Senarai Homestay Terbaik Berdekatan Encore Melaka Featured Image

Senarai Homestay Terbaik Berdekatan Encore Melaka

By Hani - May 07, 2019 (Last Updated Aug 03, 2020)

Anda perasan tak sebuah bangunan unik dan kelihatan futuristik di Kota Syahbandar, Melaka yang kini menjadi tempat trending anak-anak muda di Melaka untuk berswafoto? Haa, itulah dia Encore Melaka, sebuah teater bertaraf dunia yang kini sedang rancak mempersembahkan persembahan Encore Melaka - Impression Series. Anda boleh baca dengan lebih lanjut pengalaman kami menonton persembahan di sini dan alang-alang tu jom lihat senarai homestay terbaik berdekatan Encore Melaka.


Encore Melaka - Impression Series merupakan sebuah persembahan berdurasi 70 minit yang padat dan mengasyikkan, menceritakan mengenai sejarah Melaka bermulanya dari kedatangan Parameswara ke Melaka, kepada legasi hubungan diplomatik Cheng Ho dan interpretasi antara budaya antaranya Baba Nyonya.  


Anda akan disajikan dengan persembahan mengagumkan, set, props dan pakaian teater yang rumit dan teliti. Dan buat julung kalinya di Asia Tenggara, persembahan ini dipentaskan di atas 3600 platform yang berputar setinggi 240 meter dengan pelbagai tingkat. Persembahan mengenai sejarah Melaka ini diekspresikan melalui gabungan tarian tradisional dan kontemporari yang dipersembahkan oleh 200 penari Malaysia.


Kalau anda nak tahu, Encore Melaka ini diarahkan oleh Wang Chaoge yang juga salah seorang pemikir kreatif untuk acara pembukaan dan penutup Sukan Olimpik 2008 di Beijing. Fuh, dahsyatkan! Bila lagi nak dapat tengok persembahan artistik bertaraf dunia yang dipentaskan di negara kita sendiri kan? Inilah masanya! Jom cepat-cepat saksikan Encore Melaka - Impression Series dan sambil-sambil tu jom tengok senarai homestay terbaik berdekatan Encore Melaka. Untuk mereka yang datang dari luar Melaka bolehlah tinggal semalam dua kan?


Shiawase Home D9 Atlantis by Q Holiday Home

 

Shiawase Home D9 Atlantis mengambil ilham dan sumber inspirasi dari tema tatami Jepun. Rumah kondo ini mempunyai 2 bilik tidur dan menawarkan penginapan yang selesa seperti berada di rumah sendiri. Homestay ini terletak di Kota Laksamana, hanya 2 minit saja dari Encore Melaka dan 5 minit dari Jonker Street.

Homestay ini mempunyai 4 katil Double, 1 tilam, 2 katil Single, wifi, kolam renang, unit yang berhawa dingin, mandian panas, barangan mandi, TV serta perkakas dapur asas. 


Alamat: D-9-7, Tower D, Jalan KSB 11A, Pangsapuri Atlantis Kota Syahbandar, 75200 Melaka.

Jumlah Tetamu: 12

Harga: Bermula dari RM292 / malam


Tempah Sekarang Dari RM292!  



Heritage City @ Malacca Atlantis 7

Heritage City @ Malacca Atlantis 7 merupakan homestay jenis apartmen dengan sentuhan moden dan selesa bertaraf 4 bintang yang mempunyai ruang tamu dan dapur lengkap. Homestay ini terletak di hub perniagaan baru di Melaka dan semestinya berhampiran dengan Encore Melaka, Jonker Street, Hard Rock Cafe, A'Famosa, Stadhuys, Menara Jam dan Gereja St Peter.

Homestay ini selesa untuk 4 hingga 6 tetamu dan mempunyai kemudahan sauna serta gimnasium di dalam kawasan apartmen.


Alamat: Jalan KSB 11A, Pangsapuri Atlantis Kota Syah Bandar Melaka, Taman Mutiara, 75200 Melaka.

Jumlah Tetamu: 6

Harga: Bermula dari RM250 / malam


Tempah Sekarang Dari RM250!  



Jonker Walk KSB Homestay

Jika anda datang dengan jumlah tetamu yang ramai, Jonker Walk KSB Homestay adalah pilihan yang tepat. Homestay rumah teres 3 tingkat ini mempunyai 7 bilik tidur dan terletak di Kota Laksamana, Melaka. Homestay ini dapat memuatkan 18 orang tetamu dalam satu masa.

Homestay ini menawarkan kemudahan seperti wifi percuma, 7 katil bersaiz Double, 4 katil Single, berhawa dingin, TV dengan Hypp TV dan Astro, alatan mandi, mandian panas dan penapis air. Rumah ini terletak berhampiran dengan Encore Melaka dan pusat membeli-belah.


Alamat: 22, Jalan KSB20, Taman Kota Syahbandar, Kota Laksamana, 75200, Melaka.

Jumlah Tetamu: 18

Harga: Bermula dari RM858 / malam


Tempah Sekarang Dari RM858!  


MYR 70.00 /night

Jom lihat promosi hebat yang sedang berlangsung di LetsGoHoliday.my sekarang!


The Blue Malacca 


Jika anda nak berjimat, anda boleh bermalam di The Blue Malacca. The Blue Malacca merupakan sebuah rumah tamu dengan 4 bilik Queen dan 4 family suite untuk 4 hingga 6 orang dengan 10 tandas berkongsi, ruang tamu dan dapur. Rumah tamu ini terletak di tengah-tengah Bandar Melaka dan sangat dekat untuk ke Encore Melaka, kedai makan, kedai serbaneka dan kafe hipster.

Walaupun The Blue Malacca merupakan rumah tamu dan perlu berkongsi tandas dan ruang tamu serta dapur dengan penghuni lain, rumah tamu ini mempunyai kawalan keselamatan yang ketat dan efisyen dengan adanya kunci digital di pintu utama rumah dan di setiap bilik.


Alamat: 2-1, 2-2, Jalan KLJ 4, Taman Kota Laksamana, 75200, Melaka.

Jumlah Tetamu: 6

Harga: Bermula dari RM60 / malam


Tempah Sekarang Dari RM60!  



Kota 150N

Kota 150N adalah homestay yang terletak di tengah-tengah kota Melaka, berhampiran dengan Encore Melaka, Jonker Street, Sungai Melaka, Stadhuys dan banyak lagi. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur, selesa untuk 11 orang tetamu, dengan 4 katil Queen dan 1 katil Single.

Unit ini juga berhawa dingin, mempunyai Unifi, kawalan CCTV 24 jam, check-in 24 jam menggunakan pintu keyless, 2 ruang parkir, dapur yang lengkap, pengering rambut, sterika stim dan penapis air. 


Alamat: 150N, Jalan Laksamana 7, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Jumlah Tetamu: 11

Harga: Bermula dari RM530 / malam


Tempah Sekarang Dari RM530!  



Inginkan lebih banyak pilihan penginapan di Melaka? Kami mempunyai banyak lagi senarai hotel dan homestay terbaik di seluruh Melaka yang boleh anda pilih. Klik sahaja pada gambar di bawah untuk mendapatkan pilihan yang menarik dan berbaloi. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)