Homestay Pengkalan Chepa Featured Image

Homestay Pengkalan Chepa

By [email protected] - Feb 13, 2019 (Last Updated May 06, 2019)

Jika anda sudah biasa dengan negeri Kelantan, pastinya Pengkalan Chepa merupakan tempat yang paling sinonim dengan anda. Kerana, di sini terletaknya Lapangan Terbang negeri Kelantan yang diberi nama sebagai Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, bersempena nama sultan ke-13 negeri Kelantan. 

Tidak kira jika anda ke sini untuk menghantar anak ke sekolah asrama atau MRSM, atau mungkin juga anda ke sini atas urusan perniagaan atau percutian bersama keluarga? Jangan lupa untuk rasai nikmat dan kesedapan makanan tempatan negeri Kelantan yang sangat disyorkan oleh penduduk

Jika anda juga sedang mencari penginapan yang terdekat dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ini, kami sarankan untuk anda mencari penginapan di kawasan Pengkalan Chepa atau daerah Kota Bharu yang berdekatan dengan lapangan terbang ini. Ianya dapat membantu memudahkan perjalanan anda sementara menunggu penerbangan serterusnya. Di bawah ini, kami senaraikan homestay yang terletak di Pengkalan Chepa dan berdekatan Kota Bharu untuk anda membuat pilihan. 


Desa Golf Homestay



Desa Golf Homestay terletak hanya 2km sahaja dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Dekat saje bukan? Homestay ini dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap seperti televisyen, Wifi percuma serta bilik berpenghawa dingin. 

Mempunya 4 bilik tidur dan mampu menampung sehingga 10 orang tetamu, homestay rumah teres 2 tingkat ini juga dilengkapi dengan kemudahan memasak, microwave, serta mesin basuh. Homestay yang serba lengkap ini sangat sesuai dijadikan penginapan untuk anda yang mencari homestay berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. 


Alamat: PT 2182, Jalan Kurnia Jaya 2, Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan

Jumlah Tetamu: 10 orang

Harga: Bermula dari RM 349/ malam


Tempah Sekarang Dari RM349!  



Homestay Kb Wakaf Kayu




Homestay Kb Wakaf Kayu ini merupakan homestay banglo 2 tingkat dan berkonsepkan dekorasi kayu pine. Sesuai untuk anda yang ke Kelantan untuk bercuti bersama keluarga kerana homestay ini terletak berdekatan dengan Pantai Cahaya Bulan. Bukan itu sahaja, jaraknya dengan lapangan terbang hanya mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja. 

Lengkap dengan parking kereta yang luas, wakaf/ gazebo, serta set BBQ, sesuai buat anda yang mengidamkan percutia hari keluarga di Kelantan. Homestay ini mampu memuatkan sehingga 15 orang tetamu oleh kerana ruangnya yang luas dan selesa. 


Alamat: PT 1080 ,Kg Pulau Pasir, Jalan Pantai Cahaya Bulan ( PCB ), 15350 Kota Bharu , Kelantan

Jumlah Tetamu: 15 orang

Harga: Bermula dari RM 220/ malam


Tempah Sekarang Dari RM220!  



Nur I Homestay Semi D

Nur I Homestay Semi D Kota Bharu terletak di Taman Uda Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Homestay yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 3 bilik air, mampu memuatkan sehingga 15 orang tetamu dengan selesa. Menyediakan parking kereta yang luas, tuala mandi, kemudahan menggosok baju serta lain-lain kemudahan asas.


Alamat: PT 980, Jalan Kubang Tuman, Taman Uda Murni, 15400 Kota Bharu Kelantan.

Jumlah Tetamu: 15 orang

Harga: Bermula dari RM 220/ malam


Tempah Sekarang Dari RM220!  



Mahukan harga tempahan penginapan lebih murah? Gunakan kod promosi kami! 


MJ Homestay

MJ Homestay merupakan homestay yang terletak di Kampung Bayam, Kota Bharu. Homestay ini terletak bersebelahan Masjid Paya Rambai dan mempunyai kawasan parking yang luas dan selesa serta berada di dalam kawasan kejiranan yang selamat. 

Lengkap dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik air, menyediakan kemudahan seperti penghawa dingin, astro njoi, wifi dan banyak lagi. Hanya mengambil masa lebih kurang 17 minit untuk ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. 


Alamat: PT 980, Jalan Kubang Tuman, Taman Uda Murni, 15400 Kota Bharu Kelantan.

Jumlah Tetamu: 15 orang

Harga: Bermula dari RM 250/ malam


Tempah Sekarang Dari RM250!  



AbgZul Homestay


AbgZul Homestay terletak di Kampung Belukar, Kota Bharu dan hanya 4km sahaja untuk ke Kubang Kerian. Untuk ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, hanya mengambila masa kira-kira 18 minit sahaja, kerana jarak jauh dengan homestay ini adalam 9km. 

Homestay yang lengkap dengan 3 bilik tidur, sesuai untuk keluarga kecil dan boleh memuatkan sehinggan 7 orang tetamu. Ruang parking juga agak luas, serta kemudahan asas disediakan lengkap dengan kemudahan memasak, penghawa dingin, peti sejuk dan banyak lagi. 


Alamat: Lot 1328, Lorong Hj. Abd. Latiff, Kg. Belukar, Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Jumlah Tetamu: 7 orang

Harga: Bermula dari RM 90/ malam


Tempah Sekarang Dari RM90!  



Anda mungkin memerlukan lebih banyak lagi pilihan yang menarik dan berbaloi untuk percutian anda kali ini. Klik sahaja gambar di bawah, terdapat banyak senarai homestay di Kelantan yang boleh anda lihat dan pilih! 


Search for accommodations

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)