Senarai 50 Homestay Terbaik di Cameron Highland Featured Image

Senarai 50 Homestay Terbaik di Cameron Highland

By Farisya - Oct 16, 2018 (Last Updated Jul 03, 2023)

Anda sedang merancang percutian? Antara destinasi-destinasi popular tanah air semestinya di Melaka, Penang, dan Cameron Highlands. Apa kata jika kami kupas kan mengapa Cameron Highlands perlu menjadi destinasi percutian terbaik anda. Oh ya, kami juga sertakan sekali senarai 50 homestay terbaik di Cameron Highlands. Ayuh, jom baca!


Sebut saja mengenai Cameron Highlands, pasti benda pertama yang terlintas di fikiran anda adalah cuaca yang sejuk dan berkabus, ladang teh tumbuh hijau, kemanisan buah stroberi, menghirup teh di ladang teh BOH, melawat taman bunga yang mekar hijau bersama pokok kaktus dan banyak lagi. 


Lazimnya, apabila pelancong mengunjungi Cameron Highlands, dua tempat utama yang sering dikunjungi adalah Tanah Rata dan Brinchang. Apa tarikan yang ada di kedua-dua tempat ini ya? Jarak antara kedua-dua tempat ini dalam 15 minit dan semestinya anda perlu mendaki ke atas lagi dari Tanah Rata untuk sampai ke Brinchang. 


Tanah Rata terdapat pekan yang penuh dengan kedai-kedai komersial seperti Starbucks Coffee, bank ATM seperti Maybank, CIMB, kedai-kedai makan dan dobi layan diri. Selain itu, Taman Mardi, Ladang Teh Bharat Tea Plantations dan Ladang Stroberi Big Red Strawberry Farm terletak di Tanah Rata. 


Brinchang pula terkenal dengan pasar malam pada hari Jumaat & Sabtu, merupakan sebab utama mengapa pengunjung lebih gemar untuk tinggal di Brinchang. Selain itu, pengunjung boleh mengunjungi Muzium Time Tunnel, melawat Cameron Lavender Garden dan menghargai seni bina arkitektur Tokong Sam Poh. Tidak kira di mana tempat anda ingin menginap di homestay Cameron Highlands ini, jangan lupa untuk selfie sepuas-puas hati anda untuk mengabadikan memori manis di Cameron Highlands (tips: kami kongsikan tempat best untuk ber-selfie di Cameron Highlands).


Nah jom lihat senarai 50 homestay terbaik di Cameron Highlands bersama gambar dan harga yang berpatutan. 





MYR 135.00 /night

Inginkan penjimatan untuk homestay Cameron Highlands anda? Klik sini untuk mendapatkannya!


Jika anda inginkan senarai lengkap homestay di Cameron Highlands, klik pada gambar di atas dan kami akan bawakan anda ke senarai lengkap!

Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.75 (4 VOTES)