10 Homestay Untuk Keluarga Besar di Selangor Featured Image

10 Homestay Untuk Keluarga Besar di Selangor

By Haqim - Apr 12, 2019 (Last Updated Sep 14, 2020)

Selangor yang terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia berhampiran dengan kota metropolitan seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya ini menjadikan ia lokasi yang strategik dan terkenal dengan tempat-tempat perlancongan yang menarik untuk bercuti bersama keluarga.


Tak salah kalau sekali-kala bercuti dengan keluarga dan kawan-kawan di Selangor .Dekat pun dekat tak perlu nak habiskan minyak dan tenaga jalan jauh-jauh sampai ke utara.  Selain itu, tempat-tempat penginapan di Selangor juga tak kurang hebat dan menariknya malah sesuai untuk anda yang merancang untuk bercuti dengan keluarga dan malas untuk pergi bercuti jauh-jauh. 


Nak tau di mana homestay-homestay best untuk anda seisi keluarga menginap apabila bercuti di Selangor ?Teruskan scroll ke bawah dan lihat 10 homestay yang sesuai untuk anda merancang percutian atau melawat majlis-majlis keramaian keluarga besar di Selangor




Tuujuh Cation

Orang Subang Jaya memang ada gaya begitu la admin boleh gambarkan homestay yang tersergam besar ini dan dilengkapi dengan kemudahan yang sempurna ini disediakan oleh pemilik Tuujuh Cation ini.  Homestay ini mempunyai 5 buah bilik yang kesemuanya dilengkapi dengan penghawa dingin serta boleh memuatkan sehingga 20 orang dalam sebuah rumah. 


Terletak berhampiran dengan pusat beli belah dan tempat-tempat menarik seperti Sunway Pyramid, Subang Parade, Empire Shopping Gallery, One City, Sunway Lagoon Theme Park, SIM flight KL,Speedway PLUS Go-Kart Circuit, RC Planet, TT Sports Park dan Subang Ria Park.  Peh betul-betul dekat kan ? Takut sesak dan malas nak drive mengadap kesesakan lalu lintas, jangan risau, jarak homestay ini juga hanya 2 min berjalan kaki ke stesen LRT. 


Alamat                        : No. 7, Jalan SS 14/7A, Subang Jaya, Selangor

Harga                          : Bermula dari MYR 600/malam

Bilangan Tetamu     : 20 orang


Tempah Sekarang Dari RM 600 !


D'Tamu Hill Homestay

D'Tamu Hill Homestay yang berpemandangan Genting Highlands ini turut menyediakan kelengkapan homestay yang lengkap dan selesa untuk menginap padan dengan harganya juga murah dan berbaloi. Homestay ini terletak di Bandar Baru Batang Kali, Selangor. Terdapat 4 buah bilik tidur dan 3 buah bilik air termasuk sebuah bilik surau di tingkat bawah homestay. Jadi, homestay ini amat sesuai bagi keluarga besar yang bercuti di Batang Kali, Selangor


Selain itu juga, D'Tamu Hill Homestay ini berhampiran dengan tempat-tempat percutian bagi keluarga seperti, Genting Highlands, Pusat Bandar Kuala Lumpur, Hutan Lipur Ulu Yam, Pekan Kuala Kubu Bharu dan Bandar Rawang. 


Alamat                        : Tamu Hill Fasa 3, Batangkali, Selangor

Harga                          : Bermula dari MYR 320/malam

Bilangan Tetamu     : 10 orang


Tempah Sekarang Dari RM 320 !


Qing Garden @ Tanjung Sepat

Homestay yang berkonsepkan ciri kebudayaan Asia Timur ini terletak di Tanjung Sepat, Selangor. Seni bina neo-klasik yang ringkas dengan kombinasi budaya Asia Timur dan taman yang harmoni, indah akan menjadikan anda berasa santai, tenang dan selesa apabila menginap di Qing Garden ini. Homestay ini mempunyai 2 buah bilik yang besar serta dilengkapi dengan kemudahan dan keperluan asas seperti, TV, Wifi, Set BBQ dan dapur untuk memasak.


Antara tempat-tempat tarikan percutian yang berhampiran dari homestay ini adalah Kuan Wellness Eco Park, Pantai Morib, Pantai Cunang, Tanjung Sepat, dan Sepang Gold Coast. 


Alamat                        : Lot 237, Bt 33, Tg. Layang, Jalan Durian, Tanjong Sepat, Selangor

Harga                          : Bermula dari MYR 380/malam

Bilangan Tetamu     : 12 orang


Tempah Sekarang Dari RM 380 !


Klik sini untuk dapatkan kod promo untuk percutian anda. 

Angel V Suit Homestay (Up To 22pax)

Angel V Suit Homestay merupakan rumah jenis Duplex  Townhouse dan terletak berhampiran dengan 1 Utama, Paradigm mall, Ikea, The Curve, pusat bandar Tropicana, Atria, Starling. Homestay ini mempunyai 4 buah bilik tidur dan 3 buah bilik mandi lengkap dengan pemanas air. Ia sesuai untuk keluarga besar yang mencari penginapan singkat di Damansara / Petaling Jaya. 


Alamat                        : Lorong Kekwa, Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya, Selangor

Harga                          : Bermula dari MYR 499/malam

Bilangan Tetamu     : 22 orang


Tempah Sekarang Dari RM 499 !


Ayu Home Sweet Home Homestay Serendah

Jika anda ingin merancang untuk bercuti ke Serendah, Ayu Home Sweet Home Homestay ini patut menjadi pilihan utama tempat penginapan anda bersama keluarga. Homestay ini terletak berhampiran dengan Perigi Tujuh Serendah dan Air Terjun TemplerKai, Serendah Orkid Garden, Serendah Perkampungan Orang Asli dan Serendah Fishing Lake&Pond.


Jika anda merancang untuk adakan event party bersama keluarga dan kawan-kawan anda, homestay ini juga turut ada manawarkan pakej-pakej event seperti Private Anniversary, Private Birthday Party, Private Family Reunion dan Private Surprise Party. 


Alamat                        : 24, Jalan Melor 3B, Desa Melor, Serendah, Selangor Darul Ehsan

Harga                          : Bermula dari MYR 300/malam

Bilangan Tetamu     : 10 orang


Tempah Sekarang Dari RM 300 !


Jadi marilah sesekali bercuti bersama keluarga besar anda di Selangor dan menginap di homestay-homestay seperti di atas. Jarak bukan alasan lagi.Tak salah kalau bercuti dekat-dekat je, lagi jimat dan berbaloi-baloi. 


Ikuti senarai penuh homestay dan hotel yang ada di sekitar Selangor, hanya klik pada imej di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.96 (67 VOTES)