Hotel Dekat Jonker Street Featured Image

Hotel Dekat Jonker Street

By [email protected] - Oct 24, 2018 (Last Updated Nov 05, 2018)

Jonker Street merupakan simbol ikonik pelancongan di Melaka dan telah dinamakan sebagai 'UNESCO World Heritage Site' sejak tahun 2008. Dengan pengaruh seni bina dari abad ke-tujuh belas, Jonker Street memang terkenal dengan barangan antik, kraftangan dan juga makanan jalanan yang tentu menjadi destinasi hangat untuk 'jalan-jalan cari makan'.

Dibuka setiap malam jumaat, sabtu dan ahad, Jonker Street memang dapat memenuhi reputasinya sebagai antara tempat yang paling menarik untuk pelancongan di Melaka dan juga antara tempat yang mesti dilawati oleh pelancong dari luar negeri mahupun luar negara. Tapak bersejarah ini bukan sahaja mempunyai makanan yang lazat dan bangunan bersejarah yang dipelihara dengan baik tetapi juga mempunyai suasana yang meriah.

Dengan itu, memang susah hendak cari tempat penginapan berhampiran dengan Jonker Street pada harga yang berpatutan oleh kerana faktor permintaannya yang tinggi. Akan tetapi, di sini telah kami senaraikan beberapa hotel yang berdekatan dengan Jonker Street dan juga pada harga berpatutan.


Cheng Ho Hotel


Cheng Ho Hotel menggabungkan penampilan sebuah rumah seratus tahun, seni bina dalaman moden dan juga perabot kayu untuk memberikan pengalaman luar biasa kepada tetamu hotel ini. Hotel ini mempunyai tiga taman kecil memberikan tetamu suasana yang menyerupaikan alam sekitar yang indah. Terletak di belakang Jonker Street, hotel ini adalah antara hotel yang terdekat dari Jonker Street.


Alamat : 101, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Harga    : Dari RM162/malam

Untuk maklumat lanjut berkenaan bilik hotel ini, klik di bawah.


Tempah dari RM 162!





Hotel Da Som Inn terletak di tengah-tengah bandar Melaka dan berhampiran dengan pelbagai tempat pelancongan di Melaka seperti Melaka River Cruise, A Famosa, pusat membeli-belah dan Jonker Street. Kebaikan tinggal di hotel ini adalah sarapan pagi percuma, sesuatu yang jarang ditawarkan oleh hotel-hotel lain.


Alamat       : 28, Jalan Tokong, 75200 Melaka.

Harga         : Dari RM118/malam

Untuk maklumat lanjut berkenaan bilik hotel ini, klik di bawah.


Tempah dari RM 118!


Quayside Hotel Malacca


Quayside Hotel Melaka adalah hotel butik 3 bintang yang dibina di tebing Sungai Melaka menghadapi Selat Melaka. Jarak ke Jonker Street adalah hanya 10 minit perjalanan kaki. Hotel ini juga sangat terkenal dalam kalangan pelancong atas reka bentuk dalamanmya yang unik bertemakan warisan Melaka.

Pengubahsuaian hotel ini dirancang agar dapat memelihara sejarah Melaka dan pada masa yang sama menambahkan kemudahan moden supaya pelanggan dapat pengalaman manis sepanjang masa penginapan. Jika anda ingin menikmati keindahan sungai Melaka di tengah-tengah kota bersejarah ini, Quayside adalah jawapannya! 


Alamat    : No 1,Jalan Merdeka, Banda Hilir 75000 Melaka

Harga      : Dari RM175/malam

Untuk maklumat lanjut tentang hotel ini, Klik di bawah.


Tempah dari RM 175!



{{ promotion.Value }}% OFF! {{ promotion.CurrencyCode + " " + promotion.Value }} OFF!

MYR 98.00 /night

Dapatkan lebih penjimatan dengan menggunakan kod promo semasa menempah hotel atau homestay. Klik di sini untuk melihat promo terkini.


D'riverside Inn


Salah satu hotel butik yang mengekalkan ciri-ciri warisan Melaka, D'Riverside Inn terletak berhampiran dengan Jonker Street  (10 minit perjalanan kaki) dan menawarkan 9 bilik tidur. Selain berdekatan Jonker Street, hotel ini juga berdekatan dengan pelbagai tarikan pelancong seperti A Famosa, Bukit St Paul.

Belum lagi sebut tentang  pilihan makanan tempatan dan barat yang sangat mudah didapati di sekeliling hotel ini! Yang menarik sekali, pelanggan hotel juga dibenarkan untuk menaik ke atas balkoni untuk berehat dan menikmati pemandangan Sungai Melaka. Pengalaman yang tiada bandingnya bukan?


Alamat    : 7,Jalan Bunga Raya,75100 Melaka

Harga      : Dari RM120/malam

Untuk maklumat lanjut tentang hotel ini, Klik di bawah.


Tempah dari RM 120!


Hotel Orkid Melaka


Hospitaliti mesra dan penuh dedikasi merupakan kebanggaan Hotel Orkid Melaka.  Terletak di pusat bandaraya bermaksud hotel ini adalah berhampiran dengan banyak tempat menarik dan bersejarah terutamanya untuk pelancong seperti Melaka River Cruise, Little India dan Jonker Street. 

Jarak hotel ini dengan Jonker street adalah hanya 20 minit perjalanan kaki ataupun 10 minit jika menggunakan kereta.


Alamat    : 138, Jalan Bendahara, 75100 Melaka

Harga      : Dari RM120/malam

Untuk maklumat lanjut tentang hotel ini, Klik di bawah.







Sun Inns Hotel Laksamana adalah sebuah hotel budget yang terletak di bandar Melaka membolehkan tetamu melawat ke pelbagai tempat menarik di Melaka tanpa perjalanan yang lama seperti A Famosa, The Stadhuys, Christ Church, Sultanate Palace, Jonker Street dan banyak lagi.

Hotel ini juga dikelilingi oleh restoran dan kafe menghidangkan masakan antarabanga dan tempatan, kedai serbaneka, pusat membeli-belah dan juga pusat perhiburan. Tetamu juga dapat menikmati akses wifi percuma dan perkhidmatan resepsi hotel 24 jam.


Alamat      : 83-85, Jalan KL 3/8, Taman Kota Laksamana, Seksyen 3, 75200 Melaka

Harga         : Dari RM70/malam

Untuk maklumat lanjut berkenaan bilik hotel ini, klik di bawah.



Rate this post

5 (1 VOTES)