Homestay Dekat Melaka Wonderland Featured Image

Homestay Dekat Melaka Wonderland

Oct 23, 2018

Melaka Wonderland merupakan taman tema air di Melaka selain Bayou Lagoon. Terletak di Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka Wonderland adalah tempat berkunjung terbaik di Melaka jika anda tak tahan dengan cuaca panas dan terasa nak mandi-mandi dan main-main air.

Dikelilingi lebih kurang 360 hektar hutan rekreasi, Melaka Wonderland mempunyai sebanyak 16 tarikan seperti Lazy cum Crazy River, 1 Big Wave Pool dan Adventure Island.

Untuk membuatkan adrenaline anda melonjak, pastikan anda cuba water slides mereka; Tornado Chaser yang membuat anda berpusing ke dalam satu "mangkuk" raksasa dan Kamikaze Racer di mana anda boleh slide "head first" dan berlumba dengan rakan anda sebelah-menyebelah menuruni 6 lorong. Teruja tak? 


sumber GIPHY


Ingin merancang percutian ke Melaka Wonderland? Tidak perlu risau tentang penginapan kerana di sini kami senaraikan 5 homestay terbaik di sekitar Melaka Wonderland dengan harga berpatutan yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda.


Dennis.8 Homestay Melaka

Cuma 10 minit dari Melaka Wonderland, Dennis8 Homestay terletak di Taman Ayer Keroh Permai. Rumah dua tingkat berukuran 2,300 kaki persegi ini mempunyai 4 bilik tidur yang semuanya datang dengan pendingin hawa dan water heater shower. 

Membawa konsep minimalis, homestay ini mempunyai ruang tamu dan ruang makan yang luas diserikan dengan WiFi berkelajuan tinggi dan TV berserta saluran Astro. Homestay ini sangat ideal untuk keluarga atau kumpulan rakan yang ingin datang melawat Melaka kerana ia boleh memuatkan 8 - 12 bilangan tetamu. 


Alamat                      :  Taman Ayer Keroh Permai, 75450 Melaka.

Harga                        :  Dari RM350/malam

Bilangan Tetamu   : 10-12


 Tempah harga dari RM350! 



Step-In [email protected] Pelangi

12 minit dari Melaka Wonderland dengan kereta ialah Step-In Homestay @ Taman Pelangi terletak di Pangsapuri Pelangi, Taman Pelangi, Ayer Keroh. Apartment yang boleh memuatkan hingga 8 tetamu ini berada di tingkat bawah Pangsapuri Pelangi, lengkap dengan pengawal keselamatan, CCTV dan palang yang memerlukan kad akses. Jadi anda tidak perlu ragu-ragu tentang aspek keselamatan untuk menginap di sini.

Mereka juga menyediakan kemudahan mesin basuh dengan konsep bercuti tanpa perlu bawa banyak pakaian. Bagus juga, bila dah habis mandi-manda, boleh la kumpul dan basuh pakaian di homestay ini. Selain itu, homestay ini juga menawarkan WiFi, Astro Njoi, dan bilik air dengan water heater. 


Alamat                      :  Pangsapuri Pelangi, Taman Pelangi, Ayer Keroh, Melaka.

Harga                        :  Dari RM178/malam

Bilangan Tetamu   : 8 


 Tempah harga dari RM178! 


Suasana Oasis Ayer Keroh Melaka

Kalau anda menetap di sini, nescaya memang akan rasa romantik habis! Suasana Oasis, yang menitipkan elemen romantik dan syahdu di dalam warna-warna dinding dan perabotnya terletak di Pangsapuri Taman Tasik Utama, Ayer Keroh dan hanya 7 minit ke Melaka Wonderland dengan kereta. 

Menawarkan 3 bilik dengan katil bersaiz Queen, homestay ini juga didatangkan dengan WiFi percuma, Astro Njoi dan dua bilik air yang mempunyai water heater.


Alamat                      :  Pangsapuri Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka

Harga                        :  Dari RM180/malam

Bilangan Tetamu   : 10


Tempah harga dari RM180! 



Sebelum jalan-jalan, cari dulu diskaun terbaik untuk lebih penjimatan. Dapatkan diskaun terkini untuk hotel dan homestay di sini


Villa Rafanda

Villa Rafanda terletak di Taman Ayer Keroh Height, 9 minit ke Melaka Wonderland dengan kereta. Homestay ini mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air sesuai untuk 10 orang tetamu. 

Homestay ini juga menyediakan kemudahan mesin basuh. Jadi senanglah anda nak basuh baju setelah seharian berbasahan di Melaka Wonderland kan. 


Alamat                      :   Taman Ayer Keroh Height, Melaka

Harga                        :  Dari RM230/malam

Bilangan Tetamu   : 10


 Tempah harga dari RM230! 



Gazebo Homestay Melaka


Juga terletak di Taman Ayer Keroh Heights ialah Gazebo Homestay. Rumah dua tingkat yang khusus untuk Muslim ini mempunyai 4 bilik (semua didatangkan dengan pendingin hawa) dan 3 bilik  air dan boleh memuatkan sehingga 10 bilangan tetamu. 

Homestay ini juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti peralatan memasak, membasuh baju, beristirehat, peralatan BBQ, parking yang luas untuk dua kerete, Astro Njoi dan juga pondok rehat Gazebo.


Alamat                      :  Tmn Ayer Keroh Heights 1, Ayer Keroh Melaka.

Harga                        :  Dari RM250/malam

Bilangan Tetamu   : 10


 Tempah harga dari RM250! 

Search for accommodations

Rate this post

0 (0 VOTE)