Homestay Kampung Morten Featured Image

Homestay Kampung Morten

By [email protected] - Feb 13, 2019

Kalau kali ini kami ajak anda untuk ke Melaka, sudah pastinya anda akan menolak, dah biasa sangat ya berjalan di Melaka. Ada apa sangat di Melaka ni. Melaka ni setakat trip jalan-jalan cari makan je dah mencukupi dan kalau dah lengkap lakukan semua aktiviti ini di Melaka, kira dah settle dah. Tapi, yang sebenarnya kalau anda nak tahu, di tengah-tengah kota Melaka yang pesat membangun ni masih ada lagi sebuah perkampungan Melayu yang cantik terjaga tau iaitu Kampung Morten. Kalau anda nak percutian yang lain dari yang lain di Melaka, jom singgah ke Kampung Morten dan seterusnya bermalam di Homestay Kampung Morten


Kampung Morten ini dijadikan kawasan perkampungan Melayu pada tahun 1920-an selepas mendapat keizinan dari Pesuruhjaya Tanah JF Morten pada masa itu. Diberi nama gelaran "Muzium Hidup", Kampung Morten sangat kerap dilawat oleh pelancong asing kerana seni bina rumah kampung Melayu ini masih kekal dari seni binanya yang asal. Anda boleh menyewa basikal dan berbasikal mengelilingi sekitar Kampung Morten ini. Atau, kalau nak lagi best, Kampung Morten sangat cantik pada malam harinya kerana dihiasi dan diterangi dengan lampu berwarna-warni. Kalau anda nak dapatkan pemandangan Kampung Morten yang lebih indah, anda boleh menaiki river cruise sepanjang Sungai Melaka dan pastinya anda akan mengagumi keindahan Kampung Morten. 


Walaupun Kampung Morten ini hanyalah sebuah perkampungan Melayu lama semata, anda boleh melawat sebuah rumah di sini yang telah diubahsuai menjadi muzium kecil iaitu Villa Sentosa. Anda juga dapat berjumpa dengan waris Dato Haji Hashim, peneroka Kampung Morten yang masih hidup dan tinggal di sini. Dalam rumah ini juga anda akan dapat melihat sendiri koleksi barangan antik peribadi yang dijaga dengan baik oleh tuan rumah. Masuk adalah percuma namun sumbangan ikhlas amatlah dialu-alukan untuk tuan rumah sentiasa dapat menjaga rapi muzium kecil ini. 


Seronok tak Kampung Morten ni? Yelah, mana tak seronok dapat tinggal di kawasan kampung yang masih dijaga dengan baik. Jom kita lihat senarai homestay Kampung Morten dan beberapa homestay berhampiran dengan kawasan ini


MYR 70.00 /night

Jom dapatkan penjimatan hebat bila anda menempah Homestay Kampung Morten dengan kami sekarang!


Seronok tak melihat senarai homestay Kampung Morten kami di atas ni? Kalau anda rasa tak puas, anda boleh lihat senarai penginapan penuh di Melaka untuk percutian anda di Melaka. Jom tekan terus pada gambar di bawah ini.



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.63 (8 VOTES)