10 Homestay Terbaik Di Seri Kembangan Featured Image

10 Homestay Terbaik Di Seri Kembangan

By Farisya - Mar 24, 2019 (Last Updated Apr 03, 2019)

Anda pernah merasa bosan kerana selalu bercuti di pulau-pulau dan pantai peranginan? Apa kata kali ini anda bawa pula keluarga atau ajak rakan-rakan bercuti di bandar? Boleh juga membeli belah dan melawat tempat-tempat menarik seperti di negeri Selangor. 

Dii Selangor, banyak tempat-tempat yang menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan dan anda juga boleh mencuba beberapa sukan esktrem di Selangor. Antara tempat yang terkenal termasuklah Shah Alam, Putrajaya, Kajang dan tidak ketinggalan juga Seri Kembangan. Anda pasti tertanya-tanya apa yang ada di kawasan sekitar Seri Kembangan bukan? Tentunya The Mines di mana anda berpeluang untuk merasai suasana menaiki cruise. Selain itu, anda boleh membawa anak-anak ke Farm in The City untuk melihat haiwan, dan Putrajaya juga tidak jauh dari Seri Kembangan. 

Sama ada anda ke Seri Kembangan atas urusan kerja, mahupun bercuti dan memerlukan penginapan yang terbaik, di sini saya kongsikan 10 homestay terbaik di Seri Kembangan. Jangan lupa untuk buat tempahan lebih awal bagi mengelakkan homestay yang anda idamkan penuh!


Apartment Vista Pinggiran

Apartment Vista Pinggiran ini terletak di Tampan Pinggiran Utama, Seri Kembangan dan mempunyai 3 buah bilik tidur lengkap berpenghawa dingin serta tempat tidur yang selesa. Jika anda datang ke Seri Kembangan dalam kumpulan yang kecil, anda boleh menjadikan homestay ini sebagai pilihan anda kerana homestay ini sesuai untuk 4 orang tetamu. 

Apartment Vista Pinggiran homestay menyediakan kelengkapan seperti TV skrin rata, peti sejuk, mesin basuh, peralatan mandi dan banyak lagi. Terdapat juga kolam renang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak, serta tempat letak kereta juga ada disediakan secara percuma, 


Alamat: Apartment Vista Pinggiran, Jalan Pinggiran Putra, Taman Pinggiran Putra, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Harga: Bermula dari RM 160/ malam

Bilangan Tetamu: 4 orang


 Tempah Sekarang Dari RM160! 


Putrajaya Cyberjaya Raisya Homestay

Terletak di Taman Suria Tropika, Seri Kembangan, homestay rumah teres 2 tingkat ini mempunyai 3 bilik tidur termasuk bilik utama yang luas dan 3 buah bilik mandi. Tingkat bawah dilengkapi dengan ruang tamu dan dapur, manakala tingkat atas pula untuk ketiga-tiga bilik. 

Putrajaya Cayberjaya Raisya Homestay ini terletak di kawasan yang strategik kerana hanya mengambil masa 5 minit jarak perjalanan untuk ke Piutrajaya, MAEPS & MARDI Serdang, The Mines dan banyak lagi tempat-tempat menarik. 


Alamat: 27, Jalan Suria Tropika 1, Taman Suria Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Harga: Bermula dari RM 300/ malam

Bilangan Tetamu: 10 orang


 Tempah Sekarang Dari RM300! 


Serdang Secret Garden Homestay

Banglo setingkat ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi berkeluasan 7000 kaki persegi. Tapak halaman dan ruang parking yang luas membolehkan anda menjalankan aktiviti-aktiviti santai sewaktu menginap di sini. Jika anda merancang untuk mengadakan makan malam BBQ, jangan risau kerana peralatan ada disediakan. Anda hanya perlu memberitahu kepada tuan rumah terlebih awal dan membayar kadar sewa sebanyak RM48 sahaja. 

Sesuai dengan harganya yang berpatutan, homestay ini memuatkan sehingga 13 orang tetamu. Pasti anda akan berasa selesa ketika bercuti di sini.


Alamat: 137, Jalan SK 3/6, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Harga: Bermula dari RM 580/ malam

Bilangan Tetamu: 13 orang


 Tempah Sekarang Dari RM580! 


Klik sini untuk dapatkan kod promo untuk percutian anda. 


Silk Sky Service Apartment


Silk Sky Service Apartment menawarkan penginapan dengan akses ke sauna dan juga kolam renang. Berkonsepkan penginapan studio, homestay ini memuatkan 3 orang tetamu dengan 1 katil bersaiz Queen serta sofa. Ada sesetengah unit yang terdapat balkoni, jadi anda boleh menikmati pemandangan kolam renang dan taman. 

Silk Sky Service Apartment ini juga merupakan salah satu lokasi yang paling strategik di kawasan Seri Kembangan. Terletak tidak jauh dari AEON Shopping Centre Cheras dan The Mines. 


Alamat: Silk Sky Residence, Jalan KB 2/15, Kg Baru Balakong,43200 Seri Kembangan,selangor

Harga: Bermula dari RM 200/ malam

Bilangan Tetamu: 3 orang


 Tempah Sekarang Dari RM200! 


Haidar Homestay

Haidar Homestay menyediakan kemudahan tempat tinggal homestay bagi mereka yang datang dari jauh dan bercadang untuk menghadiri majlis konvokesyen atau kenduri kahwin saudara mara mahupung untuk tujuan bercuti. Penginapan yang selesa dengan kadar yang berpatutan  di kawasan berdekatan antara dua pusat bandar terbesar Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Terletak di Taman Sri Serdang, Haidar Homestay merupakan teres setingkat dan mempunya 3 bilik tidur lengkap dengan penghawa dingin di bilik utama dan mampu menampung sehingga 10 orang tetamu.


Alamat: 314, Jalan 18/3, Taman Seri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Harga: Bermula dari RM 200/ malam

Bilangan Tetamu: 3 orang


 Tempah Sekarang Dari RM200! 


Bukan Homestay Seri Kembangan sahaja yang kami ada, terdapat banyak homestay yang tersenarai di seluruh negeri Selangor termasuklah Putrajaya, Klang, Shah Alam dan lain-lain.

Jadi, anda tak perlu risau dengan penginapan, hanya tekan gambar di bawah dan mulakan proses tempahan homestay anda sekarang!



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.5 (4 VOTES)