Hotel Kuala Selangor Featured Image

Hotel Kuala Selangor

By [email protected] - Feb 26, 2019 (Last Updated Dec 06, 2021)

Anda nak pergi bercuti tapi kalau boleh nak dekat-dekat je. Boleh, tak ada masalah pun! Apa kata kami bawakan anda pergi bercuti di Kuala Selangor. Kuala Selangor terdapat pelbagai tarikan tau dan sambil tu apa kata kalau kita bermalam di Hotel Kuala Selangor.


Kalau anda seorang yang sukakan pada alam semula jadi, Kuala Selangor merupakan destinasi tepat untuk anda. Antara tempat dan aktiviti yang anda boleh lakukan adalah seperti 'eagle feeding' di Pasir Penambang, menghayati alam semula jadi di Taman Alam Kuala Selangor, melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan, bercanda di tepi pantai Pantai Remis Sungai Sembilang, berjalan-jalan di Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor dan menghayati bekas tinggalan sejarah di Bukit Malawati. 


Kuala Selangor juga adalah tempat ideal untuk anda yang nak mencuba makanan eksotik. Antara makanan eksotik di sini adalah seperti mentarang dan lokan. Mentarang isinya seperti kupang dan kerang tetapi isinya lebih lembut dan lemak. Anda juga boleh mencuba daging rusa, pelanduk, kancil dan landak. Restoran yang menghidangkan masakan ini adalah Restoran Lembah Bernam yang memiliki lesen khas dan kadar jualan harian juga mengikut kilogram yang dihadkan. Kalau anda seorang yang ekstrim, anda boleh cuba hidangan landak juga di sini, namun diingatkan, anda perlu membuat tempahan dahulu. Harga daging eksotik seperti landak boleh mencecah RM120 sekilo.




Badan anda pasti sudah penat dari berjalan-jalan di sekitar Kuala Selangor dan perut pun sudah kekenyangan dek kerana makanan eksotik yang dihidangkan di sini. Jadi, apa kata kalau anda bermalam di hotel Kuala Selangor untuk menyegarkan kembali badan dan tenaga. Jom lihat senarai hotel Kuala Selangor di bawah ini dan segera menempah untuk mengelakkan kekecewaan!



MYR 184.00 /night

Selain di Selangor, kami juga mempunyai hotel di seluruh Malaysia. Lihat sini untuk melihat. 


Kalau anda rasa tidak puas dengan senarai hotel Kuala Selangor kami di atas ni, anda boleh tekan pada gambar di bawah ini untuk melihat senarai lengkap tempat penginapan di Selangor sekarang.




Tapi, untuk memudahkan percutian anda di sekitar Selangor, di bawah ini kami dah senaraikan artikel-artikel yang berkaitan dengan percutian Selangor anda. Jom teruskan membaca.


Homestay Ada Kolam Renang Di Selangor


Sebagai negeri yang berekonomi baik, pelawat ke Selangor boleh disebabkan faktor perniagaan ataupun percutian. Walau bagaimanapun, di sini disenaraikan beberapa homestay yang mempunyai kolam renang di Selangor untuk dipertimbangkan.


Pulau Ketam Homestay



Pulau Ketam merupakan pulau yang jarang dikunjungi di Malaysia. Namun, tak seharusnya kita tak pergi melawat langsung kan? Jom teruskan membaca artikel ini kenapa Pulau Ketam harus dijadikan destinasi anda yang seterusnya dan menginap di Homestay yang berhampiran dengan Pulau Ketam sekarang.


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)