5 Homestay Terbaik di Cheras Featured Image

5 Homestay Terbaik di Cheras

By [email protected] - Jan 22, 2019 (Last Updated Sep 30, 2019)

Cheras merupakan salah satu mukim di  daerah Ulu Langat di negeri Selangor dan berdekatan dengan Kuala Lumpur. Ianya sinonim dengan IKEA dimana ramai yang akan datang untuk mencari idea dekorasi dalaman rumah dan perabot di sini.


Tak lupa juga meatball IKEA yang sedap tu, yummy! Rugilah kalau datang IKEA Cheras tapi tak makan sajian popular tu. Kawasan-kawasan lain yang berdekatan dengan Cheras ialah Kajang, Bangi dan Ampang.


Bagi anda-anda yang memang tinggal di kawasan KL, mesti dah ada tempat-tempat makan favourite di kawasan Cheras kan? Tapi bagaimana pula dengan rakan-rakan foodie yang datang dari negeri lain? Bagi yang mencari tempat untuk makan sarapan, tengahari dan malam, boleh lah cuba restoran-restoran berikut.


Purple Rain Aroy di Taman Connaught Cheras untuk sajian Thai yang asli, Pastamania di Sunway Velocity Mall, Cheras untuk penggemar pasta dan pizza Itali,. Restoran-restoran lain pula adalah Nasi Kak Wok Antarabangsa di Bandar Tun Razak, Ikan Bakar Pak Din di Taman Seri Cheras, dan Kantin & Co di Taman Mahkota Cheras. Haa, nanti bila dah mencuba restoran-restoran ni , boleh lah anda  update di Instagram dan Facebook, ya.


Selain daripada tempat makan yang sedap-sedap belaka, Cheras juga mempunyai pusat membeli-belah yang pelbagai. Antara mall yang ada di Cheras ialah Sunway Velocity Mall, MyTown Shopping Centre, EkoCheras Mall dan Cheras Sentral Mall. Pusat membeli-belah lain yang berdekatan dengan Cheras pula adalah The Mines , Ikon Connaught, Melawati Mall, Pavilion KL  dan Bukit Bintang. 


Dan sekarang, mari kita lihat 5 homestay terbaik di Cheras yang anda boleh tempah untuk penginapan anda semasa di Cheras nanti.


Suarasa Sunrise Cozy Home @ BTHO Cheras

Suarasa Sunrise Cozy Home @ BTHO Cheras Gallery Photos


Suarasa Sunrise Cozy Home @ BTHO Cheras di Bandar Tun Hussein Onn merupakan 1 unit kondominium. Ianya berada dalam kawasan yang berpagar dan mempunyai pegawai keselamatan dengan pengawasan 24 jam. Homestay ini menawarkan 3 bilik tidur dan 2 bilik air, sesuai untuk keluarga bersaiz sederhana besar yang datang untuk bercuti, menghadiri majlis perkahwinan atau konvokesyen di universiti-universiti d sini.


Homestay in ijuga berdekatan dengan Restoran Papa Rich, Aliff Bistro, Yusuf Bistro, Klinik Kesihatan, Aeon Bid Cheras, Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Surau As-Siddiq dan stesen MRT Bandar Tun Hussein Onn.


Alamat: Tasik Vista Residence, Persiaran Suarasa, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

Harga: dari RM300/malam


Tempah Sekarang


Cheras Yulex Homestay

Cheras Yulex Homestay Gallery Photos

Cheras Yulex Homestay ini terletak di pertengahan bandar Cheras  di Taman Sri Bahtera.  Ianya mempunyai 4 bilik dan 3 bilik mandi dan boleh memuatkan 10 orang penginap dalam satu masa. Homestay ini sesuai untuk keluarga besar. 


Restoran yang berdekatan dengan homestay ini ialah Restoran Ali Shah. Peralatan memasak dan peti sejuk turut disediakan bagi penginap yang ingin memasak sendiri.


Alamat: No 4, Jalan Jalak, Taman Sri Bahtera, 56100 Cheras, Kuala Lumpur.

Harga: dari RM390/malam


Tempah Sekarang



2BR Medina Dollar Homestay Cheras MRT Link merupakan homestay rumah teres satu tingkat, dan mempunyai lokasi strategik di Cheras. Ianya berdekatan dengan Stesen MRT Suntex, yang berhubung terus ke KL Sentral, Bukit Bintang, 1 U Shopping Centre dan IKEA Cheras. 

Homestay ini  mempunyai bilik yang berhawa dingin, menyediakan kemudah mesin basuh, sudut bacaan dan ruangan kerja yang disertakan dengan wifi. Memuatkan sehingga 8 orang tetamu, 2BR Medina Dollar Homestay Cheras MRT Link perlu dijadikan salah satu pilihan ketika anda menginap di Cheras. 

Alamat: 42 Kg Melaka, Batu 9, Cheras 43200, Selangor

Harga: dari RM150/malam


Tempah Sekarang


V Garden Guesthouse

V Garden Guesthouse Gallery Photos

V Garden Guesthouse merupakan satu lagi homestay kondominium. Ianya mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi dan boleh memuatkan seramai 8 orang penginap pada satu masa.


Ianya berdekatan dengan restoran-restoran seperti Nasi Lemak Station Resepi Bonda, Donut Panas Pudu Ulu, Frends Ayam Goreng dan Bubur Ayam, Brother TomYam Seafood dan Nasi Pak Alan.


Alamat: D' Alamanda Condo, 16-3, Block C, Jalan Pudu Impian, Cheras, 56100, Kuala Lumpur.

Harga: dari RM200/malam


Tempah Sekarang


Cheras 3Bedrooms Condo


Cheras 3 Bedrooms Condo di Bayu Tasik Condominium, Bandar Sri Permaisuri, Cheras menawarkan 3 bilik tidur dan 2 biilk mandi. Ianya sesuai untuk keluarga kecil seramai 7 orang untuk menginap di sini.


Penginap juga boleh menggunakan kolam renang di kondominium ini. Homestay ini berdekatan dengan stesen LRT dan hanya 4.6 km jauh dari KLCC.


Alamat: Blok B, Bayu Tasik Condominium, Jalan Sri Permaisuri 5, Bandar Sri Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur

Harga: dari RM230/malam


Tempah Sekarang


Gunakan kod promosi kami untuk harga tempat penginapan yang berpatutan!

Kami ada banyak lagi pilihan hotel dan homestay di kawasan Kuala Lumpur berdekatan Cheras. Klik di gambar di bawah untuk lihat senarai penginapan terbaik di Kuala Lumpur.



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.17 (12 VOTES)