5 Homestay Terbaik di Kajang Featured Image

5 Homestay Terbaik di Kajang

By [email protected] - Jan 23, 2019 (Last Updated Mar 03, 2020)

Seperti Cheras, Kajang merupakan salah satu mukim di daerah Hulu Langat, Selangor. Kajang terletak di selatan selatan Cheras, dan berjarak sedikit jauh dari Kuala Lumpur berbanding Cheras. Kebanyakan kawasan di sini adalah kawasan perumahan penduduk, bangunan-bangunan pejabat dan kedai-kedai.


Mungkin anda pun sedang bercadang untuk ke Kajang untuk melawat sanak saudara atau menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarga dan rakan. Haa, nanti bila dah plan nak datang ke Kajang tu, jangan lupa roger-roger dengan mereka tau. Lagi best kalau anda dah tempah  siap-siap homestay untuk anda sekeluarga. Tak adalah anda kelam kabut baru nak tercari-cari tempat tinggal bila dah sampai di Kajang. Terkejut pengantin dan keluarga pengantin tu nanti.



Tapi, dekat Kajang tu ada banyak taman perumahan dan kondominium. Homestay-homestay pun banyak sampai anda akan tak tahu nak pilih yang mana satu. Sebab tu lah, kita kena tengok 5 homestay terbaik di Kajang yang kami dah pilihkan untuk anda. Sambil tu, anda boleh semak juga alamat homestay supaya dekat dengan rumah rakan atau sanak-saudara anda tu.


D'Maya Homestay

D'Maya Homestay Gallery Photos

D'Maya Homestay Gallery Photos

D'Maya Homestay terletak di Bandari Seri Putra, Kajang.  IHomestay kondominium ini menawarkan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi dan boleh memuatkan 5 orang penginap pada satu masa. Ianya sesuai untuk keluarga bersaiz sederhana. Kemudahan kondominium seperti kolam renang, sauna, gimnasium, taman permainan kanak-kanak dan taman rekreasi juga terbuka untuk penggunaan anda.


Lokasi homestay ini berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) melalui exit Putra Mahkota. Mudah untuk anda ke KLIA, UKM, USIM, KUIS dan Taman Tema Air Bangi jika anda juga bercadang untuk ke tempat-tempat tersebut. Restoran, masjid, Tesco dan klinik kesihatan juga ada di sekitar 0.5km daripada kondominium homestay ini.  


Alamat: Blok 4-8-7 Putra 1, Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor

Harga: dari RM170/malam


Tempah Sekarang


Rayyan Budget Studio

Rayyan Budget Studio Gallery Photos

Rayyan Budget Studio Gallery Photos

Rayyan Budget Studio di De Centrum Tower terletak berdekatan dengan Universiti Tenaga Nasional (Uniten). Homestay ini mempunyai satu bilik tidur dan 1 bilik mandi dan boleh menumpangkan 2 orang penginap sahaja. Ianya sesuai untuk keluarga kecil atau pasangan suami isteri. Homestay ini juga menyediakan kemudahan memasak dan penginap boleh menggunakan kolam renang yang ada di sini.


De Centrum Tower pula terletak berhampiran dengan Hospital Serdang, IOI City Mall, Universiti Putra Malaysia, Hospital Kajang, The Mines Shopping Mall dan AEON Cheras Selatan Shopping Centre.


Alamat: C-12-3- De Centrum Tower, Jalan US1, Off Jalan Ikram-Uniten, 43000 Kajang, Malaysia

Harga: dari RM150/malam


Tempah Sekarang


Selesa i-Resort Homestay

Selesa i-Resort Homestay Gallery Photos

Selesa i-Resort Homestay Gallery Photos

Selesa i-Resort Homestay terletak di Taman Damai Mewah di Kajang. Ianya berdekatan dengan taman-taman perumahan lain seerti Taman Asa Jaya, Taman Zamrud, Taman Cantik dan Taman Jasmin. Ianya sesuai untuk mereka yang ingin berkunjung ke rumah-rumah di taman-taman perumahan di sini. Homestay ini menyediakan 2 bilik tidur dan 2 bilik air untuk 6 orang penginap. Kolam renang juga boleh diakses oleh penginap homestay ini.


Stesen MRT Kajang, KTM Kajang dan Hentian Bas Kajang hanya sepuluh minit dari homestay ini. Homestay ini juga berdekatan dengan Hospital Kajang, Mydin, dan Giant.


Alamat: A-11-06, Jalan Damai Mewah 2, Taman Damai Mewah, 43000 Kajang, Selangor

Harga: dari RM170/malam


Tempah Sekarang


RIZQI Homestay

RIZQI Homestay Gallery Photos

RIZQI Homestay adalah satu lagi homestay di De Centrum Tower berdekatan dengan Universit Tenaga Nasional (Uniten). Terdapat 2 bilik tidur dan 2 bilik mandi untuk kegunaan 4 orang penginap di sini.  Penginap juga boleh menggunakan kolam renang yang ada di sini dan boleh juga meluangkan masa untuk membeli-belah di De Centrum Mall yang berhampiran.


Seperti homestay Rayyan Budget Studio yang terletak di De Centrum Tower, homestay ini berdekatan dengan Hospital Serdang, IOI City Mall, Universiti Putra Malaysia, Hospital Kajang, The Mines Shopping Mall dan AEON Cheras Selatan Shopping Centre.


Alamat:  C-17-9, De Centrum Tower, Jalan US1 Off Jalan Ikram-Uniten, 43300 Kajang, Selangor

Harga: dari RM240/malam


Tempah Sekarang


Fara Muslim Homestay @ Almyra Residensi Bangi (untuk Muslim sahaja)

Fara Muslim Homestay @ Almyra Residensi Bangi Gallery Photos

Fara Muslim Homestay @ Almyra Residensi Bangi Gallery Photos

Fara Muslim Homestay di  Almyra Residensi terletak di Bandar Puteri Bangi. Ianya menyediakan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi dan boleh memuatkan 6 orang penginap dalam satu masa.


Istimewanya homestay ini adalah pemandangan bandar dan bukit dari homestay ini. Penginap juga boleh menggunakan kemudahan kolam renang dan peralatan BBQ yang disediakan. Bolehlah anda sekeluarga meluangkan masa bersantai dan berbabeku bersama sepanjang penginapan anda di sini.


Homestay ini berdekatan dengan Bangi Wonderland, KUIS, IOI City Shopping Mall dan UKM.


Alamat: AR2-10-03, Almyra Residensi, Laman Puteri 3, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor

Harga: dari RM240/malam


Tempah Sekarang

Anda mahukan harga lebih rendah untuk homestay di Kajang? Dapatkan kod promosi di sini!

Anda mahu lihat pilihan tempat penginapan selain di Kajang? Klik pada gambar di bawah untuk homestay dan hotel di Kuala Lumpur.


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.67 (3 VOTES)