10 Homestay Terbaik Berdekatan Sabah Women and Children Hospital Kota Kinabalu Featured Image

10 Homestay Terbaik Berdekatan Sabah Women and Children Hospital Kota Kinabalu

By Hani - Apr 19, 2019 (Last Updated Nov 28, 2019)

Sabah Women and Children Hospital Kota Kinabalu terletak di Jalan Kingfisher, Likas dan berada di dalam Hospital Likas, Sabah. Ianya merupakan sebuah hospital kecil (kerana ianya bernaung di bawah hospital besar The Queen Elizabeth di Kota Kinabalu). Hospital ini juga mengambil pelajar-pelajar praktikal perubatan di Universiti Malaysia Sabah, namun, anda tidak perlu risau kerana staf-staf dan pelajar-pelajar di sini sedia membantu anda dan fasih berbahasa Inggeris jika anda tidak begitu fasih atau lancar dengan bahasa penduduk tempatan.  


Jika anda mempunyai temu janji doktor atau perlu melawat sahabat atau saudara mara yang terlantar di Sabah Women and Children Hospital Kota Kinabalu, anda jangan risau dan khuatir mencari homestay untuk bermalam kerana kami dah siap sedia menyenaraikan 10 homestay terbaik berdekatan Sabah Women and Children Hospital Kota Kinabalu di bawah ini.  Jom lihat dan tempah, mana tahu anda siap dapat diskaun hebat lagi ketika menempah dengan kami!


Rainbow Convenant @ 40

Rainbow Convenant @ 40 menawarkan sewaan bilik di dalam rumah teres dua tingkat yang selesa seperti berada di rumah sendiri. Homestay ini dilengkapi dengan ruang parkir yang boleh memuatkan 3 kereta di dalam rumah, penghawa dingin di setiap 4 bilik, dapur yang lengkap dengan alatan memasak ringkas, TV, gitar, tikar yoga dan koleksi buku di ruang tamu jikalau anda kebosanan.

Selain dari berhampiran dengan Sabah Women and Children Hospital, homestay ini berhampiran dengan kedai makan dan supermarket.


Alamat: 40, Lorong Raja Udang 1A, Taman Kingfisher Park 2, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 4

Harga:  Bermula dari RM50 / malam


Tempah Dari RM50!  



5b Suite Homestay

5B Suite Homestay mempunyai 7 bilik tidur dengan ruang masuk persendirian jika anda ingin menempah bilik sahaja. Homestay fully furnished ini mempunyai penghawa dingin, tuala, wifi, alatan mandi, peti sejuk dan mempunyai tandas di setiap bilik tidur, jadi anda tidak perlu risau untuk berkongsi tandas di luar dengan orang yang tidak dikenali.

5B Suite Homestay berhampiran dengan Pusat Rekreasi Teluk Likas, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan Sabah Women and Children Hospital. 


Alamat: Lot 5B, Jalan Haiwan, Kampung Likas, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 2

Harga:  Bermula dari RM53 / malam


Tempah Dari RM53!  


Condominium by Josie

Condominium by Josie yang terletak di Kota Kinabalu merupakan apartment 2 bilik yang lengkap dengan ruang tamu, TV dan dapur yang dilengkapi dengan kelengkapan asas memasak. Selain itu, homestay ini mempunyai wifi percuma, gimnaisum dan kolam renang outdoor yang boleh digunakan oleh penghuni apartment ini.

Homestay ini terletak berhampiran dengan hospital, Gaya Street, Filipino Market, pusat membeli-belah dan Masjid Likas.


Alamat: A13-05, Tower A, 1 Borneo, Jalan Sulaman, 88450, Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 6

Harga:  Bermula dari RM160 / malam


Tempah Dari RM160!  


Dapatkan promosi hebat ketika anda menempah homestay di LetsGoHoliday.my sekarang!


Dmia Homestay

Dmia Homestay menawarkan penginapan yang selesa untuk Muslim. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dengan 2 katil Queen dan 2 katil Single, penghawa dingin di bilik utama dan di ruang tamu, 2 tandas, ruang makan, ruang parkir khas untuk penyewa homestay ini, kolam renang outdoor, gimnasium dan kedai runcit.

Selain itu, homestay ini menyediakan TV, peti ais, tuala, sejadah dan kelengkapan asas memasak.


Alamat: B-5F-10, Angkasa Apartment, Jalan Tuaran By Pass, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 8

Harga:  Bermula dari RM210 / malam


Tempah Dari RM210!  


Miles Homestay

Miles Homestay pula terletak di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu dan mengambil masa kira-kira 12 minit untuk tiba ke Sabah Women and Children Hospital. Apartment ini mempunyai 3 bilik tidur, 2 tandas, kesemua bilik mempunyai penghawa dingin dan kipas, TV, dan mesin basuh serta fully furnished. Jika anda datang ke Likas dan tidak mempunyai sebarang kenderaan, anda tidak perlu risau kerana tuan rumah Miles Homestay menawarkan kereta sewa.


Alamat: Miles Homestay, Angkasa Apartment, Jalan Tuaran, 88450, Kota Kinabalu, Sabah. 

Jumlah Tetamu: 8

Harga:  Bermula dari RM200 / malam


Tempah Dari RM200!  



Jika anda masih lagi tidak dapat membuat pilihan melalui senarai homestay di atas, mungkin gambar di bawah dapat membantu anda! Klik sahaja pada gambar tersebut dan berpuluh-puluh senarai homestay di Kota Kinabalu akan dipaparkan. 




Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (2 VOTES)