Homestay di Gua Musang Featured Image

Homestay di Gua Musang

By [email protected] - Feb 13, 2019 (Last Updated May 07, 2019)

Gua Musang merupakan sebuah daerah di selatan negeri Kelantan. Ia juga daerah terbesar di Kelantan. Lokasinya bersempadan dengan 3 negeri lain, Pahang di sebelah selatannya, Perak di sebelah baratnya dan 2 daerah Kelantan yang lain iaitu Kuala Krai dan Jeli di sebelah utara. Berbeza daripada negeri-negeri Kelantan yang lain yang berada di pesisir pantai dan sedikit kawasan pedalaman, Gua Musang lebih terkedalam, ke kawasan berbukit batu kapur. Macam gambar header tajuk blog ni, itulah trademark bukit batu kapur di Gua Musang. Ataupun bila sebut nama Gua Musang, anda terus teringat kartun musang macam dekat bawah ni?



Gua Musang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Dengan berkunjung ke tempat-tempat menarik di sana, anda boleh belajar serba sedikit sejarah daerah ni. Apa yang menarik di Gua Musang ini? Jika anda berkesempatan untuk membuat lawatan, ada beberapa desitinasi yang wajib anda kunjungi di sini termasuklah Taman Negara Kelantan, Taman Etnobotani, Stesen Keretapi Lama dan Gua Zi Xia. 

Jika anda bercadang untuk mencari penginapan di sekitar Gua Musang, di bawah ini kami senaraikan beberapa homestay di Gua Musang untuk anda membuat pilihan penginapan yang sesuai. 



Anis Homestay Gua Musang

Anis Homestay Gua Musang merupakan homestay rumah teres setingkat lengkap dengan 3 bilik tidur dan mampu memuatkan sehingga 8 orang tetamu. Terletak di Taman Kesedar Putra, homestay ini lengkap dengan kemudahan asas seperti peralatan memasak, peti sejuk, 2 bilik berhawa dingin dan lain-lain. Lokasinya yang berhadapan dengan KPTM Gua Musang membuatkan ianya sangat strategik dan menjadi pilihan utama bagi yang mencari penginapan di Gua Musang. 


Alamat: Jalan Raudhah 4A, Taman Kesedar Putra 2, 18300 Gua Musang, Kelantan

Laman Web: Anis Homestay Gua Musang


Homestay Kaniza Gua Musang

Homestay Kaniza ini terletak di Taman Titiwangsa, Bandar Baru Gua Musang. Lokasinya yang berhampiran dengna Hospital Gua Musang, Pasar, Pusat Bandar menjadikan homestay ini salah satu pilihan utama pengunjung. Dilengkapi dengan 3 bilik tidur serta 2 bilik air, penghawa dingin, peralatan dapur dan lain-lain. 

Alamat: Taman Titiwangsa, Bandar Baru, 18300 Gua Musang, Kelantan

Laman Web: Homestay Kaniza Gua Musang


Family's Homestay Gua Musang

Family's Homestay Gua Musang menyediakan perkhidmatan homestay yang lengkap dengan kemudahan perabot, peralatan dapur, bilik berpenghawa dingin dan ruang makan. Hanya 10 minit sahaja jarak perjalanan untuk ke tempat utama seperti pusat bandar, masjid besar Gua Musang, Taman Etnobotani dan banyak lagi tempat terdekat yang lain. 

Alamat: Jalan Kesedar Jaya 2/2, Taman Kesedar Jaya, 18300 Gua Musang, Kelantan 

Laman Web: Family's Homestay Gua Musang


Mencari-cari diskaun untuk tempahan penginapan anda? Gunakan kod promosi kami!


AnNajah Homestay

Apa yang AnNajah Homestay sediakan bagi menjamin keselesaan para pengunjung? Pastinya ruangan bilik yang luas dan selesa, ruang parking kereta berpagar, kawasan rumah dilengkapi dengan kawalan keselamatan, halaman yang luas dan nyaman serta bilik air yang bersih. 

Alamat:
Jalan Akasia Utama, Bandar Utama, 18300 Gua Musang, Kelantan

Laman Web: AnNajah Homestay


Zulzahra Homestay

Zulzahra Homestay juga merupakan homestay yang terletak di Bandar Utama, Gua Musang. Jarak perjalanan ke bandar Gua Musang hanyalah 2 km sahaja. Dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air, serta peralatan yang lain seperti seterika, set meja makan, Televisyen, peti sejuk dan lain-lain. 

Pengusaha homestay menyediakan 3 buah unit homestay yang terletak bersebelahan antara satu sama lain. Jadi, jika anda datang ke sini dengan keluarga besar, bolehlah menempah ketiga-tiga homestay tersebut. 

Alamat: Bandar Utama, 18300 Gua Musang, Kelantan

Laman Web: Zulzahra Homestay



Anda mungkin memerlukan lebih banyak lagi pilihan dan ingin melihat senarai penuh penginapan terbaik di Kelantan? Hanya perlu klik sahaja pada gambar di bawah dan senarai penuh akan dipaparkan untuk anda!

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.5 (4 VOTES)