Homestay Kubang Kerian Featured Image

Homestay Kubang Kerian

By [email protected] - Feb 12, 2019 (Last Updated Feb 27, 2019)

Kubang Kerian merupakan salah satu kawasan di daerah Kota Bharu, Kelantan.  Terletak 10 - 15 minit dari bandar Kota Bharu dan 40-45 minit dari Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, ianya menjadi tempat tumpuan penduduk di sekitar bandar Kota Bharu. Hmmm, bunyi macam tempat ni macam bosan je, tak ada tempat yang menarik ke yang buatkan orang luar untuk datang ke sini. Well, ada je. Terkejut?


Haa, memang ada tempat-tempat menarik di Kubang Kerian. Jom kita lihat 3 tempat menarik di sini.

Masjid Sultan Ismail Petra

Related image

Masjid Sultan Ismail Petra merupakan masjid terbesar di Kelantan. Ianya dinamakan bersempena nama salah seorang bekas Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ismail Petra ibni Al-marhum Sultan Yahya Petra. Reka bentuk masjid ini mengikut stail reka bentuk masjid-masjid Timur Tengah dengan warna serba putih dan tingkap gelas yang tinggi untuk memaksimakan pencahayaan semula jadi dari cahaya matahari yang masuk melalui tingkap tinggi.


Alamat: Jalan Kubang Kerian, 16150, Kota Bharu, Kelantan

Hospital Universiti Sains Malaysia

Image result for husm kubang kerian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) telah ditubuhkan pada tahun 1983  sebagai Fakulti Perubatan ketiga di Malaysia selepas Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada asalnya, hospital kampus di Kubang Kerian ini hanya menempatkan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Hospital Universiti Sains Malaysia dan jabatan-jabatan sokongan seperti perpustakaan, asrama pelajar, asrama jururawat dan asrama doktor asrama.  Kini, ianya mempunyai lagi pusat pengajian perubatan iaitu Pusat Pengajian Sains Pergigian dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan.  Kebiasaannya pada bulan Mei setiap tahun, bakal-bakal penuntut bidang perubatan akan dipanggil ke sini untuk ditemuramah. Kemudian, pada bulan September, mereka yang telah berjaya melepasi sesi temurama dan dipilih untuk belajar di HUSM akan datang mendaftarkan diri mereka di kampus ini.

Dengan adanya hospital kampus ini juga, banyak kemudahan-kemudahan dan kedai-kedai baru telah wujud di Kubang Kerian. Hospital kampus ini juga memberi perkhidmatan perubatan kepada penduduk setempat. Jika anda ke Kubang Kerian atau Kota Bharu, boleh lah datang ke sini untuk melihat bagaimana hospital kampus ini berjalan. Mana tau ada anak kawan-kawan atau anak saudara yang menuntut di sini, boleh lah ziarah mereka juga. 


Alamat: Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan

Taman Kelip-kelip

Taman Kelip-kelip ini terletak di Kampung Pulau, Kubang Kerian.  Sebelum ini, tak ramai yang tahu tentang kewujudan kelip-kelip ini.  Min Camp House yang menguruskan Taman Kelip-kelip ini akan membawa pengunjung menyusuri Sungai Lubok Durian dari jeti Min House Camp selama 30 hingga 45 minit untuk melihat kelip-kelip. Waktu sesuai untuk melihat kelip-kelip adalah pada jam 8 malam hingga 11 malam.  Walau bagaimanapun, pada waktu bulan terang dan waktu hujan, pengunjung tidak dapat melihat kelip-kelip kerana kelip-kelip tidak mengeluarkan cahaya pada waktu tersebut. Lokasi ini menjadi habitat kelip-kelip kerana adanya pokok berembang yang merupakan sumber tumbuhan serangga ini banyak tumbuh di tepi pulau.


Alamat: Min house camp, Lot 1287, Kampung pulau, 16150 Kota Bharu, Kelantan

Harga tiket: RM10


Itulah antara tempat menarik yang biasa dilawati pengunjung di Kubang Kerian. Biasanya akan ada ramai keluarga yang datang ke sini untuk menghantar anak-anak mereka berdaftar di HUSM, atau membawa anak-anak melancong ke sini. Kami telah pilihkan 2 homestay terbaik di Kubang Kerian untuk anda yang ingin berkunjung ke sini. Scroll ke bawah untuk homestay di Kubang Kerian.


Mahukan diskaun untuk harga tempahan penginapan lebih rendah? Gunakan kod promosi kami!

Jika anda mahu mencari tempat penginapan di kawasan-kawasan lain di Kota Bharu atau kawasan sekitar, klik pada imej di bawah.


 Artikel-artikel di bawah menyenaraikan hotel, homestay dan resort yang ada di Kelantan. Klik pada gambar untuk pergi terus ke laman artikel tersebut.


Senarai Hotel Kota Bharu

Kota Bharu merupakan ibu negeri Kelantan dan banyak menerima pengunjung dari negeri-negeri lain serta pelancong asing. Sebuah bandar yang mempunyai aktiviti perniagaan yang rancak, ramai pengunjung datang ke sini untuk membeli-belah, terutamanya bagi mendapatkan kain-kain songket dan batik yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Terdapat juga pasar borong 24 jam di Wakaf Che Yeh yang menjadi tumpuan utama pengujung. Jika anda bercadang untuk bercuti selama beberapa hari di Kota Bharu, klik pada gambar di atas untuk senarai hotel di Kota Bharu.


Homestay Apartment Kota Bharu

Pada musim cuti sekolah atau pada hujung minggu, memang akan ada yang turun ke Kota Bharu semata-mata untuk membeli-belah. Tak sabar rasanya nak membeli kain-kain songket dan batik yang cantik-cantik di Wakaf Che Yeh. Dan ada juga yang suka dengan suasana perniagaan di Pasar Siti Khadijah di mana majoriti peniaganya adalah wanita. Kuih-muih tradisional seperti kuih akok juga ada dijual di sana. Tak kurang juga dengan Bazar Tok Guru, terdapat banyak peniaga-peniaga kain, telekung dan kraf tangan berniaga di sini. Hmm, memang sakanlah anda bershopping nanti. Tapi, untuk tempat tinggal yang selesa seperti berada di rumah sendiri, anda boleh sewa homestay apartment yang ada di Kota Bharu. Klik di sini untuk homestay apartment serba moden di Kota Bharu.


Resort Di Kelantan

Kalau anda memang bercadang untuk bercuti-cuti Malaysia di Kelantan bersama keluarga, bolehlah anda menginap di resort. Bukan sahaja anda dapat merasakan pengalaman penginapan yang lebih mewah, tapi banyak kemudahan seperti kolam renang tersedia untuk anda sekeluarga. Lokasinya juga berdekatan dengan destinasi pelancongan utama seperti di tepi pantai. Antara pantai yang menjadi tumpuan pelancong di Kelantan adalah Pantai Tok Bali, Pantai Senok dan Pantai Irama Bachok. Klik pada gambar di atas untuk dapatkan senarai resort di Kelantan yang telah kami pilih untuk tempahan anda.

Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (2 VOTES)