiasan kontemporari, anda boleh menempah di ALAMi Metro Suite. Sebuah apartment lengkap dihiasi perabot moden namun simple, homestay ini mempunyai 1 bilik, 1 katil Queen, 1 sofa, 1 tandas dengan water heater, TV, PlayStation3 dengan game, mesin basuh, peti sejuk, microwave dan snek percuma. Homestay ini sangat sesuai untuk si bujang yang datang ke Setia Alam atas urusan kerja. Hilangkan stress kerja dengan bermain PS3. Berbaloi dengan harganya yang murah!


Alamat: B-19-18, Trefoil@Setia City, No.2, Jalan Setia Dagang AH U13/AH, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

Bilangan Tetamu: 3

Harga:  Bermula RM145 / malam


Tempah Sekarang Dari RM145!  



ALAMi D'Heritage 


ALAMi D'Heritage menawarkan apartment 2 bilik dan 2 tandas, 1 katil King dan 1 katil tarik di bilik pertama dan 1 katil Queen dan 1 katil tarik di bilik kedua. Selain itu, homestay ini lengkap dengan perabot dan perkakasan asas seperti TV dan Astro, peti sejuk, rice cooker, kettle, pembakar roti dan induction cooker untuk memasak masakan yang ringkas. Sesuai untuk mereka yang datang dengan keluarga yang kecil.


Alamat: A-12-17, Trefoil@Setia City, No.2, Jalan Setia Dagang AH U13/AH, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

Bilangan Tetamu: 7

Harga:  Bermula RM200 / malam


Tempah Sekarang Dari RM200!  



Perlukan lebih banyak lagi pilihan hotel mahupun homestay di kawasan sekitar Selangor bagi menjamin percutian yang hebat dan menarik? 

Jangan risau, di bawah ini kami sediakan senarai penuh penginapan di Selangor. Klik sahaja gambar di bawah untuk melihat senarai. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.86 (7 VOTES)