10 Homestay Kota Tinggi Dengan Gambar dan Harga Featured Image

10 Homestay Kota Tinggi Dengan Gambar dan Harga

By [email protected] - Dec 13, 2018 (Last Updated Dec 17, 2018)

Pernahkah anda terfikir untuk bercuti di Kota Tinggi, Johor? Pasti jarang sekali anda mendengar bukan? Namun hakikatnya, Kota Tinggi terdapat tarikannya tersendiri disamping kaya dengan sejarah silam kerabat diraja. Jom kita kenali Kota Tinggi dan lihat senarai 10 homestay di Kota Tinggi.


Kota Tinggi terdapat banyak hasil tinggalan sejarah seperti makam diraja dan Muzium Kota Tinggi yang merangkumi salah silah warisan kerabat diraja Johor. Kota Tinggi terletak kira-kira 42 kilometer di timur laut Johor Bahru, menuju Mersing. Anda juga boleh menggunakan feri dari terminal Changi dari Singapura, di mana pelancong perlu melalui pemeriksaan imigresen di terminal feri Tanjung Belukar sebelum sampai ke Kota Tinggi.


Salah satu tarikan utama di Kota Tinggi adalah Air Terjun Kota Tinggi, di mana anda dapat menyaksikan keindahan semulajadi air terjun yang sangat menyegarkan bersama pemandangan yang mengasyikkan. 


Selain itu, jangan lupa untuk mengunjungi pekan nelayan Kuala Sedili atau Tanjung Sedili, yang terletak 37 kilometer di timur laut bandar Kota Tinggi. Ianya juga merupakan pelabuhan perikanan kedua terbesar di pantai timur Semenanjung Malaysia. Di sini anda boleh melihat sendiri para nelayan mendarat dan berlayar ke laut mencari sumber rezeki. 


Bandar Sungai Rengit pula terletak kira-kira 70 kilometer dari Kota Tinggi dan sangat popular di kalangan pecinta makanan laut. Anda boleh memesan ikan bakar, kerang, lala, pepahat, ketam masak cili, sotong goreng tepung yang pastinya segar dan enak. 


Antara lokasi dan tempat menarik yang perlu anda kunjungi di Kota Tinggi adalah Taman Buaya Teluk Sengat, Muzium Nelayan Tanjung balau, Lotus Beach Desaru & Spa, Tanjung Balau, Teluk Mahkota, Kampung Johor Lama, Muzium Kota Tinggi, dan lihat sendiri benteng yang dibina pada zaman Perang Dunia Kedua yang dibina ke dalam bukit menghala ke pantai. 


Tak sangka Kota Tinggi terdapat banyak tarikan tinggalan sejarah dan kawasan-kawasan yang boleh dilawat bukan? Khususnya untuk mereka yang berkeluarga perlu datang ke Kota Tinggi untuk sama-sama menghayati sejarah dan pada masa yang sama meningkatkan ilmu pengetahuan tambahan untuk anak-anak. Bak kata pepatah, sambil menyelam, sambil minum air. Sambil-sambil itu, jom lihat senarai 10 homestay di Kota Tinggi beserta gambar dan harga yang berpatutan di bawah ini.


Sambil menyelam, sambil minum air. Sambil bercuti, sambil berjimat.

Macam mana tu? Klik sini untuk maklumat lanjut.


Tidak puas dengan apa yang kami senaraikan di atas? Tidak mengapa, klik saja pada gambar di atas dan kami akan senaraikan terus penginapan lengkap di Johor. Di bawah ini pula kami senaraikan homestay-homestay di Johor dengan berbeza kriteria dan kehendak. Jom lihat satu persatu!


8 Homestay Yang Sesuai Untuk Keluarga Di Johor



Hari Keluarga merupakan saat-saat yang amat berharga. Tetapi banyak orang menghadapi masalah yang sama iaitu memang susah nak cari tempat yang sesuai untuk satu keluarga yang melebihi lebih daripada sepuluh orang. Kebanyakan hotel hanya dapat muat 4-8 orang dalam satu bilik, kalua nak tambah bilik ia merupakan kos yang tinggi. Salah satu cara penyelesaian ialah tinggal dalam homestay. Dalam artikel ini kita telah mengumpulkan 8 homestay-homestay yang sesuai sekiranya anda ingin mengadakan hari keluarga di Johor. Klik pada gambar di atas.


20 Homestay Murah Di Johor Bahru



Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak tempat yang boleh dilawati di Johor Bahru tetapi kita tahu dilema yang sering dihadapi oleh para pelancong iaitu kekurangan bajet. Usah risau kerana di sini kami dapat meringankan beban anda dengan mengesyorkan pelbagai homestay dengan harga murah di Johor Bahru. Klik gambar di atas untuk terus ke artikel berkenaan.



Lebih 10 Apartment Homestay Johor Bahru



Jika anda memilih untuk jenis penginapan apartment untuk percutian anda, di bawah ini kami sediakan senarai homestay apartment  Johor Bahru yang menjadi pilihan ramai. Dari bajet yang rendah sehingga apartment mewah, namun apa jua bajet anda, homestay tersenarai ini pastinya menjamin keselesaan buat anda. Klik gambar untuk melihat senarai apartment homestay Johor Bahru.


Budget Hotel In Johor Bahru Near To Singapore


Artikel yang ditulis dalam Bahasa Inggeris ini menyenaraikan bajet hotel di Johor Bahru JB yang berhampiran dengan Singapura. Jika anda bercadang untuk ke Singapura dan merasakan penginapan di Singapura sangat mahal, anda boleh mempertimbangkan senarai bajet hotel yang ada di JB ini. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.59 (22 VOTES)