Homestay Terbaik di Batu Berendam Featured Image

Homestay Terbaik di Batu Berendam

By [email protected] - Feb 14, 2019 (Last Updated May 07, 2019)

Anda akan datang ke Melaka untuk cuti hujung minggu ni? Nak ke mana pula kali ni? Kalau sebelum ni anda dah pergi ke Jonker, Kampung Morten dan A'Famosa, anda dah pergi tak ke Batu Berendam? Untuk pengetahuan, jarak perjalanan Batu Berendam dari Ayer Keroh hanya mengambil masa kira-kira 10-15 minit sahaja! 

Apa yang menariknya di Batu Berendam ini adalah, terdapat makanan-makanan viral yang wajib anda cuba jika datang berkunjung ke Melaka. Yang paling viral dan diminati pengunjung termasuklah Coconut Shake Batu Berendam, Mango Float Royale Melaka dan Kuih Keria!




Jika anda datang ke Melaka dan merancang untuk menginap di Batu Berendam, di sini kami ingin kongsikan dengan anda senarai homestay terbaik di Batu Berendam yang pastinya menjadi pilihan ramai pengunjung kerana homestay nya yang selesa, servis terbaik serta harga yang berpatutan. 


Homestay Muslim Batu Berendam


Homestay Muslim Batu Berendam ini terletak di Taman Sutera Wangi, berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Homestay ini boleh memuatkan keluarga besar seramai 10 orang dan terdapat 3 bilik tidur serta 2 bilik air. Anda akan berasa selesa dan seperti di rumah sendiri dengan dapur lengkap dengan peralatan memasak.


Alamat: Jalan SW 27, Taman Sutera Wangi, 75350 Batu Berendam, Melaka

Jumlah Tetamu: 10 orang

Harga: Bermula dari RM 200/ malam


Tempah Sekarang Dari RM200!  



Villa Dalila



Villa Dalila yang terletak di Taman Merdeka Batu Berendam ini dilengkapi dengan bilik berpenghawa dingin, ruang parking yang luas serta peralatan memasak yang lengkap. Mampu memuatkan sehingga 8 orang tetamu dengan 3 bilik tidur yang lengkap dengan katil yang selesa. 


Alamat: Jalan Tembusu 6, Taman Merdeka, 75350, Batu Berendam, Melaka.

Jumlah Tetamu: 8 orang

Harga: Bermula dari RM 200/ malam


Tempah Sekarang Dari RM200!  



Khainadz Homestay Melaka

Terletak di Taman Sutera Belia, Khaidnaz Homestay Melaka ini sangat sesuai untuk anda yang datang tidak lebih dari 2 buah kereta, Sangat selesa untuk tetamu berjumlah 6 orang dewasa serta 2 orang kana-kanak, Khainadz Homestay menyediakan 3 bilik tidur lengkap dengan 1 katil bersaiz Queen di setiap bilik.

Toto dan bantal extra juga ada disediakan untuk menjamin keselesaan tetamu semasa bermalam di sini. Bukan itu sahaja, mesin basuh, peti sejuk. peralatan memasak, dan kelengkapan lain juga ada disediakan. 


Alamat: Jalan SB 1, Taman Sutera Belia, 75350 Batu Berendam, Melaka

Jumlah Tetamu: 8 orang

Harga: Bermula dari RM 250/ malam


Tempah Sekarang Dari RM250!  



Gunakan kod promosi kami untuk diskaun tempahan penginapan anda!


Rumah Tamu Yayasan Melaka


Rumah Tamu Yayasan Melaka merupakan homestay yang terletak di Apartment Pelajar Yayasan Melaka, Batu Berendam. Merupakan antara homestay yang termurah di Batu Berendam, mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air. Walaupun hanya satu sahaja bilik tidur yang dilengkapi dengan penghawa dingin, namun homestay ini tetap selesa dan sesuai untuk anda yang datang berkunjung dengan jumlah yang tidak melebihi 9 orang. 


Alamat: Block D-G-1 & 2, Apartment Pelajar Yayasan Melaka, Jalan Tun Ali, 75350 Batu Berendam, Melaka

Jumlah Tetamu: 9 orang

Harga: Bermula dari RM 180/ malam


Tempah Sekarang Dari RM180!  



Kejora Homestay

Kejora Homestay merupakan homestay yang terletak di Taman Sutera Wangi. Homestay yang agak besar keluasannya, mampu memuatkan sehingga 15 orang tetamu dengan kemudahan 5 bilik tidur serta 3 bilik air. Kemudahan seperti peralatan memasak, peti sejuk, dan mesin basuh juga ada disediakan bagi memudahkan urusan anda semasa menginap di sini. 


Alamat: Jalan Sutera Wangi 7, Taman Sutera Wangi, 75350 Batu Berendam, Melaka

Jumlah Tetamu: 15 orang

Harga: Bermula dari RM 270/ malam


Tempah Sekarang Dari RM270!  



Anda mungkin memerlukan lebih lagi pilihan penginapan di Melaka? Hanya perlu klik sahaja gamabr di bawah untuk mendapatkan senarai penuh pilihan penginapan di Melaka! 

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)