Homestay Kuala Selangor Featured Image

Homestay Kuala Selangor

Feb 27, 2019

Kalau anda sedang merancang percutian beramai-ramai tidak kiralah bersama keluarga tersayang atau bersama dengan rakan-rakan, tapi bajet anda tidak mencukupi lepastu ramai yang tak confirm cuti akan diluluskan atau tidak oleh boss, anda tak perlu stress-stress nak bercuti jauh-jauh. Apa kata kalau kami cadangkan anda ke Kuala Selangor. Kuala Selangor mempunyai tarikannya yang tersendiri terutamanya untuk anda yang suka akan keindahan alam semula jadi, menghayati kesan peninggalan sejarah dan jalan jalan cari makan. Tidak cukup dengan itu, kami juga dah siap-siap senaraikan homestay Kuala Selangor khas untuk percutian anda beramai-ramai. Jom kita teruskan membaca.


Walaupun Kuala Selangor bukanlah suatu destinasi yang popular di tanah air, tapi sebenarnya Kuala Selangor menjanjikan pelbagai tarikan yang perlu anda datang dan hayati sendiri. Jika anda seorang yang suka pada alam semula jadi, anda jangan lepaskan peluang untuk melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan. Namun, untuk melihat kelip-kelip, anda perlu datang selepas terbenamnya matahari pada 7.45 malam hingga 10.30 malam. Bayaran masuk pun murah saja tak sampai RM10 pun. Untuk pengetahuan anda, kelip-kelip ni antara binatang terancam tau. Jadi, jom sama-sama kita hayati keindahan kelip-kelip ini ya sebelum ianya pupus buat selama-lamanya. 


Tapi kalau anda nak lakukan aktiviti di siang hari, anda boleh singgah ke Taman Alam Kuala Selangor. Ianya adalah sebuah tarikan alam semula jadi paya bakau yang cukup menyeronokkan. Taman ini dengan kepanjangan 3.6 km cukup untuk anda menyelusuri sambil menikmati oksigen segar. Anda juga dapat memperhatikan beberapa spesies burung seperti burung Pekaka, Ketitir, Bakau, Helang Bahu Hitam dan banyak lagi. Dikatakan 50 daripada 150 spesies burung yang terdapat di sini berhijrah dari Rusia dan Siberia. Menarik bukan?


Salah satu tarikan yang baru ditemui dan di viralkan di sini adalah Sky Mirror. Sky Mirror ini adalah sebuah fenomena unik yang hanya berlaku pada waktu air surut dan ketika air tenang dari pukulan ombak, di mana pada waktu ini anda boleh berjalan di atas air yang menghasilkan refleksi seolah-olah anda berjalan di atas cermin. Tapi, bukan setiap hari anda boleh merasai Sky Mirror ni tau. Menurut kalendar lunar Cina, fenomena ini hanya berlaku 6 hari pada setiap bulan iaitu pada hari pertama, kedua, ke-14, ke-15, dan juga ke-30. 


Kalau anda seorang yang sukakan sejarah, anda boleh singgah ke Muzium Daerah Kuala Selangor. Muzium ini hanya terletak 53 km dari bandaraya Shah Alam dan anda akan dapat membongkar dengan lebih mendalam mengenai sejarah Kuala Selangor. Bangunan muzium ini pada asalnya merupakan kediaman rasmi Pegawai Daerah Kuala Selangor. Menariknya muzium ini, ianya terbahagi kepada 7 seksyen yang berbeza dari segi penyampaian info mengikut kronologi sejarah Kuala Selangor. Kalau anda nak tahu apakah dia seksyen-seksyen tersebut, anda perlu datang sendiri ke sini ya dan pelajari asal usul sejarah negara kita.


Sebenarnya, Kuala Selangor mempunyai banyak lagi tarikan yang anda perlu datang sendiri ke sini antaranya Bukit Melawati, Rumah Api Kuala Selangor, Meriam Penggawa, Bukit Belanda, Tangga Seratus, Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor dan banyak lagi! Sudah pastinya sehari suntuk tidak cukup untuk anda nak liputi kesemua tarikan yang kami nyatakan di atas ini kan? Apa kata kita singgah berehat dan bermalam ramai-ramai di homestay Kuala Selangor yang kami paparkan di bawah ini.


Dapatkan penjimatan hebat ketika anda menempah di LetsGoHoliday.my sekarang juga!


Kalau anda merasa tidak puas dengan senarai homestay Kuala Selangor kami di atas, anda boleh tekan pada gambar di bawah ini untuk melihat senarai lengkap tempat penginapan di Selangor.


Tapi, jangan berhenti membaca sampai sini saja. Di bawah ini kami dah sertakan sekali artikel-artikel yang berkaitan dengan percutian anda di Selangor. Siapa cakap Selangor tak best? Jom teruskan membaca.


Hotel Kuala Selangor


Kalau anda datang berdua atau berseorangan, anda boleh lah duduk di senarai hotel Kuala Selangor yang berhampiran dengan kawasan tarikan seperti Bukit Melawati, Kelip-kelip Kampung Kuantan, Pasir Penambang dan banyak lagi. Tekan pada gambar di atas untuk membaca artikel ini secara penuh.


Homestay Ada Kolam Renang Di Selangor


Sebagai negeri yang berekonomi baik, pelawat ke Selangor boleh disebabkan faktor perniagaan ataupun percutian. Walau bagaimanapun, di sini disenaraikan beberapa homestay yang mempunyai kolam renang di Selangor untuk dipertimbangkan.


Top 10 Homestays For Family Gathering In Selangor


Artikel yang ditulis dalam Bahasa Inggeris ini menyenaraikan Top 10 Homestays for Family Gathering in Selangor yang sesuai didiami untuk keluarga besar. Sesuai sangat kalau anda nak buat Family Day atau reunion di rumah-rumah yang kami senaraikan ni.


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (4 VOTES)