40 Senarai Homestay di Kuala Lumpur Featured Image

40 Senarai Homestay di Kuala Lumpur

By [email protected] - Jan 10, 2019 (Last Updated Dec 11, 2019)

Sedang mencari penginapan di Kuala Lumpur? Tidak kira sedang menaiki kereta, Monorel, LRT atau menunggang motosikal untuk sampai ke Kuala Lumpur, pasti anda akan terpesona dengan rekaan bentuk bangunan mengelilingi ibu kota ini. Gah dengan hiasan futuristik dan gabungan tradisional seperti bangunan pejabat, rumah kondominium mewah, restoran dan kafe, pusat membeli-belah dan banyak lagi, anda pasti tertawan dengan Kuala Lumpur. Jom lihat aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Kuala Lumpur dan lihat 40 senarai homestay di Kuala Lumpur.


Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan ketika melawat Kuala Lumpur, seperti melawat Menara Berkembar KLCC atau Menara Kuala Lumpur yang merupakan hasil gabungan idea bercirikan reka bentuk dari Tamadun Islam dan desain futuristik. Seterusnya, anda juga boleh melawat rumah ibadah kerana Malaysia kaya dengan penduduknya yang berbilang kaum dan agama. Antara rumah ibadah yang perlu dilawati adalah seperti Masjid Negara dan Kuil Sri Mahamariamman yang telah dibina sejak abad ke-19. Namun, perlu diingatkan untuk menghormati dan mematuhi larangan dan menjaga tatatertib ketika masuk ke rumah-rumah ibadah.


Seterusnya, jika anda ingin mempelajari sejarah negara dan ibu negara Malaysia ini, anda boleh melawat di Muzium Negara, atau jika anda tertanya-tanya mengenai sejarah pengangkutan negara, datanglah ke Stesen Kereta Api Utama. Jika anda ingin membeli-belah seperti barangan cenderahati untuk dibawa balik ke rumah, singgahlah ke Pasar Seni. Di sini, anda akan menyajikan dengan hasil kraf tempatan, dan jika anda mempunyai kelapangan masa, singgah sebentar ke galeri seni Pasar Seni untuk menghayati kebudayaan dan hasil seni anak tempatan.


Sudah tentu anda akan kepenatan setelah seharian berjalan mengagumi kota Kuala Lumpur ini. Anda juga inginkan tempat untuk berehat dan membersihkan diri, maklumlah iklim di Malaysia jika tak panas, pasti hujan lebat! Jom lihat 40 senarai homestay di Kuala Lumpur di bawah ini dan tempah segera untuk menikmati diskaun hebat!



MYR 185.00 /night

💰 Inginkan diskaun hebat? Klik sini untuk mendapatkannya! ðŸ’°


Tak puas dengan 40 senarai homestay di Kuala Lumpur kami di atas? Tak mengapa. Klik saja pada gambar di atas ini untuk mengakses senarai penuh penginapan di Kuala Lumpur khas untuk anda!


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)