Homestay Durian Tunggal Featured Image

Homestay Durian Tunggal

By [email protected] - Mar 29, 2019 (Last Updated Sep 10, 2019)

Ada apa dengan Durian Tunggal? Adakah Durian Tunggal mempunyai satu biji durian atau satu pokok durian sahaja? Seperti yang kita tahu, tunggal maksudnya satu dan durian ada sejenis nama buah. Raja buah, buah yang paling digemari di Malaysia tetapi ada juga yang tidak suka. Mungkin kerana baunya yang terlalu kuat untuk segelintir, tetapi bagi penggemarnya, baunya cukup harum sekali.


Kawasan Durian Tunggal, yang jaraknya hanya 11 minit dari Ayer Keroh jadi banyak kawasan tarikan yang berdekatan dengan Durian Tunggal seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, Hutan Rekreasi, Melaka Wonderland dan banyak lagi. Disertakan disini senarai homestay di Durian Tunggal yang anda patut cuba.


Homestay English Cottage

Homestay English Cottage Gallery Photos

Sebuah rumah yang indah dikelilingi oleh alam semula jadi bak berada di dalam dusun di kampung, itulah Homestay English Cottage. Homestay ini terletak berhampiran dengan jalan utama jadi penghuni di rumah ini tidak perlu risau untuk pergi ke Bandar Hilir, Melaka. Di samping itu, kawasan tempat letak kereta yang disediakan adalah sangat besar serta berpagar. Dari segi pengaturan bilik tidur, bilik pertama mempunyai 1 katil queen manakala bilik tidur 2 mempunyai 1 katil queen dengan 1 katil single.

Alamat: Batu 8, Jalan Sidang Mahmod, Kampung Gangsa, Durian Tunggal, Melaka

Bilangan Tetamu: 7

Harga:  Bermula MYR200 / malam


Tempah Sekarang!  


Happy Tornado Malacca Homestay

Happy Tornado Malacca Homestay Gallery Photos

Terletak dalam jarak 6 km dari Melaka Sentral, Happy Tornado Melaka Homestay menyediakan tempat penginapan termasuk dengan ruang tamu. Semua unit mempunyai penyaman udara dan TV. Di kawasan dapur, sebuah peti sejuk dan cerek juga disediakan. Untuk kemudahan di rumah ini, terdapat 4 buah bilik tidur iaitu 3 bilik tidur didatangkan dengan sebuah katil Queen dan 1 bilik tidur dengan katil single.


Alamat: DT 1608 , Jalan Angkasa Nuri 4 , Taman Angkasa Nuri, 76100 Durian Tunggal, Melaka

Bilangan Tetamu: 12

Harga:  Bermula MYR300 / malam


Tempah Sekarang!  


MFA Idaman Homestay

MFA Idaman Homestay Gallery Photos

MFA Idaman Homestay adalah sebuah rumah Semi-D yang mempunyai parking yang sangat luas dan halaman untuk beriadah. Menariknya, set pekakas untuk aktiviti BBQ  juga disediakan atas permintaan. Selain itu, suasana kejiranan di sini sangat harmoni. Oleh itu, ia amat sesuai untuk didiami seisi keluarga. Lokasi homestay ini berhampiran dengan tempat menarik seperti Taman Buaya, Taman Rama-Rama, Taman Mini Malaysia, Zoo Melaka dan Serama Park.

Alamat: 23, Jalan DI 4, Taman Desa Idaman, 76100 Durian Tunggal, Melaka

Bilangan Tetamu: 20

Harga:  Bermula MYR250 / malam


Tempah Sekarang!  



Dapatkan penjimatan hebat ketika menempah dengan kami sekarang.


Homestay Desa Idaman Semi D 2 Tingkat

Homestay Desa Idaman Semi D 2 Tingkat Gallery Photos

Homestay ini sesuai untuk rombongan sekolah, perkahwinan, bertunang dan sebagainya. Lokasi yang sangat strategik, terdapat banyak tempat yang menarik berdekatan dengan homestay. Antaranya ialah Zoo Melaka, Taman 1000 Bunga, Melaka Wonderland, Ikan Bakar Umbai, Ikan Bakar Muara Sungai Duyong dan banyak lagi.. Disertakan juga kemudahan asas dapur untuk penginap memasak, set TV dilengkapi dengan pakej Astro, dan banyak lagi.

Alamat: No 24, Jalan DI 11, Taman Desa Idaman, 76109 Durian Tunggal, Melaka

Bilangan Tetamu: 8

Harga:  Bermula MYR280 / malam


Tempah Sekarang!  


Idaman Homestay

idaman homestay Gallery Photos

Homestay Idaman nama diberi. Terdapat 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Menariknya,  di homestay ini lengkap dengan set dapur untuk memudahkan tetamu memasak. Manakala untuk kemudahan meletakkan kenderaan boleh memuatkan sebanyak dua biji kereta. Kawasan perumahan ini juga melupakan lokasi yang berada di daerah Melaka Tengah dimana ia menghubungkan kawasan Bandar Melaka dan juga Alor Gajah.

Alamat: No 75, Jalan Di 17, Taman Desa Idaman, 76100 Durian Tunggal, Melaka

Bilangan Tetamu: 12

Harga:  Bermula MYR150 / malam


Tempah Sekarang!  




Teringin melawat Melaka Bandar Bersejarah tetapi tidak tahu nak tinggal di kawasan mana? Tekan gambar di atas untuk cari homestay di Melaka.

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)