Senarai Homestay Di Kota Bharu Ada Kolam Renang Featured Image

Senarai Homestay Di Kota Bharu Ada Kolam Renang

By Hani - May 06, 2019 (Last Updated Sep 15, 2020)

Kalau anda rasa Kota Bharu, Kelantan ni tak ada apa yang menarik, anda salah! Kota Bharu merupakan syurga makanan sedap dan kawasan tarikan pelancong yang kaya dengan budaya tempatan seperti Pasar Besar Siti Khadijah, Istana Jahar, Kampung Kraftangan dan Muzium DiRaja Istana Batu. Tidak lupa dengan Pantai Cahaya Bulan, Pantai Tok Bali dan Pantai Sabak. Macam mana, banyak kan tempat tarikan di Kota Bharu saja? Sambil-sambil tu bermalamlah di homestay Kota Bharu kami.


Okay, tapi kami tak habis lagi nak terangkan kenapa Kota Bharu ni seronok sangat. Kota Bharu merupakan syurga makanan yang enak. Antaranya seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Ulam, Laksam dan Ayam Percik. Sangat senang kalau anda nak mencari makanan di sini dari gerai-gerai tepi jalan hinggalah ke restoran. Jangan sangka di Kelantan ni penuh dengan masakan Muslim saja, di sini juga ada masakan tradisional cina tau iaitu mee. Anda boleh dapatkan masakan lazat mee ini di Jalan Padang Garong dan Jalan Pengkalan Chepa di Kota Bharu.


Tak best kalau anda travel seorang atau berdua kan. Ramai-ramai kan lagi meriah. Kalau anda risau pasal tempat penginapan anda, anda boleh menempah homestay di Kota Bharu siap ada kolam renang yang kami senaraikan di bawah ni siap-siap. Jom tengok satu per satu dan tempah sekarang untuk mendapatkan diskaun hebat!


Pelangi KB Homestay

Pelangi KB Homestay terletak di Kota Bharu, merupakan sebuah penginapan kondominium yang berhadapan dengan Sungai Jalan Pejabat Pos Lama Kota Bharu. Homestay ini lengkap dengan perabot sangat sesuai untuk 10 orang tetamu dengan 3 bilik dan 2 tandas. 1 lot parkir disediakan, selain dari kolam renang yang boleh digunakan di sini.

Homestay ini juga berhampiran dengan kawasan tarikan pelancong seperti Pasar Siti Khadijah, Masjid Muhammadi, Memorial Perang Bank Kerapu, Padang Merdeka dan banyak lagi.


Alamat: Pelangi Mall Condominium, Jalan Post Office Lama, 15000, Kota Bharu, Kelantan.

Jumlah Tetamu: 10

Harga:  Bermula dari RM200 / malam


Tempah Sekarang Dari RM200!  



Aisyy Homestay Pelangi Mall

Aisyy Homestay Pelangi Mall merupakan kondominium 3 bilik tidur berhawa dingin terletak di tingkat 12 di Riverview di pinggir Sungai Kelantan, bandar Kota Bharu. Homestay ini lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kemudahan memasak, 7 bantal tambahan, tilam dan toto.

Di homestay ini juga mempunyai kolam renang dan berhampiran dengan kedai makan yang sedap dan viral seperti Roti Tempayan Ali Baba, Restoran Hj Loh, Nasi Ulam Cikgu, dan Nasi Sup Tepi Sungai.


Alamat: A-12-6, 12th Floor, Block A, Kondominium Pelangi Mall, Jalan Post Office Lama, 15000, Kota Bharu, Kelantan.

Jumlah Tetamu: 12

Harga:  Bermula dari RM250 / malam


Tempah Sekarang Dari RM250!  


MYR 0.00 /night

Dapatkan diskaun hebat ketika anda menempah homestay di Kota Bharu dengan kami sekarang!


Pelangi Mall Homestay Kota Bharu

Homestay Pelangi Mall Kota Bharu ini sebuah kondominium selesa dengan 3 bilik berhawa dingin, 2 bilik air dengan mandian panas, dapur gas, microwave, rice cooker, mesin basuh, dan tilam dan bantal tambahan juga disediakan kerana homestay ini selesa untuk 6 orang tetamu.

Homestay ini berada di dalam bandar Kota Bharu dengan lot parkir yang banyak dan luas dan pelbagai restoran mengelilingi homestay ini.


Alamat: No A-15-15, T/15, Blok A, Kondominium Pelangi Mall, Jalan Post Office Lama, Kota Bharu, 15100, Kelantan.

Jumlah Tetamu: 6

Harga:  Bermula dari RM250 / malam


Tempah Sekarang Dari RM250!  



Studio Type Anjung Vista

Kalau anda datang berseorangan atau berdua, anda boleh bermalam di Studio Type Anjung Vista ni. Homestay ini merupakan rumah studio di Kota Bharu yang lengkap dengan perabot 1 bilik dengan katil Double dan 1 tandas. Homestay ini berhampiran dengan Pasaraya Billion, Kota Bharu Mall, Pusat Kraftangan dan Muzium Kraftangan dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.


Alamat: S-9-04, Anjung Vista, Jalan Raja Perempuan Zainab, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

Jumlah Tetamu: 2

Harga:  Bermula dari RM130 / malam


Tempah Sekarang Dari RM130!  



Teruja dengan percutian yang akan datang? Dapatkan senarai penuh homestay di Kelantan dengan menekan gambar di bawah. Selamat bercuti! 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.18 (76 VOTES)